Social Icons

Khamis, 25 November 2010

Selamat Bercuti

Majlis Anugerah Gemilang ke-7 2010

Tarikh : 18.11.10 ( Isnin)
Masa  : 10 Pagi- 1.30 Tengahari
Tempat: Dewan tertutup SK Seri Mutiara
Perasmi: Encik Mohamad Azaudin Bin Yeop Md Rose, Penolong PPD (Sekolah Rendah),                      Pejabat Pelajaran Daerah  Kinta Utara

Tahniah dan syabas Kepada semua penerima murid yang menerima Anugerah gemilang pada kali ini. Ribuan Terima kasih kepada Encik Mohamad Azaudin Bin Yeop Md Rose, Penolong PPD (Sekolah Rendah), Pejabat Pelajaran Daerah  Kinta Utara kerana sudi merasmikan MAGA ke-7 SK Seri Mutiara.





Ahad, 21 November 2010

UPSR 2010

Tahniah Kepada Semua Murid yang berjaya mendapat cemerlang dalam UPSR 2010, kepada yang kurang berjaya teruskan usaha anda untuk peperiksaan yang lebih mencabar.


Murid 5A
 NURUL IZZAH ABDULLAH BINTI MOHD NORADLIN
NURUL FARHANAH IZZATI BINTI  MOHD SHARIFUDDIN
                  

4A 1B
MUHAMAD AQIL BIN NAZAM
 MUHAMMAD HAMIZAN BIN NOR RASMI 

Ahad, 14 November 2010

Lawatan ke Kuala Lumpur

Tarikh lawatan : 11.10.10 (khamis)
Tempat Lawatan: Petrosains, Aquaria, Masjid Negara, dan Muzium Negara
Peserta: Murid tahun 4, 5 dan 6 ( 38 Orang)
Guru Pengiring: Abdul Latif Hassan, En. En.Idris b.Mohd Hanafiah, Pn.Suzana bt. Ismail, 
                         Cik Norlaila bt. Mohd   Zain dan Pn.Jawaher bt. Hj. Salleh


SK Seri Mutiara melalui unit Bimbingan dan kaunseling telah berjaya menganjurkan lawatan sambil belajar ke Kuala Lumpur. Seramai 38 orang murid dan 5 orang guru pengiring telah menyertai lawatan ini. Tempat pertama yang dilawati ialah Petrosains, murid dapat pendedahan yang berguna tentang dunia sains teknologi negara yang terkini dan mengetahui sedikit sebanyak tentang dunia Petroleum. Seterusnya peserta rombongan memasuki Aquaria KLCC untuk menerokai keindahan pemandangan ikan didasar laut yang mempersonakan. Tempat yang terakhir dilawati ialah Muzium Negara, secara kebetula pada masa tersebut sedang berlangsung pameran Songket negara. Bas rombongan berjaya kembali ke SK Seri Mutiara tepat pada jam 10 malam. Tahniah dan syabas kepada Unit Bimbingan dan kaunseling sekolah kerana berjaya menganjurkan program lawatan ini.


Tekan baca lagi untuk gambar

Khamis, 4 November 2010

Hari Usahawan dan Rekacipta

Hari Usahawan dan Rekacipta
Tarikh : 1 dan 2 November 2010 (Isnin dan Selasa)
Masa  :  9 - 11 pagi
Tempat : Dewan Terbuka SK Seri Mutiara

 Panitia Kemahiran Hidup telah berjaya mengadakan Hari Usahawan 2010 bertempat di dewan Terbuka SK Seri Mutiara. Program ini berjaya menarik  24 buah gerai jualan yang terdiri daripada murid tahun 4 dan 5 serta sebuah gerai daripada Pendidikan Khas Penglihatan.Pelbagai barangan dan makanan yang dijual seperti Nasi Lemak, Kuih Muih, Kek Coklat dan sebagainya. Objekif program ini adalah sebagai pendedahan awal kepada para murid dalam dunia perniagaan seperti yang terkandung dalam sukatan pelajaran Kemahiran Hidup. Melalui program Rekacipta, murid yang kreatif dan inovatif dapat dilahirkan bagi merealisasikan negara maju pada tahun 2020....................Gambar Program

Selasa, 19 Oktober 2010

Lawatan Sosial Pendidikan Khas ke Batu Gajah

Program Lawatan Sosial ke Batu Gajah
Tarikh: 29 September 2010
Peserta: Murid-murid, guru-guru serta Pembantu Pengurusan Pelajar Pendidikan Khas SK Seri Mutiara.

