Social Icons

Jumaat, 2 Mac 2012

Perlawanan Persahabatan Bola Sepak : SK Seri Mutiara vs SKPK Ipoh

Pada 1 Mac 2012 bertempat di padang SKPK Ipoh, pasukan bola sepak SK Seri Mutiara telah mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan bola sepak SKPK Ipoh sebagai persediaan untuk kejohanan Bola Sepak peringkat zon Daerah Kinta Utara tidak lama lagi. Perlawanan antara SK Seri Mutiara dan SKPK Ipoh ini bermula pada jam 4.00 petang. 
       




Pasukan Bola Sepak SK Seri Mutiara

Pasukan Bola Sepak SKPK Ipoh




Untuk separuh masa pertama, SK Seri Mutiara telah mendahului pihak lawan dengan jaringan 2-1. Pemain-pemain sekolah telah menunjukkan semangat dan juga disiplin yang tinggi dalam separuh masa pertama dan telah berjaya mendahului pihak lawan. Sebaik sahaja separuh masa kedua bermula, pihak lawan telah menggandakan asakan dan berjaya memperoleh gol penyamaan di awal babak kedua. Pasukan sekolah SK Seri Mutiara telah mengubah strategi lalu berjaya menjaringkan gol ketiga hasil rembatan kencang penyerang pasukan sekolah ke penjuru kiri gol pihak lawan. Apabila kemenangan nampak sudah berpihak pada SK Seri Mutiara ,gerakan serangan kilat dari SKPK Ipoh telah membuahkan hasil apabila pemain mereka berjaya meloloskan diri dari kawalan pertahanan SK Seri Mutiara lalu menjaringkan gol penyamaan di minit-minit akhir perlawanan ini.


~semangat kesukanan antara dua sekolah~



pemain-pemain SKPK Ipoh

Pemain-pemain SK Seri Mutiara
Sesudah wisel penamat ditiupkan, perlawanan persahabatan ini berakhir dengan keputusan seri 3-3. Walaubagaimanapun, pihak SK Seri Mutiara memuji semangat dan disiplin yang ditunjukkan oleh pasukan bola sepak SK Seri Mutiara. Ini merupakan titik tolak kepada pencapaian yang lebih cemerlang lagi bagi pasukan bola sepak SK Seri Mutiara…insyaallah.

~SK Seri Mutiara~

~Mutiara mencipta keunggulan ~



Related Posts with Thumbnails
 

Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA)


 
Blogger Templates