Social Icons

Isnin, 21 November 2011

Majlis Anugerah Gemilang ke-8 (MAGA)

Majlis Anugerah Gemilang ke-8 (MAGA)
Tarikh : 16 November 2011 ( Rabu)
Masa : 3.00 Petang
Tempat  Dewan Tertutup SKSM

Majlis Anugerah Gemilang ke-8 (MAGA) telah berlangsung dengan dengan penuh gemilang pada 16 Nov. 2011. Majlis telah dirasmikan oleh YB. Dato Haji Nadzri B. Haji Ismail yang merupakan ADUN kawasan Manjoi.Penerima hadiah adalah terdiri daripada murid-murid yang cemerlang dalam PKSR 2 yang lepas. Pada masa yang sama juga diadakan majlis graduasi murid-murid Pra sekolah. Adik Anis Sofiah Bt. Ependi telah dinobatkan sebagai tokoh murid pada tahun ini kerana pencapaian yang cemerlangnya dari segi akademik dan sahsiah.
KedatanganYB. Dato Haji Nadzri B. Haji Ismail

Penerima Tokoh Murid



Sabtu, 1 Oktober 2011

RIMUP 2011

Rancangan Intergrasi Murid Untuk Perpaduan
Tarikh:  22.9.2011 (Khamis)
Tempat : SK Seri Mutiara

 Pada julung kalinya SK Seri Mutiara Telah menjadi tuan rumah aktiviti RIMUP 2011 yang melibatkan 3 jenis  sekolah rendah. sekolah yang telibat ialah SJK(C) Pinji 2 dan SJKT Kelebang.Terdapat pelbagai aktiviti yang dilakukan bagi merapatkan hubungan antara kaum dikalangan murid. antara aktiviti yang dijalankan ialah senaman Tai che, permainan Kavadi, Boria, Batu Seremban dan sepak Raga Bulat. Melalui aktiviti tersebut diharapkan matlamat 1 Malaysia dapat teracapai.



Isnin, 19 September 2011

Majlis Penutupan Bulan Kemerdekaan

Majlis Penutupan Bulan Kemerdekaan 2011
Tarikh: 19.9.2011
Tempat: Dewan Terbuka SK Seri Mutiara

Majlis penutupan bulan kemerdekaan kali ke-54 peringkat sekolah telah disempurnkan oleh En. Mohd Nor B. Shaari, Guru Besar SKSM. Majlis penyampaian hadiah kepada semua pemenang bagi pelbagai aktiviti telah diadakan. Diharapkan melalui pelbagai program dan pertandingan yang dijalankan sepanjan bulan kemerdekaan ini dapat menyuntik semangat patriotik yang lebih mendalam lagi dikalangan warga SKSM.

Kelas 6 Dinamik ditabalkan sebagai  kelas paling Patriotik




Isnin, 5 September 2011

7 Tips Persediaan Akhir UPSR


Persediaan Akhir dalam menghadapi UPSR 2011

1. Semak jadual
Menyemak jadual peperiksaan penting bagi menentukan masa cukup untuk belajar, khususnya pada saat-saat akhir ini. Latihan mesti diteruskan mengikut kertas peperiksaan yang akhir diduduki terlebih dulu. Ini kerana apabila tiba hari peperiksaan, calon akan belajar subjek yang akan diuji pada hari pertama peperiksaan.
Jika melakukan demikian, bermakna anda telah membuat persiapan yang menyeluruh dan tidak ada subjek tertinggal atau tidak dipelajari.

2. Kunci peperiksaan
Apakah kunci kepada peperiksaan? Peperiksaan menuntut calon membuat banyak latihan dan ulang kaji bagi mengingati pelajaran lalu, selain mengelak diri daripada lupa fakta ketika menjawab soalan.
Oleh itu, anda jangan jemu untuk terus membuat ulang kaji, terutama menggunakan kertas peperiksaan tahun terdahulu atau soalan seiras. Langkah itu akan membiasakan anda dengan soalan standard, di samping membolehkan ingatan anda kekal dan berpanjangan.

