Social Icons

Ahad, 25 Julai 2010

Hari Bertemu Waris Program Pendidikan khas

Hari Bertemu Waris Program Pendidikan Khas Integrasi
Tarikh : 16 Julai 2010 (Jumaat)
Masa : 8.00 Pagi
Tempat : Dewan Terbuka SKSM

Zulkifli Bin Hj Maon (Ketua Unit OKU JKM Kinta) Menyampaikan taklimat berkaitan OKU

Persembahan Murid Pendidikan Khas

Hasil Karya Murid Pendidikan khas yang dijual


Cantik dan berkualiti


Rabu, 21 Julai 2010

Kejohanan Taekwondo Piala Klebang

Kejohanan Taekwondo Piala Klebang kali ketiga
Tarikh : 4 Julai 2010
Tempat: klebang Putra, Ipoh

Sk Seri Mutiara mencatatkan sejarah apabila berjaya memenangi tempat pertama keseluruhan kejohanan Taekwondo Piala Klebang. Empat orang peserta yang dihantar berjaya memenangi acara individu masing-masing. SK Seri Mutiara berjaya mencatat keputusan 1 Emas 2 perak dan 3 gangsa secara keseluruhan. syabas dan tahniah juga diucapkan kepada guru penasihat kelab Taekwondo sekolah kerana berajaya mengharumkan nama sekolah di arena ini.




PenasihaT kelab Taekwondo sekolah



















Jumaat, 16 Julai 2010

Pertandingan Boling Sk Seri Mutiara 2010


Pertandingan Boling Kelab Guru dan Kakitangan Sekolah Sk Seri Mutiara 2010
Tarikh : 14/7/2010
Masa : 3.00 petang
Tempat : Ampang Superbowl, Ipoh

Kelab Guru dan kakitangan sekolah telah menganjurkan pertandingan boling tertutup untuk semua ahlinya. objektif pertandingan ini adalah untuk merapatkan hubungan silaturrahim dan kemesraan yang sekian lama terjalin. Tahniah dan syabas kepada para pemenang. kepada yang lain boleh lagi mencuba dimasa hadapan.

Arena Pertandingan

Penuh bergaya daripada En. Idris B. Hanafiah PK Koku merasmikan pertandingan boling


Juara kategori wanita (369 Jatuhan Pin)

Juara berkumpulan lelaki ( 530 Jatuhan Pin)


Peserta Terbaik Wanita


Juara keseluruhan individu En. Hafizin Naim

Ahad, 11 Julai 2010

Penggunaan Masa


PENGURUSAN MASA

PENDAHULUAN

Definisi Pengurusan masa

Pengertian masa dari segi bahasa ialah waktu, zaman, saat dan detik. Dari segi istilah masa bermakna tika2 waktu atau zaman yang dilalui oleh individu yang menjalankan kehidupan. Dikaitkan dengan pengurusan masa, ia memberi makna suatu ilmu yang berkaitan dengan teknik dan cara seseorang itu mengurus, membahagi dan mengatur masa sehariannya supaya dapat dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya.

KEPENTINGAN PENGURUSAN MASA

Pengurusan masa penting kepada pelajar kerana penggunaan masa yang baik dapat mendisiplinkan kita dalam melaksanakan aktiviti spt pembelajaran. Disiplin yang dimaksudkan disini adalah kita mesti melakukan jadual harian, contohnya;

1. Masa membaca buku atau mengulangkaji

2. Waktu bermain atau beribadah

3. Waktu menonton televisyen

4. Waktu menyelesaikan kerja sekolah

5. Waktu membantu ibu dan ayah

6. Waktu menziarahi rumah kawan

Semua aktiviti yang disebutkan ini perlu dijadualkan dan dilibatkan berapa lamakah aktiviti atau perlakuan itu berlaku. Ianya perlukan disiplin yang jitu dari kita. Oleh itu, seharusnya kita harus memberi perhatian kepada kedua-dua perkara itu kuantiti dan kualiti masa yang kita gunakan.

PRINSIP ASAS PENGURUSAN MASA

1. Mengubah tabiat lama yang negatif.

Tabiat lama selalu juga disebut habit. Tabiat yang negatif ini perlu dibuang dalam diri setiap individu. Jika selama ini kita merupakan seorang yang selalu menangguhkan kerja maka kita perlu mengambil perhatian terhadap perkara ini. Selalunya kita menangguhkan tugasan dan menyiapkan ‘last minute’. Tabiat seumpama ini perlu diubah. Oleh itu, kita mesti mengubah tabiat ini supaya lebih awal menyiap tugas2 agar pada waktu yang lain kita dapat memberi tumpuan yang lebih kepada aktiviti yang lain.

