Social Icons

Isnin, 17 Jun 2013

Kem kepimpinan 2013


Kem kempimpinan Sekolah Rendah Daerah Kinta Utara
Tarikh: 14-16 Jun 2013
Tempat: IPGM Kampus Ipoh

Seramai 4 orang murid Pengawas SKSM telah berjaya mengikuti kem kempimpinan peringkat daerah Kinta Utara 2013 yang berlangsung selama 3 hari 2 malamProgram ini bertujuan untuk  membantu meningkatkan tahap keyakinan diri, akademik serta kepimpinan pelajar. Ia juga dapat membentuk potensi diri serta mewujudkan sifat keikhlasan, motivasi, keyakinan diri serta pembentukan pelan tindakan diri yang bebas daripada gejala negatif bagi menjadi pemimpin masa hadapan. Selain itu ia merupakan satu program untuk meningkatkan kualiti diri untuk memandu dan membimbing diri serta rakan sebaya.
     Melalui kem ini juga adik VINOTDHNI A/P KANTHYMATHYNATHAN telah terpilih sebagai peserta terbaik perempuan daripada lebih 200 peserta yang menghadiri kem tersebut. Syabas dan tahniah diucapkan.


Dari kiri, NADIYATUL FARHANA BT AHMAD ANNUAR, VINOTDHNI A/P KANTHYMATHYNATHAN, DHARUMASHAN A/L BATHIBAN dan adik MUHAMMAD HARIS ADRIL B SHAMSOL AMRI

Related Posts with Thumbnails
 

Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA)


 
Blogger Templates