3. Tentukan keutamaan
Belajar pada saat-saat akhir juga perlu mengutamakan mata pelajaran atau kemahiran yang masih belum atau kurang dikuasai. dalam hal ini, jangan sekali-kali belajar subjek yang anda sukai saja, sebaliknya merangkumi semua.
Ini kerana setiap peperiksaan akan membabitkan semua subjek dipelajari di sekolah, bukannya berdasarkan minat seseorang calon.

Tips seterusnya.........Tekan baca Seterusnya....

Selasa, 30 Ogos 2011

Selamat Hari Raya

Selamat Hari Raya Kepada semua warga SKSM dan ibu bapa serta penjaga Murid SKSM,
Maaf Zahir Dan Batin.......

Isnin, 22 Ogos 2011

Sambutan Bulan Kemerdekaan

Sambutan Bulan Kemerdekaan Malaysia ke-54
Tarikh Perasmian : 14.8.2011
Tempat                : Tapak Perhimpunan SK Seri Mutiara

  Sambutan bulan kemerdekaan peringkat sekolah telah diadakan dengan penuh rasa kegembiraan dan kesyukuran.Majlis perasmian telah disempurnkan oleh En. Mohd Nor B. Shaari selaku guru besar SK Seri Mutiara. Tema kemerdekaan pada tahun ini ialah "Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera". Terdapat pelbagai aktiviti yang akan dijalankan sempena bulan kemerdekaan ini, antaranya ialah penceritaan tentang tokoh-tokoh kemerdekaan, Perdana Menteri Malaysia, Perjalanan menuntut kemerdekaan serta pelbagai aktiviti pertandingan seperti mewarna dan deklamasi sajak.Diharapkan melalui bulan kemerdekaan ini, semua warga sekolah dapat menjiwai erti kemerdekaan yang sebenarnya.

Perasmian Oleh Guru besar

Gimik pelancaran Bulan Kemerdekaan



Khamis, 4 Ogos 2011

Program Sambutan Hari Jadi dan Aktiviti Terapi Fizikal

Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran, SK Seri Mutiara telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Lahir dan Aktiviti Terapi Fizikal pada :

          Tarikh   : 21 Julai 2011
          Hari      : Khamis
          Tempat : Taman Rekreasi Gunung Lang, Ipoh                             


                                     
                                                 Menaiki bot ke tempat aktiviti di hujung tasik.



Aktiviti senamrobik bersama guru.


Aktiviti terapi fizikal.


Upacara memotong kek hari lahir


Majlis penyampaian hadiah hari lahir kepada murid.
Hadiah disampaikan oleh Guru Besar SK Seri Mutiara, En. Mohd Nor b. Shaari.









Rabu, 3 Ogos 2011

Bowling KGKT 2011

Pertandingan Tertutup Kelab Guru dan Kakitangan SKSM 2011
Tarikh: 28.7.2011 (3.00 ptg)
Tempat: Ampang Bowl, Ipoh Prade
Objektif Program: Merapatkan Hubungan Silaturahim antara warga guru dan kakitangan


Pasukan Juara

Perasmian Balingan Bowling oleh Guru Besar

Salam Ramadhan Al-Mubarak

Salam Ramadhan AL-Mubarak kepada semua warga SK Seri Mutiara Yang beragama Islam..

Keriangan Lost World Of Tambun

Keriangan Lost World Of Tambun
Tarikh: 23.7.2011 (Sabtu)
Tempat : Lost World Of Tambun

  Pihak Sekolah telah mengadakan program Keriangan ke Lost World of Tambun kepada murid-murid yang mendapat keputusan cemerlang pada PKS 1 yang lalu. Seramai 60 orang murid dan 8 orang guru pengiring yang terbabit dalam program tersebut. Melalui program ganjaran seumpama ini, dapat memberikan galakan dan motivasi kepada para murid agar terus cemerlang pada peperiksaan yang seterusnya.