2. Komunikasi

Komunikasi dapat memberikan implikasi yang besar jika kita tidak dapat menggunakan dengan berkesan dan terbaik. Contohnya, semasa guru tiada di dalam kelas, kita sering berbual-bual kosong dengan kawan2 tentang hiburan dan perkara yang sia-sia yang tiada kaitan langsung dengan pembelajaran. Ini sebenarnya satu pembaziran yang amat ketara dan merugikan.

Komunikasi intrapersonal biasanya ada dalam setiap individu. Komunikasi ini mengatakan seolah-olah soalan ini adalah bodoh. Maka penggunaan komunikasi intrapersonal yang negatif ini perlu di lawan dan di tentang. Oleh itu komunikasi intrapersonal ( bertanya guru ) dengan sebaik mungkin. Dengan membuang komunikasi intrapersonal yang negatif itu maka wujudlah keyakinan dalam diri.

3. Penumpuan

Selalunya kita akan berasa bosan dan jemu apabila perkara tersebut berkaitan dengan pelajaran. Kita jarang memberi tumpuan terhadap pelajaran yang diberi oleh guru. Namun apabila bercerita tentang hiburan, tumpuan akan diberi sepenuhnya walaupun dalam keletihan. Oleh itu pengubahsuaian suasana perlu diubah supaya kita dapat memberikan konsentrasi dalam pelajaran dan gangguan lain perlulah dielakkan.

4. Rehat

Manusia perlulah berehat dalam setiap perkara. Rehat adalah factor penting dan sering dikaitkan dengan tidur. Contohnya kita perlu berehat selama 15 minit pada waktu tengahari untuk mengembalikan kecergasan. Justeru itu pengurusan waktu rehat dengan tidur adalah penting untuk pembelajaran yang berkesan.

Oleh itu, berdasarkan kepada perbincangan dapat disimpulkan bahawa pengurusan masa yang baik adalah penggunaan masa yang berkualiti. Kualiti masa dapat dicapai dengan adanya prinsip asas bagi kita menguruskan masa. Justeru itu ia akan menjadikan sesuatu pembelajaran itu lebih berkesan dan bermakna.

TEKNIK PENGURUSAN MASA

1. Menggunakan “ Rancangan Bertindak “

Rancangan Bertindak dikaitkan dengan susunan tugasan dan tanggungjawab yang perlu dilakukan pada hari itu mengikut keutamaan. Sebagai contoh MESTI dilakukan MAHU dilakukan. Kemudian cuba habiskan perkara yang anda ingin lakukan mengikut keutamaan. Jika anda tidak sempat menghabiskan kerja anda untuk hari tersebut, catatkan aktiviti yang belum dijalankan pada kertas baru untuk keesokkan harinya. Ulang perkara yang sama apabila anda hendak memulakan kerja pada hari esok.

2. Menghapuskan tabiat “ Tangguh dan tunggu “ dengan mengingati 3 perkara di bawah:

A. Kelmarin sudah berlalu

B. Esok masih belum berlalu

C. Hari ini peluang masih ada

3. Penuhkan masa lapang

Masa lapang boleh dipenuhi semasa menunggu bas, dalam perjalanan, semasa menunggu giliran di pejabat pos dan sebagainya untuk melakukan kerja ringan seperti membaca , menulis nota atau setidak-tidaknya berfikir.

4. Tahu dan pandai untuk mengatakan “ Tidak “

Perkataan tidak perlu digunakan pada perkara yang nada anggap boleh mengganggu rutin harian anda.

5. Merancang jadual waktu belajar dan harian

Perancangan jadual waktu adalah penting dalam kehidupan. Tujuan perancangan jadual waktu dibuat agar hidup kita lebih tersusun dan bermakna.

PENGURUSAN MASA DAN STRATEGI PEMBELAJARAN

1. Sikap yang positif

Pelajar tidak mungkin berjaya sekiranya mereka tidak ada dorongan yang kuat terhadap kejayaan. Mereka adalah sentiasa bersikap positif terhadap hidup dan berjuang ke arah kecemerlangan. Sikap takut dan belajar ala kadar merupakan resipi ke arah kegagalan.