Lawatan sosial antara Pendidikan Khas sekolah SK Seri Mutiara dengan Pendidikah Khas SK Sultan Yusuf (SKSY) ini telah diadakan bagi merapatkan hubungan antara kedua-dua sekolah. Lawatan istimewa ini melibatkan pergerakan para peserta dengan menggunakan perkhidmatan Keretapi Tanah Melayu Antarabandar dari stesen Ipoh ke stesen Batu Gajah. Setibanya di SKSY, tirai dibuka dengan upacara bersalam-salaman dengan murid-murid dari sekolah masing-masing diikuti dengan minum pagi. Acara disambung dengan saingan sukaneka antara wakil kedua-dua sekolah. Program ini diakhiri dengan persembahan murid dan acara pertukaran cenderahati sebagai tanda kenang-kenangan.

Rombongan lawatan kemudian bergerak ke Kellies' Castle untuk melihat sendiri bangunan tinggalan sejarah ini. Setelah selesai meneroka, rombongan ini bergerak ke Taman Botani bagi memberi peluang kepada murid-murid untuk memberi ikan-ikan makan. Kemudian, robongan lawatan bertolak pulang ke sekolah.

tekan baca lagi untuk gambar

Jumaat, 15 Oktober 2010

Intipati Bajet 2011

  • Intipati Bajet 2011

  • Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Razak sedang membentangkan Bajet 2011 di Dewan Rakyat.Bajet 2011 bertema "Transformasi Ke Arah Negara Maju Berpendapatan Tinggi" dengan empat strategi utama.
  • Berikut petikan penting ucapannya:
  • Rizab negara RM310.8b = 8.5 bulan import tertangguh
  • Negara telah pulih dari kemelesetan ekonomi dunia dgn pertumbuhan KDNK 9.5% separuh pertama 2010
  • Defisit dijangka rendah pada 5.4 peratus pada 2011
  • Jumlah dagangan Malaysia dijangka meningkat 18.7 peratus kepada RM1.173 trilion tahun ini berbanding RM988.2 bilion tahun lalu
  • Jumlah dagangan Malaysia dijangka meningkat 18.7 peratus kepada RM1.173 trilion tahun ini berbanding RM988.2 bilion tahun lalu
  • Sektor perkhidmatan diunjur berkembang 5.3 peratus tahun hadapan dengan pelaksanaan program dan inisiatif di bawah tujuh Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) berkaitan perkhidmatan.
  • Warisan Merdeka - Permodalan Nasional Bhd akan membangunkan projek bersepadu berharga RM5 bilion, yang membabitkan menara 100 tingkat, yang dijadual siap pada 2020
  • Pembinaan projek pembangunan bercampur termasuk kediaman mampu milik bernilai RM10 bilion di Sungai Buloh.
  • Pembangunan Zon Akuakultur Bersepadu di Pitas, Sungai Telaga dan Sungai Padas di Sabah serta di Batang Ai dan Tanjung Manis di Sarawak dengan peruntukan RM252 juta.
  • Peruntukan RM135 juta bagi persediaan prasarana asas menggalakkan petani menceburi bidang bernilai tinggi seperti industri sarang burung walit.
  • Melanjutkan galakan potongan cukai pendapatan bagi pelabur dan pengecualian cukai pendapatan bagi syarikat dalam aktiviti pengeluaran bahan makanan sehingga 2015.
  • Syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), kini boleh melabur sehingga 20 peratus daripada jumlah aset yang diurus berbanding tujuh peratus sebelum ini.
  • Suruhanjaya sekuriti (SC) akan menawarkan tiga lesen broker saham baharu kepada syarikat tempatan, asing dan usaha sama yang layak untuk meningkatkan penyertaan pasaran runcit.
  • Duti import kira-kira 300 barangan kegemaran pelancong dan rakyat tempatan di antara 3 dan 5 peratus dimansuhkan bagi menjadikan Malaysia syurga beli belah
  • Dana Pencen Swasta (PPF) tahun depan untuk memberi manfaat kepada pekerja sektor swasta dan mereka yang bekerja sendiri
  • Program Adunan Biobahan Api dengan Petroleum Diesel (Program B5) secara mandatori bermula di Putrajaya, Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka
  • Pengecualian cukai jualan ke atas semua jenis telefon bimbit.
  • RM850 juta bagi menyediakan infrastruktur sokongan untuk mempercepatkan pembangunan koridor dan wilayah.
  • RM411 juta untuk melonjak ekonomi ke arah sebuah negara berpendapatan tinggi, aktiviti penyelidikan, pembangunan dan pengkomersilan sebagai landasan peningkatkan aktiviti nilai ditambah dalam setiap bidang ekonomi.
  • Penubuhan Unit Inovasi Khas (UNIK) di bawah Jabatan Perdana Menteri dengan peruntukan RM71 juta bagi tahun depan untuk mengkomersilkan hasil penemuan R&D oleh universiti dan institusi penyelidikan.
  • RM200 juta untuk perolehan hasil kreatif seperti filem, drama dan dokumentari keluaran tempatan yang berkualiti tinggi.
  • Gaji pokok minimum pengawal keselamatan dinaikkan kepada RM500 hingga RM700 sebulan mengikut kawasan mulai Januari 2011
  • Penjawat awam wanita diberi pilihan tentukan sendiri tempoh cuti bersalin bergaji penuh tidak melebihi 90 hari.
  • Skim Rumah Pertamaku bantu golongan muda yang baru bekerja dengan pendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan untuk memiliki rumah
  • Kerajaan akan menaikkan kadar cukai perkhidmatan daripada 5 peratus kepada 6 peratus
  • Elaun untuk JKKK, JKKKP dinaikkan kepada RM800 sebulan
  • RM6.9 bilion pula diperuntuk untuk bina infrastruktur seperti membina jalan luar bandar dan untuk membina jalan luar bandar
  • RM2.1 bilion diperuntuk untuk bina dan menaik taraf jalan luar bandar di Sabah dan Sarawak, selain RM696 juta bagi tujuan sama di Semenanjung Malaysia
  • Sistem Penilaian Takap Kecekapan (PTK) dimansuh dan diganti dengan sistem penilaian lebih sesuai dan diterima baik penjawat awam