Peserta program mendengar taklimat berkaitan Kehdidupan harimau


Gambar seterusnya..........

Khamis, 14 Julai 2011

Jemputan Khas Murid Pendidikan Khas ke Majlis Pelancaran Logo dan Kempen Hal Ehwal Wanita Negeri Perak

Majlis Pelancaran Logo dan Kempen Hal Ehwal Wanita Negeri Perak
Tarikh: 14.7.2011
Tempat: Dewan Banquet SUK

Cheah Kuek Lim telah dijemput khas untuk membuat persembahan di Majlis Pelancaran Logo dan Kempen Hal Ehwal Wanita Negeri Perak.Adik Cheah Kuek Lim bermain Keyboard dan mempersembahkan nyanyian lagu I have a dream. Jemputan khas ini memberikan kebanggaan kepada semua warga SK Seri Mutiara.

Cheah Kuek Lim bersama Mawi yang turut membuat persembahan di majlis tersebut

Rabu, 6 Julai 2011

Rumah Kuning Juara Baru

Kejohanan Balapan Dan Padang
Kali Ke-7 Tahun 2011
Tarikh : 2.7.2011 (Sabtu)
Masa  : 7.00pagi- 1.00 Tengah Hari



   
  Acara dimulakan dengan Larian Satu Murid Satu Sukan tepat pada jam 7.45 pagi. larian serentak Satu Malaysia ini dicatatkan di dalam Malaysia Book of Records sebagai acara larian serentak yang paling ramai pernah dicatatkan. Larian ini dilepaskan oleh En. Mohd Nor Bin. Shaari selaku Guru Besar SK Seri Mutiara. Kejohanan Balapan dan Padang telah dirasmikan dengan gilang gemilang oleh En. Mohd Ramli Bin Mohd Baki, Peyelia Kokurikulum PPD Kinta Utara.Rumah Kuning muncul sebagai juara keseluruhan baru pada kejohanan kali ini dengan mencatatkan 414 mata, diikuti rapat rumah Merah 410 mata dan Hijau 408 mata. Tahniah kepada semua pemenang acara sukan dan setinggi-tinggi penghargaan serta ucapan syabas diucapkan kepada semua warga guru, para ibu bapa dan kakitangan SK Seri Mutiara yang telah menjayakan kejohanan pada kali ini.

Gambar seterusnya....

Selasa, 28 Jun 2011

Majlis Seiring Sejalan

Majlis Seiring Sejalan Bersama Ibu Bapa dan Guru  Tahun 6
Tarikh : 24 Jun 2011
Tempat : Dewan Tertutup SK Seri Mutiara


 Majlis telah berlangsung dengan kehadiran hampir semua ibu bapa murid tahun 6. Melalu program ini murid melakukan lafaz ikrar dihadapan ibu bapa masing-masing sebagai satu janji bahawa mereka akan belajar dengan bersungguh-sungguh menghadapi UPSR nanti. Selain itu majlis juga diisi dengan penerangan serba ringkas tetang prestasi murid dalam PKS1 yang lepas. Diharapkan dengan majlis ini dapat memberikan impak yang besar kepada prestasi murid dalam UPSR Kelak.

Sabtu, 25 Jun 2011

LARIAN SERENTAK 1 MURID 1 SUKAN (1M 1S) 1 MALAYSIA

Jemputan kepada semua ibu bapa, PIBG, dan bekas pelajar SKSM untuk sama-sama menyertai larian ini yang merupakan program KPM yang akan dijalankan secara serentak di seluruh negara.

Tarikh: 2 Julai 2011
Masa: 7.45 Pagi
Tempat: Padang SK Seri Mutiara

Pelancaran peringkat kebangsaan akan diadakan di Padang Dataran Perbandaran (Padang Esplanade), Taiping, Perak Darul Ridzuan.

Beramai-ramai kita meriahkan larian ini...Jumpa di sana!