2. Disiplin masa

Proses pembelajaran memerlukan disiplin kerja dan pengurusan masa dengan baik dan teratur. Seseorang itu tidak mungkin lulus dengan cemerlang tanpa sesuatu perancangan masa yang baik.

3. Merancang Penggunaan Masa

Pelajar perlu faham bahawa skop kurikulum sekolah pada masa ini agak luas. Banyak perkara yang perlu dipelajari pada waktu yang singkat. Oleh itu, pelajar perlu merancang untuk menjimatkan masa belajar, mengurangkan tenaga yg diperlukan untuk belajar di samping dapat menjalankan aktiviti belajar dengan cara efisien.

4. Mendahulukan yang utama

Melalui perancangan, pelajar dapat mengimbangan pengagihan masa belajar mengikut jumlah masa yang ada. Pelajar tidak sepatutnya memberi tumpuan yang berat kepada kurikulum sekolah dan mengabaikan aktiviti kokurikulum yang lain.

5. Tabiat dalam bilik darjah

Pelajar yang suka berkhayal dalam bilik darjah dikenali sebagai “ ponteng psikologi “. Dengan itu, persediaan yang cukup harus dilakukan dalam bilik darjah untuk meningkatkan daya ‘kesegaran’ dalam pembelajaran.

6. Bagaimana membuat persediaan pembelajaran

Penyelidikan di Amerika Syarikat telah mendapati bahawa pelajar-pelajar yang bersedia untuk menghadapi pelajaran di bilik darjah akan meraih kecemerlangan dalam peperiksaan. Mereka bukan sahaja bersungguh-sungguh, tetapi juga membuat persediaan.

7. Gunakan perpustakaan dan pusat sumber

Ramai di antara pelajar yang menggunakan perpustakaan untuk membaca buku atau membuat temujanji sahaja. Penggunaan perpustakaan atau pusat sumber ini dengan sebaiknya akan mendatangkan banyak manfaat kepada pelajar.

8. Jaga kesihatan anda

Badan yang lemah dan kesihatan mental yang terganggu tidak dapat membantu untuk mencapai kejayaan. Langkah-langkah berikut dapat membantu anda:

I. Sentiasa bersikap tenang

II. Makanan yang berkhasiat

III. Senaman yang berterusan

IV. Bersikap positif dan rasional

V. Riangkan hati dan senyum

PENGURUSAN MASA MENURUT ISLAM

Islam menggesa supaya masa digunakan dengan baik dan sentiasa diawasi kerana dalam setiap masa ada kelebihannya yang tersendiri. Setiap individu hendaklah memperuntukan masa seperti berikut :

I. Masa beribadat kepada Allah-sembahyang, puasa, zakat, haji dan lain-lain

II. Masa bekerja-mengikut bidang pekerjaan masing-masing dan tidak bercanggah dengan syariat Islam.

III. Masa untuk menambahkan intelektual-melalui pembelajaran formal atau tidak, pembacaan, pendengaran, pembincangan, menghadiri majlis ilmu.

IV. Masa bekeluarga-capai kebahagiaan bergantung kepada kebijaksanaan menguruskan masa

V. Masa bermasyarakat dan bersosial-gotong-royong, bersukan, berpersatuan, kerja amal dan sebagainya.

VI. Masa berehat-memulihkan tenaga dan fikiran bagi meneruskan kehidupan.

PENUTUP

Secara kesimpulan, sikap menangguh kerja ini dilakukan kerana beberapa factor;

  • Tidak sukakan kerja yang dipertanggungjawabkan

  • Sikap bosan

  • Sikap malas

  • Takut kerana tidak tahu melakukan kerja berkenaan

  • Takut akan kegagalan

  • Berasa tugas itu sesuatu yang sukar

  • Takut kerana tugas itu sesuatu yang baru baginya

  • Berasa tugas berkenaan tidak penting.


    *dipetik drpd portal pendidikan utusan

Selasa, 6 Julai 2010

Ujian Bulan Julai 2010

Tarikh : 13, 14 dan 15 Julai 2010

Ujian bulan julai bagi tahap satu dan dua. Manakala bagi tahun 6 akan menghadapi ujian percubaan UPSR 2010 pada tarikh tersebut. Diharap semua murid dapat mengulangkaji pelajaran dengan sebaik mungkin. Berikut merupakan jadual ujian tersebut.

Related Posts with Thumbnails
 

Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA)


 
Blogger Templates