Social Icons

Rabu, 21 November 2012

UPSR 2012



Syabas dan Tahniah kepada semua murid tahun 6 yang mencatatkan keputusan yang baik pada tahun ini....peratusan lulus meningkat daripada 68% kepada 72%
Tahniah kepada 6 Orang murid yang cemerlang yang mendapat 5A
dan 4 orang mendapat 4A 1B..........

Murid yang mendapat 5A ialah...
AINUL KHAIRIYAH BT.MOHD.NAZRI
DHARISHAN A/L BATHIBAN
JANNATUL FATHIRAH BT.SHAMSOL
NIK ALISYA BT.NIK MOHD. ASRI
DIYAN A/L NAGAPPAN
SANGETHE DEVI A/P VIJAYA KUMAR






Isnin, 12 November 2012

Selamat Bercuti semua, Semoga Berjumpa Kembali pada 2.1.2013



Majlis Khatam, khatan, dan Aqiqah SKSM 2012

Majlis Khatam, khatan, dan Aqiqah SKSM 2012
Tarikh: 10 November 2012 (Sabtu)
Tempat: SK Seri Mutiara
Perasmian Oleh: Tn. Hj. Abdul Aziz B.Mat Jais
                          Pen. PPD( Sek. Men) Kinta Utara

Majlis Telah berlangsung dengan jayanya, julung kalinya diadakan 3 dalam 1 majlis. 2 ekor lembu telah dibuat Aqiqah dan dimasak secara gotong royong bersama guru, staff dan warga PIBG. seramai 16 orang murid telah mengikuti majlis Khatan. Syabas dan Tahniah kepada semua yang menjayakan majlis ini.













Selasa, 30 Oktober 2012


Lawatan Ke

Kuala Gula Bird Sanctuary 

Tarikh: 18 Oktober 2012
Peserta : Murid Tahun 6



Murid Tahun 6 seramai 30 orang bersama 5 orang guru pengiring telah melakukan aktiviti lawatan sambil belajar ke Kuala Gula Bird Sanctuary, dalam daerah Kerian. Para peserta telah didedahkan tentang tempat persinggahan sementara burung-burung yang berhijrah dari sejauh Rusia ke kawasan terbabit. Para peserta di bawa menaiki bot mengelilingi Kuala Gula untuk meninjau kawasan burung hijrah menetap terbabit. diharapkan  melalui lawatan ini, semua peserta dapat menghargai dan menjaga kepentingan kawasan persinggahan burung terbabit.


Peserta bergambar kenangan











Konvo Pra Sekolah


Khamis, 27 September 2012

Family Day SK Seri Mutiara di Ulu Chepor



Pada 22 september, SK Seri Mutiara telah mengadakan sambutan hari keluarga di Kawasan Perkelahan Ulu Chepor, yang mengambil masa kira-kira 20 minit perjalanan dari SK Seri Mutiara. Hari keluarga ini telah dianjurkan oleh Kelab Guru SK Seri Mutiara yang merupakan aktiviti tahunan yang wajib untuk semua kakitangan sekolah. Kawasan perkelahan ini dipilih kerana tempatnya yang cantik serta sesuai untuk dijadikan tempat istirehat serta menjalankan aktiviti bagi program ini. Selain itu, hari keluarga ini bertujuan untuk merapatkan silaturrahim antara kesemua kakitangan sekolah dengan keluarga masing-masing. Pelbagai aktiviti telah dijalankan di kawasan ini pada hari tersebut dan ianya mendapat sambutan meriah dari pihak kakitangan. Aktiviti ini telah dimulakan seawall jam 10.00 pagi dan dimulakan dengan pelbagai acara sukaneka yang disertai oleh anak-anak guru serta guru-guru sendiri. Majlis ini juga diserikan lagi dengan kehadiran tuan guru besar iaitu Encik Mohd Nor yang telah merasmikan Hari Keluarga SK Seri Mutiara untuk tahun 2012.




Pelbagai juadah telah disediakan untuk memenuhi selera warga SKSM bagi Hari Keluarga ini, menu seperti ayam bakar,kambing bakar,koktel,udang bakar dan juga salad berjaya menambat selera pengunjung. Juadah ini telah disediakan sendiri oleh guru-guru SK Seri Mutiara dan dibakar di kawasan perkelahan ini hasil dari bantuan dari keluarga guru yang hadir. 