Kejohanan Balapan dan Padang Kali Ke-7

Persaingan antara rumah sukan agak sengit sebelum penentuan pada 2.7.2011

Kedudukan Pingat Keseluruhan
25.6.2011
Rumah
SUKANTARA
Emas
Perak
Gangsa
Mata
Hijau
192
13
13
17
330
Kuning
183
13
16
14
324
Merah
177
17
14
12
328

Bulan Budi Bahasa

Pelancaran Bulan Budi Bahasa Peringkat Sekolah

Rabu, 18 Mei 2011

Sambutan Hari Guru 2011

Majlis Sambutan Hari Guru 2011
Tarikh ; 16 Mei 2011
Tempat : Dewan terbuka SK Seri Mutiara

KGKT telah menganjurkan hari guru peringkat sekolah pada 16 Mei yang lepas. Tema hari guru pada tahun ini ialah Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara. Hari Guru disambut secara sederhana namun meriah dengan pelbagai kegembiraan yang dipancarkan oleh warga Guru SK Seri Mutiara.
Acara Memotong Kek Hari Guru

Waga Pendidik SK Seri Mutiara 2011

Isnin, 16 Mei 2011

Selamat Hari Guru


Selamat Hari Guru Kepada semua warga pendidik SK Seri Mutiara
Guru PenJana Transformasi Pendidikan Negara

Khamis, 12 Mei 2011

Lawatan Muhibbah SK Kem Terendak, Melaka



Program Lawatan SK Kem Terendak , Melaka Ke Program Pendidikan Khas
Tarikh : 11.5.2011
Masa : 9.00 Pagi
Kehadiran Peserta lawatan : 45 Orang Termasuk Guru dan Murid

SK Seri Mutiara melalui Program pendidikan Khas telah menerima 45 orang Guru dan murid daripada SK Kem Terendak  Melaka. Lawatan julung kali ini telah menunjukan bahawa Program pendidikan Khas SK Seri Mutiara telah mencapai sesuatu tahap yang membanggakan. Melalui program lawatan ini juga, perkongsian idea dapat dilakukan bagi kemajuan sekolah masing-masing.

Guru Pendidikan khas SK Seri Mutiara dan SK Terendak Kem.


Rabu, 4 Mei 2011

Karnival Pendidikan Pencegahan Dadah

Karnival Pendidikan Pencegahan Dadah
Tema: 1Malaysia Membentras Dadah
Tarikh 3 Mei-6 Mei 2011
Anjuran: JK Pendidikan Pencegah Dadah SK Seri Mutiara

Antara Aktiviti yang dianjurkan ialah, Ceramah Modus Operandi, Pertandingan mewarna dan melukis poster. Diharapkan melalui aktiviti ini,objektif pencegahan penagihan najis dadah dapat diterapkan pada peringkat awal lagi.

Perasmian Oleh Tn. Hj. Ahmad Razman b. Dahari (PK1)

Selasa, 3 Mei 2011

KEM KEPIMPINAN DAN JATI DIRI

PROGRAM: KEM KEPIMPINAN & JATI DIRI
TARIKH     : 23 APRIL 2011
TEMPAT    : PUSAT LATIHAN ASKAR WATANIAH, TAMBUN

TAKLIMAT RINGKAS DARIPADA PENYELARAS PROGRAM
Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama pihak pentadbir dan guru-guru jawatankuasa disiplin serta Pusat Sumber Sekolah telah berjaya menganjurkan Kem Kepimpinan dan Jati Diri. Program ini diadakan pada 23 April 2011 (Sabtu) bertempat di Pusat Latihan Askar Wataniah, Tambun (PUSWATAN). Seramai 72 orang murid dan 12 orang guru terlibat dalam program ini. Murid-murid yang terlibat adalah Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Ketua dan Penolong Ketua Kelas.

Khamis, 14 April 2011

Kejohanan Paint Ball Terbuka SK Seri Mutiara


  Pihak Sekolah dengan kerjasama Kelab Guru dan kakitangan akan mengadakan kejohanan Paint Ball terbuka SK Seri Mutiara.kejohanan akan berlangsung di padang sekolah. Antara kumpulan peserta yang mengesahkan penyertaan adalah daripada KGKT SK Chepor, SK Sungai Rapat dan Pasukan PPD Kinta Utara.semua dijemput hadir untuk menyasikan kejohanan tersebut.