Jumaat, 8 Oktober 2010

Kilauan Mutiara



Lawatan Ke Pulau langkawi

Program lawatan ke Pulau Langkawi
Tarikh : 2 dan 3 Okotber 2010 ( 2H 1 M)
Peserta: Guru dan Kakitangan serta keluarga warga SK Seri Mutiara
Anjuran : Kelab Guru dan Kakitangan sekolah


Kelab Guru dan Kakitangan sekolah melalui ajk aktiviti luar telah berjaya mengajurkan program lawatan ke Pulau langkawi. Pengisian program terdiri daripada 3 dalam satu iaitu Lawatan, Ladap dan Hari Keluarga. Melalui program ini juga dapat mewujudkan semangat berpasukan ke arah mewujudkan SK Seri Mutiara yang lebih bersinar di masa depan. Diharapkan program seperti ini dapat diteruskan dimasa hadapan ke tempat-tempat pelancongan di serata negara.

>>>>> Gambar Program<<<<<<

Sabtu, 2 Oktober 2010

Jamuan Raya dan hari Lahir Guru 2010


Majlis Sambutan Hari raya dan Hari Lahir Guru 2010
Tarikh : 30 September 2010 (khamis)
Masa : 10 pagi- 12.30 Tgh
Tempat : Dewan Terbuka dan kantin SKSM

Pihak sekolah telah mengadakan Majlis Sambutan Hari raya . Terdapat pelbagai aktiviti yang telah dijalankan pada hari tersebut. Majlis hari lahir guru juga diraikan secara serentak bagi memberi penghargaan kepada semua warga guru dan kakitangan SK Seri Mutiara. kemuncak program adalah jamuan raya yang dihidangkan dengan pelbagai juadah yang menyelerakan.
Selamat Hari Raya dan selamat Hari jadi....semoga terus berjaya selalu....







