Social Icons

Selasa, 28 Februari 2012

Majlis Perlantikan Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber Dan Ketua Kelas Sesi 2012

Pada tanggal 27 Februari 2012, Sk Seri Mutiara  telah mengadakan majlis perlantikan pengawas sekolah,pengawas pusat sumber sekolah dan juga ketua kelas dan penolong ketua kelas bagi sesi 2012. Majlis diadakan di tapak perhimpunan sekolah dan dihadiri oleh semua barisan pentadbir dan juga guru guru Sk Seri Mutiara. Majlis ini telah dipengerusikan oleh Puan Azizah dan juga Encik Mohd Afiq  Perlantikan pengawas ini dimulakan dengan ucapan alu-aluan dari Guru Besar Sk Seri Mutiara, Encik Mohd Nor Bin Shaari yang telah menekankan konsep amanah dalam melaksanakan tugas yang telah diberi. Beliau juga telah memohon agar barisan pengawas yang telah dilantik untuk sesi 2012 agar menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan tanggungjawab. Barisan pengawas sekolah,pengawas pusat sumber dan ketua kelas ini seramai 95 orang untuk sesi 2012 ini. 


barisan pengawas-pengawas yang segak

En Mohd Nor B Shaari menyampaikan ucapan

penyampaian sijil kepada ketua pengawas Sk Seri Mutiara
















Majlis ini telah berjalan dengan lancar dan mengikuti perancangan yang telah dirancang oleh jawatankuasa Disiplin & Pengawas Sekolah yang telah diketuai oleh Encik Mohd Syahril Bin Tajudin. Sekali lagi, pihak jawatankuasa mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Guru Besar Sk Seri Mutiara , Encik Mohd Nor Bin Shaari atas kesudian beliau menyampaikan sijil watikah perlantikan pengawas bagi sesi 2012. Pihak Sekolah Seri Mutiara juga mengucapkan tahniah dan syabas kepada barisan pengawas sekolah,pengawas pusat sumber sekolah dan juga ketua kelas serta penolong ketua kelas bagi sesi 2012 ini. Diharapkan agar barisan baru untuk tahun 2012 ini mampu menjalankan tugas dengan oenuh dedikasi dan berintegriti.

Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas SK Seri Mutiara Sesi  2012

Ketua Kelas Integrasi Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran &Penglihatan SK Seri Mutiara Sesi 2012

Pengawas Pusat Sumber SK Seri Mutiara Sesi 2012
Pengawas Sekolah SK Seri Mutiara Sesi 2012

SK Seri Mutiara

~Mutiara Mencipta Keunggulan~

Selasa, 21 Februari 2012

Sekolah dilanda Banjir


   Pada pagi isnin, 20.02.2012 kawasan sekolah telah dilanda banjir. Namun air banjir tidak melimpahi sebarang kelas atau bilik-bilik khas. P&P dijalankan seperti biasa dikelas masing-masing selepas taklimat mengenai keselamatan menghadapi bencana banjir disampaikan oleh Guru Besar. Banjir telah surut sepenuhnya pada jam 11 pagi.



Sambutan Maulidurrasul

Tarikh: 17.Feb.2012 (Jumaat)
Masa : 8.30-12.00 tgh
Tempat : Dewan Terbuka SKSM





  Sambutan Maulidurrasul telah dijalankan dengan penuh Kesyukuran dan kebangaan dalam menghayati perjuangan Rasullah. Majlis telah dimulakan dengan acara perarakkan semua guru dan murid islam disekeliling kawasan sekolah sambil berselawat ke atas Nabi. Majlis sambutan diteruskan dikawasan dewan terbuka dimulakan dengan ceramah Khas Maulidurrasul yang disampaikan oleh Ustaz Ambri Terdapat pelbagai pertandingan yang dijalankan sempena majlis ini, antaranya pertandingan Tilawah, Hafazan, dan bercerita agama. majlis diakhiri dengan persembahan Nasyid dari kumpulan Nurul Iman. Diharapkan melalui majlis ini warga SKSM dapat menghayati sejarah dan perjuangan Rasullah yang seterusnya menjadikanya contoh ikutan yang terbaik.

Khamis, 9 Februari 2012

Majlis Khas Perpisahan

       Salam perpisahan kepada Tn. Hj Ahmad Razman B. Dahari yang telah bertukar tempat berkhidmat di SK Cator Avenue. Semasa menjawat jawatan PK Kanan di SKSM ini, banyak idea dan cadangan beliau yang membantu sekolah ke puncak keunggulan. Segala jasa bakti beliau curahkan diucapkan jutaan terima kasih. Semoga terus berjaya dan gemilang di sekolah yang baru.



Jumaat, 3 Februari 2012

Salam Maulidur Rasul 1433H

 

Rasulullah contoh ikutan terbaik

KELAHIRAN Rasulullah adalah umpama cahaya bulan yang menyinari kegelapan malam. Kebangkitan Rasulullah sebagai utusan Allah telah berjaya memimpin dan membimbing umat manusia ke jalan yang lurus iaitu Islam.
Firman Allah dalam surah al-An'am ayat 153 yang bermaksud: "Dan bahawa (yang Kami perintahkan) ini adalah jalan-Ku yang lurus maka ikutilah ia dan janganlah kamu mengikuti jalan-jalan (yang lain) kerana jalan-jalan ini mencerai-beraikan kamu dari jalan-Nya. Yang demikian itu diperintahkan Allah kepadamu agar kamu bertakwa".
Rasulullah bukan saja menyampaikan risalah dan ajaran Islam semata-mata bahkan baginda sendiri menunjukkan contoh bagaimana yang dikehendaki oleh Islam. Segala tingkah laku, percakapan dan sikap baginda mencerminkan keperibadian Islam yang dituntut dan dikehendaki oleh Allah untuk dicontohi oleh umat manusia.

Khamis, 2 Februari 2012

Permata Squash Mutiara




Nervyn Paul A/L Jacob Paul merupakan seorang pemata squash yang akan bersinar dimasa hadapan dalam sukan squash untuk sekolah ini. Adik Nervyn telah berjaya mendapat tempat ketiga pada "35th Perak Closed Championship 2011" bagi kategori bawah 19 tahun. Kejohanan telah berlangsung pada24-25 Nov.2011. Nervyn juga telah menyertai '5th Milo-Prince KL Junior Open Squash Championship" pada 14-18 Disember 2011. Semoga terus bersinar lagi di masa depan.
Related Posts with Thumbnails
 

Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA)


 
Blogger Templates