Rabu, 13 April 2011

Kempen Jangan Menonton TV (21-27 April)


Tutupkan TV dan Hidupkan Kekeluargaan!

21 – 27 April ialah Minggu Tidak Menonton TV!
Ini ialah tahun ketiga FOMCA menganjurkan kempen ini sempena Kempen Konsumer Kebangsaan (atau Kempen 3K) 2008-2012. Dalam kempen ini, orang ramai diminta untuk menutupkan TV mereka selama seminggu. Ini juga boleh dilanjutkan lagi dengan Minggu tanpa Skrin yang mana merangkumi komputer, telefon bimbit, alat permainan video dan juga alat elektronik yang berskrin. Tujuan kempen ini ialah untuk menggalakkan orang ramai terutamanya ibu bapa untuk menghabiskan masa lapang bersama anak-anak mereka dengan melakukan aktiviti lain yang lebih aktif dan berinteraksi. 

Rabu, 23 Mac 2011

KEJOHANAN OLAHRAGA MSS DAERAH KINTA UTARA 2011


KEJOHANAN OLAHRAGA MSS DAERAH KINTA UTARA 2011
STADIUM IPOH PERAK
22-25 MAC 2011


Semoga semua atlit olahraga SK Seri Mutiara dapat bersinar dalam semua kategori yang disertai..

Ahad, 20 Mac 2011

Sentiasa Dipuncak Kecemerlangan Slideshow

Sentiasa Dipuncak Kecemerlangan Slideshow: "TripAdvisor™ TripWow ★ Sentiasa Dipuncak Kecemerlangan Slideshow ★ to Ipoh by SK Seri Mutiara. Stunning free travel slideshows on TripAdvisor"

Jumaat, 11 Mac 2011

Kejohanan Skuasy MSSPK 2011

Kejohanan Skausy MSSPK 2011
Tarikh: 18 Februari 2011
Tempat: Kompleks Skuasy MBI, Ipoh


Sekalung tahniah kepada Nevyn Paul Raj A/L Jacob Paul iaitu murid tahun 3 Dinamik SK Seri Mutiara kerana berjaya mendapat tempat ketiga dalam kejohanan tersebut.Melalui kejayaan itu, Nevyn Paul Raj A/L Jacob Paul telah mewakili Kinta Utara dalam pertandingan skuasy peringkat negeri. semoga kejayaan beliau dapat menjadi sumber inspirasi kepada murid-murid yang lain.


Berita kejayaan Nevyn Paul Raj A/L Jacob Paul di akhbar Metro 26 Februari 2011



Khamis, 10 Mac 2011

Pertandingan Bola Sepak Zon B

Pertandingan Bola Sepak Zon B
Tarikh  : 7/3/2011 (Isnin)
Masa   : 8.00 pagi-5.00 Petang
Tempat: SK Dato Ahmad Said

   Sekolah telah menghantar 16 orang pemain dan 2 orang guru pengiring iaitu Ustaz Hafizi Mohamed dan En. Abdul Latif Hassan ke pertandingan bola sepak Zon B Daerah Kinta Utara. SK Seri Mutiara ditempatkan dalam kumpulan D bersama-sama dengan SK Jati, SK Manjoi 2 dan SK Al-Ummah. Keputusan perlawanan yang dicatatkan agak kurang memberangsangkan iaitu seri sekali dan kalah 2 kali. namun sekalung terima kasih diucapkan kepada semua pemain dan jurulatih kerana telah berusaha bersungguh-sungguh untuk pertandingan bola sepak ini. Semoga boleh dapat dipertingkatkan pada masa akan datang.
Pasukan Bola Sepak dan Jurulatih SK Seri Mutiara 2011

Related Posts with Thumbnails
 

Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA)


 
Blogger Templates