Rabu, 22 September 2010

UPSR 2010



Ujian Penilaian Sekolah Rendah 2010
Tarikh : 21, 22 dan 23 September 2010

Selamat Menduduki Peperiksaan UPSR kepada semua murid Tahun 6 di Sekolah SK Seri Mutiara. Tunjukkan kebolehan anda. Penuhilah harapan dan cita-cita ibu bapa dan guru-guru anda di sekolah. Tiada hadiah yang lebih berharga selain kejayaan anda memperoleh 5A dalam peperiksaan tersebut.

Ikhlas Daripada

warga SK Seri Mutiara


Khamis, 2 September 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Selamat Hari Raya Aidilfitri maaf zahir dan batin kepada
semua Guru, Kakitangan Murid dan Ibu Bapa warga SK Seri Mutiara.
Semoga Ketibaan 1 syawal yang mulia ini membawa seribu kesyukuran dan keinsafan.




Sebelas bulan Kita kejar dunia,
Kita umbar napsu angkara.
Sebulan penuh Kita gelar puasa,
Kita bakar segala dosa.
Sebelas bulan Kita sebar dengki Dan prasangka,
Sebulan penuh Kita tebar kasih sayang sesama.
Dua belas bulan Kita berinteraksi penuh salah Dan khilaf,
Di Hari suci nan fitri ini, Kita cuci hati, Kita buka pintu maaf.
Selamat Idul Fitri, mohon maaf lahir Dan batin

Sabtu, 28 Ogos 2010

Pelancaran Bulan Kemerdekaan

Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan
Tarikh : 16 Ogos 2010 (Isnin)
Masa : 7.40-8.30 pagi
Tempat: Tapak Perhimpunan SK Seri Mutiara


Sempena hari kemerdekaan ke-53 ini, pihak sekolah telah mengadakan bulan Kemerdekaan peringkat sekolah. Tema kemerdekaan pada tahun ini ialah 1 Malaysia Menjana Transformasi, sejajar dengan itu terdapat pelbagai aktiviti dan pertandingan yang akan dijalankan sepanjang bulan kemerdekaan ini. antaranya ialah:

*Pertandingan mewarna&Melukis poster- - 24/8

*Pertandingan kuiz -25/8

*Pertandingan melengkapkan lirik lagu& menulis esei- 26/8

*Pertandingan mendeklamasi sajak -2/9

*Petandingan menamakan potret &menulis slogan -1/9

*Tayangan video -3/9

*Pertandingan membuat bendera

Diharapkan melalui pelancaran bulan kemerdekaan ini, ia dapat melahirkan warga SK Seri Mutiara yang lebih patriotisme kepada negara kita yang tercinta.

Majlis Perasmian Oleh Tn. Hj Razman B. Dahari (PK1)




Selasa, 24 Ogos 2010

Kelas Bahasa Arab

Kelas Bahasa Arab
Tarikh : 19 Ogos 2010 (Khamis)
Masa : 1.45-2.45 ptg
Tempat: Bilik Komputer Sk Seri Mutiara

Pihak sekolah telah menganjurkan kelas Bahasa arab Komunikasi kepada semua warga pendidiknya. Ustaz Hafizi selaku guru bahasa arab di sekolah ini telah berbesar hati menyumbangkan ilmu untuk mengendalikan kelas bahasa arab.. Kelas Bahasa arab ini akan diteruskan lagi pada sepanjang bulan Ramadhan ini. Diharapkan melalui program seperti ini, ia akan dapat melahirkan warga pendidik yang boleh fasih berbahasa yang boleh digunakan dalam kehidupan sebagai seorang guru yang serba boleh.









Sabtu, 21 Ogos 2010

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan dan Bulan Kemerdekaan

Selamat berpuasa di Bulan Ramadhan dan menyambut bulan kemerdekaan ke-53 kepada semua warga SK Seri Mutiara.

Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan.



Ahad, 15 Ogos 2010

Majlis Kesyukuan dan solat Hajat 2010



Majlis Kesyukuran dan Solat Hajat UPSR 2010
Tarikh: 5 julai 2010 (khamis)
Masa : 6 Petang-10.mlm
Tempat : DMM Sales Sdn. Bhd. No. 47 jalan Tun Abdul Razak, 30010 Ipoh

PERODUA melalui syarikat DMM sales Sdn. Bhd telah berbesar hati menaja pihak sekolah mengajurkan majlis kesyukuran dan solat Hajat 2010. Majlis kesyukuran ini juga diadakan sebagai kesyukuran kepada syarikat DMM kerana berjaya mencapai sasaran jualan kenderaanya.Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada syarikat DMM diatas usaha murni yang ditunjukan.


