Social Icons

Selasa, 18 Mei 2010

Hari Guru 2010 SK Seri Mutiara

Tarikh: 17 Mei 2010 Isnin
Masa : 7.40-1.00pm
Tempat: SK Seri Mutiara
Guru Pembina Negara Bangsa

SK Seri Mutiara, 17 Mei sambutan hari guru telah disambut dengan meriahnya. Tema Hari guru pada tahun ini ialah " Guru Pembina Negara Bangsa". Murid-murid mengambil kesempatan daripada hari guru ini dengan memberikan pelbagai kad ucapan dan hadiah. Semua warga SKSM bersemangat untuk mengikuti pelbagai acara sukaneka dan persembahan. antara acara sukaneka yang dipertandingkan ialah, Melipat kain lampin dan menggubah bunga bagi cikgu lelaki, Mari bertukang dan Permainan KIM bagi cikgu perempuan. manakala acara campuran ialah teka bahasa isyarat dan puzzle. Guru-guru telah dibahagikan kepada 6 kumpulan keluarga iaitu, Delima, Emas, Mutiara, Nilam, Zamrud dan Berlian. keluarga Delima telah menjuarai acara sukaneka. syabas dan tahniah diucapkan. Selamat Hari Guru kepada semua warga pendidik SKSM
Pengerusi Kelab Guru Bersemangat

Teka apa nih???


Lagu Pulau harapan bersama PK KoKu

Teka lagi..


Kad Ucapan Hari Guru terbesar

Kek Hari Guru

Nyanyian Guru Malaysia dengan penuh semangat


Rabu, 5 Mei 2010

Sajak "Guru O Guru"

BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979

Selamat Hari Guru 2010
Kepada Semua warga SK Seri Mutiara
Guru Pembina Negara Bangsa

Takwim Bulan Mei

Minggu

KURIKULUM

HEM

KOKURIKULUM

1

Sab

18

HARI PEKERJA

2

Aha

3

Isn

19

Pemeriksaan Murid

4

Sel

Taklimat Guru / Mesy.AJK Hari Guru 2

SBT

5

Rab

Aktiviti Koku ke 11/2010 Jad. A

6

Kha

7

Jum

8

Sab

9

Aha

10

Isn

20

Pemeriksaan Murid

11

Sel

Motivasi Thn.6

12

Rab

Aktiviti Koku ke 12/2010 Jad. B

13

Kha

Motivasi Thn.6

14

Jum

15

Sab

LADAP 3 & Lawatan Kelab Guru Dan Kakitangan

16

Aha

17

Isn

21

Sambutan Hari Guru 2010

Pemeriksaan Murid

18

Sel

PKSR 1

19

Rab

PKSR 1

Aktiviti Koku ke 13/2010 Jad. A

20

Kha

PKSR 1

21

Jum

Hantar Laporan PIPP

(½ Thn)

22

Sab

23

Ahd

24

Isn

22

Pemeriksaan Murid

25

Sel

Taklimat Guru- Mesy. Minggu Anti Dadah

26

Rab

Aktiviti Koku ke 14/2010 Jad. B

27

Kha

Khemah Ibadah

28

Jum

HARI WESAK

29

Sab

30

Ahd

31

Isn

23

Pelancaran Bln Anti Dadah

Hari Persekolahan : 21 hari

Related Posts with Thumbnails
 

Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA)


 
Blogger Templates