Ahad, 16 September 2012

Selamat Hari Malaysia ke-49


Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963. Ia menandakan penyertaan bersama Malaya, Borneo Utara, Sarawak, dan Singapura bagi membentuk Malaysia.
Pembentukan persekutuan baru ini dirancangkan berlaku pada 1 Jun 1963 namun kemudiannya ditangguhkan ke 31 Ogos 1963 bagi membolehkan ia disambut bersama-sama dengan sambutan hari kemerdekaan ke-6. Beberapa isu berkaitan dengan bantahan Indonesia dan Filipina untuk pembentukan Malaysia memperlambatkan pengisytiharan ke 16 September pada tahun yang sama. Penangguhan itu juga dibuat bagi membolehkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memperuntukkan masa membuat pungutan suara di Borneo Utara (kini Sabah) dan Sarawak.
Hari Malaysia merupakan cuti am di negeri Sabah sempena hari keputeraan Yang Di-Pertua Negeri. Ia bukan merupakan cuti am di Sarawak dan Semenanjung Malaysia.  Mulai tahun 2010, Hari Malaysia juga merupakan cuti am di semua negeri di Malaysia.

Rabu, 5 September 2012

Sambutan Hari Kemerdekaan SKSM

Sekolah Kebangsaan Seri Mutiara telah mengadakan sambutan hari kemerdekaan peringkat sekolah pada 30 Ogos 2012. Majlis ini telah diserikan dengan penglibatan dari semua warga sekolah bagi menyemarakkan lagi semangat kemerdekaan dalam kalangan warga SKSM. Sambutan ini bertujuan untuk memberi pengalaman serta memberi pelbagai input kepada murid-murid tentang erti sebenar kemerdekaan.
anak merdeka!!!

abg gedang perkasa~





Sambutan ini diserikan lagi dengan pelbagai jenis persembahan dari guru-guru serta murid. selain itu pengisian slot kuiz jugak banyak memberi pengetahuan kepada murid-murid tentang tokoh-tokoh kemerdekaan negara Malaysia. Sempena dengan kemerdekaan kali ke - 55 ini, warga sekolah SKSM berharapa agar semua pihak lebih menghayati erti sebeanr merdeka itu dan mensyukuri segala nikmat yang telah diberikan kepada kita semua dari allah s.w.t...amin...



Merdeka...Merdeka...Merdekaaa!

P/s: mari lihat gambar-gambar sekitar majlis..ayuh~













Sabtu, 18 Ogos 2012

Selasa, 24 Julai 2012

Sumbangan Tajaan daripada Aeon

Program Tajaan Barangan Sukan daripada Aeon Malaysia
Tarikh: 19.7.2012
Tempat: Aeon Station 18, Pengkalan

Pihak Aeon telah sudi memberikan tajaan barangan sukan dan tunai sebanyak RM600. Barangan sukan yang diberikan adalah bola sepak sebanyak 50 biji. SKSM adalah antara 23 buah sekolah yang bertuah terpilih untuk program tajaan pada kali ini.Terima kasih kepada Aeon diatas sumbangan tersebut, semoga SKSM dapat terus cemerlang dalam semua bidang sukan yang diceburi.




Terima Kasih


Isnin, 9 Julai 2012

Hari sukan SK Seri Mutiara... hip,hip,hooreeeee!

Pada tanggal 1 Julai 2012, SK Seri Mutiara telah menganjurkan Kejohanan Sukan Dan Balapan kali yang Kelapan di padang SK Seri Mutiara. Kejohanan ini telah dirasmikan oleh Shahul Hamid a/l Mydin Syah,ahli Majlis  Bandaraya Ipoh wakil dari Datuk Bandar Ipoh. 

kedatangan Encik Shahul Hamid diiringi persembahan bagpipe  ACS  IPOH.







Kejohanan ini berlangsung dengan penuh gilang gemilang dan kerjasama dari pihak ibu bapa dan para guru amat cemerlang sekali. Kejohanan sukan ini amat meriah sekali dengan kehadiran para ibu bapa yang memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada anak mereka serta para guru. ucapan terima kasih kami ucapkan atas kehadiran tuan-tuan dan puan-puan ke kejohanan sukan ini.

















Selain itu, sokongan dan kerjasama dari warga SK Seri Mutiara memang wajar dipuji disebabkan dengan kerjasama di kelas yg tersendiri telah menyebabkan kejohanan sukan ini berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah. Pihak sekolah mengharapkan kerjasama seperti ini dapat diteruskan lagi seperti tahun ini di kejohanan tahun hadapan. insyaallah...:P



















Related Posts with Thumbnails
 

Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA)


 
Blogger Templates