Ahad, 25 Julai 2010

Hari Bertemu Waris Program Pendidikan khas

Hari Bertemu Waris Program Pendidikan Khas Integrasi
Tarikh : 16 Julai 2010 (Jumaat)
Masa : 8.00 Pagi
Tempat : Dewan Terbuka SKSM

Zulkifli Bin Hj Maon (Ketua Unit OKU JKM Kinta) Menyampaikan taklimat berkaitan OKU

Persembahan Murid Pendidikan Khas

Hasil Karya Murid Pendidikan khas yang dijual


Cantik dan berkualiti


Rabu, 21 Julai 2010

Kejohanan Taekwondo Piala Klebang

Kejohanan Taekwondo Piala Klebang kali ketiga
Tarikh : 4 Julai 2010
Tempat: klebang Putra, Ipoh

Sk Seri Mutiara mencatatkan sejarah apabila berjaya memenangi tempat pertama keseluruhan kejohanan Taekwondo Piala Klebang. Empat orang peserta yang dihantar berjaya memenangi acara individu masing-masing. SK Seri Mutiara berjaya mencatat keputusan 1 Emas 2 perak dan 3 gangsa secara keseluruhan. syabas dan tahniah juga diucapkan kepada guru penasihat kelab Taekwondo sekolah kerana berajaya mengharumkan nama sekolah di arena ini.




PenasihaT kelab Taekwondo sekolah



















Jumaat, 16 Julai 2010

Pertandingan Boling Sk Seri Mutiara 2010


Pertandingan Boling Kelab Guru dan Kakitangan Sekolah Sk Seri Mutiara 2010
Tarikh : 14/7/2010
Masa : 3.00 petang
Tempat : Ampang Superbowl, Ipoh

Kelab Guru dan kakitangan sekolah telah menganjurkan pertandingan boling tertutup untuk semua ahlinya. objektif pertandingan ini adalah untuk merapatkan hubungan silaturrahim dan kemesraan yang sekian lama terjalin. Tahniah dan syabas kepada para pemenang. kepada yang lain boleh lagi mencuba dimasa hadapan.

Arena Pertandingan

Penuh bergaya daripada En. Idris B. Hanafiah PK Koku merasmikan pertandingan boling


Juara kategori wanita (369 Jatuhan Pin)

Juara berkumpulan lelaki ( 530 Jatuhan Pin)


Peserta Terbaik Wanita


Juara keseluruhan individu En. Hafizin Naim

Ahad, 11 Julai 2010

Penggunaan Masa


PENGURUSAN MASA

PENDAHULUAN

Definisi Pengurusan masa

Pengertian masa dari segi bahasa ialah waktu, zaman, saat dan detik. Dari segi istilah masa bermakna tika2 waktu atau zaman yang dilalui oleh individu yang menjalankan kehidupan. Dikaitkan dengan pengurusan masa, ia memberi makna suatu ilmu yang berkaitan dengan teknik dan cara seseorang itu mengurus, membahagi dan mengatur masa sehariannya supaya dapat dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya.

KEPENTINGAN PENGURUSAN MASA

Pengurusan masa penting kepada pelajar kerana penggunaan masa yang baik dapat mendisiplinkan kita dalam melaksanakan aktiviti spt pembelajaran. Disiplin yang dimaksudkan disini adalah kita mesti melakukan jadual harian, contohnya;

1. Masa membaca buku atau mengulangkaji

2. Waktu bermain atau beribadah

3. Waktu menonton televisyen

4. Waktu menyelesaikan kerja sekolah

5. Waktu membantu ibu dan ayah

6. Waktu menziarahi rumah kawan

Semua aktiviti yang disebutkan ini perlu dijadualkan dan dilibatkan berapa lamakah aktiviti atau perlakuan itu berlaku. Ianya perlukan disiplin yang jitu dari kita. Oleh itu, seharusnya kita harus memberi perhatian kepada kedua-dua perkara itu kuantiti dan kualiti masa yang kita gunakan.

PRINSIP ASAS PENGURUSAN MASA

1. Mengubah tabiat lama yang negatif.

Tabiat lama selalu juga disebut habit. Tabiat yang negatif ini perlu dibuang dalam diri setiap individu. Jika selama ini kita merupakan seorang yang selalu menangguhkan kerja maka kita perlu mengambil perhatian terhadap perkara ini. Selalunya kita menangguhkan tugasan dan menyiapkan ‘last minute’. Tabiat seumpama ini perlu diubah. Oleh itu, kita mesti mengubah tabiat ini supaya lebih awal menyiap tugas2 agar pada waktu yang lain kita dapat memberi tumpuan yang lebih kepada aktiviti yang lain.

2. Komunikasi

Komunikasi dapat memberikan implikasi yang besar jika kita tidak dapat menggunakan dengan berkesan dan terbaik. Contohnya, semasa guru tiada di dalam kelas, kita sering berbual-bual kosong dengan kawan2 tentang hiburan dan perkara yang sia-sia yang tiada kaitan langsung dengan pembelajaran. Ini sebenarnya satu pembaziran yang amat ketara dan merugikan.

Komunikasi intrapersonal biasanya ada dalam setiap individu. Komunikasi ini mengatakan seolah-olah soalan ini adalah bodoh. Maka penggunaan komunikasi intrapersonal yang negatif ini perlu di lawan dan di tentang. Oleh itu komunikasi intrapersonal ( bertanya guru ) dengan sebaik mungkin. Dengan membuang komunikasi intrapersonal yang negatif itu maka wujudlah keyakinan dalam diri.

3. Penumpuan

Selalunya kita akan berasa bosan dan jemu apabila perkara tersebut berkaitan dengan pelajaran. Kita jarang memberi tumpuan terhadap pelajaran yang diberi oleh guru. Namun apabila bercerita tentang hiburan, tumpuan akan diberi sepenuhnya walaupun dalam keletihan. Oleh itu pengubahsuaian suasana perlu diubah supaya kita dapat memberikan konsentrasi dalam pelajaran dan gangguan lain perlulah dielakkan.

4. Rehat

Manusia perlulah berehat dalam setiap perkara. Rehat adalah factor penting dan sering dikaitkan dengan tidur. Contohnya kita perlu berehat selama 15 minit pada waktu tengahari untuk mengembalikan kecergasan. Justeru itu pengurusan waktu rehat dengan tidur adalah penting untuk pembelajaran yang berkesan.

Oleh itu, berdasarkan kepada perbincangan dapat disimpulkan bahawa pengurusan masa yang baik adalah penggunaan masa yang berkualiti. Kualiti masa dapat dicapai dengan adanya prinsip asas bagi kita menguruskan masa. Justeru itu ia akan menjadikan sesuatu pembelajaran itu lebih berkesan dan bermakna.

TEKNIK PENGURUSAN MASA

1. Menggunakan “ Rancangan Bertindak “

Rancangan Bertindak dikaitkan dengan susunan tugasan dan tanggungjawab yang perlu dilakukan pada hari itu mengikut keutamaan. Sebagai contoh MESTI dilakukan MAHU dilakukan. Kemudian cuba habiskan perkara yang anda ingin lakukan mengikut keutamaan. Jika anda tidak sempat menghabiskan kerja anda untuk hari tersebut, catatkan aktiviti yang belum dijalankan pada kertas baru untuk keesokkan harinya. Ulang perkara yang sama apabila anda hendak memulakan kerja pada hari esok.

2. Menghapuskan tabiat “ Tangguh dan tunggu “ dengan mengingati 3 perkara di bawah:

A. Kelmarin sudah berlalu

B. Esok masih belum berlalu

C. Hari ini peluang masih ada

3. Penuhkan masa lapang

Masa lapang boleh dipenuhi semasa menunggu bas, dalam perjalanan, semasa menunggu giliran di pejabat pos dan sebagainya untuk melakukan kerja ringan seperti membaca , menulis nota atau setidak-tidaknya berfikir.

4. Tahu dan pandai untuk mengatakan “ Tidak “

Perkataan tidak perlu digunakan pada perkara yang nada anggap boleh mengganggu rutin harian anda.

5. Merancang jadual waktu belajar dan harian

Perancangan jadual waktu adalah penting dalam kehidupan. Tujuan perancangan jadual waktu dibuat agar hidup kita lebih tersusun dan bermakna.

PENGURUSAN MASA DAN STRATEGI PEMBELAJARAN

1. Sikap yang positif

Pelajar tidak mungkin berjaya sekiranya mereka tidak ada dorongan yang kuat terhadap kejayaan. Mereka adalah sentiasa bersikap positif terhadap hidup dan berjuang ke arah kecemerlangan. Sikap takut dan belajar ala kadar merupakan resipi ke arah kegagalan.

2. Disiplin masa

Proses pembelajaran memerlukan disiplin kerja dan pengurusan masa dengan baik dan teratur. Seseorang itu tidak mungkin lulus dengan cemerlang tanpa sesuatu perancangan masa yang baik.

3. Merancang Penggunaan Masa

Pelajar perlu faham bahawa skop kurikulum sekolah pada masa ini agak luas. Banyak perkara yang perlu dipelajari pada waktu yang singkat. Oleh itu, pelajar perlu merancang untuk menjimatkan masa belajar, mengurangkan tenaga yg diperlukan untuk belajar di samping dapat menjalankan aktiviti belajar dengan cara efisien.

4. Mendahulukan yang utama

Melalui perancangan, pelajar dapat mengimbangan pengagihan masa belajar mengikut jumlah masa yang ada. Pelajar tidak sepatutnya memberi tumpuan yang berat kepada kurikulum sekolah dan mengabaikan aktiviti kokurikulum yang lain.

5. Tabiat dalam bilik darjah

Pelajar yang suka berkhayal dalam bilik darjah dikenali sebagai “ ponteng psikologi “. Dengan itu, persediaan yang cukup harus dilakukan dalam bilik darjah untuk meningkatkan daya ‘kesegaran’ dalam pembelajaran.

6. Bagaimana membuat persediaan pembelajaran

Penyelidikan di Amerika Syarikat telah mendapati bahawa pelajar-pelajar yang bersedia untuk menghadapi pelajaran di bilik darjah akan meraih kecemerlangan dalam peperiksaan. Mereka bukan sahaja bersungguh-sungguh, tetapi juga membuat persediaan.

7. Gunakan perpustakaan dan pusat sumber

Ramai di antara pelajar yang menggunakan perpustakaan untuk membaca buku atau membuat temujanji sahaja. Penggunaan perpustakaan atau pusat sumber ini dengan sebaiknya akan mendatangkan banyak manfaat kepada pelajar.

8. Jaga kesihatan anda

Badan yang lemah dan kesihatan mental yang terganggu tidak dapat membantu untuk mencapai kejayaan. Langkah-langkah berikut dapat membantu anda:

I. Sentiasa bersikap tenang

II. Makanan yang berkhasiat

III. Senaman yang berterusan

IV. Bersikap positif dan rasional

V. Riangkan hati dan senyum

PENGURUSAN MASA MENURUT ISLAM

Islam menggesa supaya masa digunakan dengan baik dan sentiasa diawasi kerana dalam setiap masa ada kelebihannya yang tersendiri. Setiap individu hendaklah memperuntukan masa seperti berikut :

I. Masa beribadat kepada Allah-sembahyang, puasa, zakat, haji dan lain-lain

II. Masa bekerja-mengikut bidang pekerjaan masing-masing dan tidak bercanggah dengan syariat Islam.

III. Masa untuk menambahkan intelektual-melalui pembelajaran formal atau tidak, pembacaan, pendengaran, pembincangan, menghadiri majlis ilmu.

IV. Masa bekeluarga-capai kebahagiaan bergantung kepada kebijaksanaan menguruskan masa

V. Masa bermasyarakat dan bersosial-gotong-royong, bersukan, berpersatuan, kerja amal dan sebagainya.

VI. Masa berehat-memulihkan tenaga dan fikiran bagi meneruskan kehidupan.

PENUTUP

Secara kesimpulan, sikap menangguh kerja ini dilakukan kerana beberapa factor;

  • Tidak sukakan kerja yang dipertanggungjawabkan

  • Sikap bosan

  • Sikap malas

  • Takut kerana tidak tahu melakukan kerja berkenaan

  • Takut akan kegagalan

  • Berasa tugas itu sesuatu yang sukar

  • Takut kerana tugas itu sesuatu yang baru baginya

  • Berasa tugas berkenaan tidak penting.


    *dipetik drpd portal pendidikan utusan

Related Posts with Thumbnails
 

Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA)


 
Blogger Templates