Social Icons

Khamis, 26 September 2013

UJIAN KOMPETENSI ICT KPM UNTUK SEMUA PENTADBIR DAN GURU

Tuan,

UJIAN KOMPETENSI ICT KPM UNTUK SEMUA PENTADBIR DAN GURU
SECARA DALAM TALIAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA. 

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Adalah dimaklumkan bahawa pihak Kementerian Pendidikan Malaysia akan menjalankan
Ujian Kompetensi ICT secara dalam talian pada ketetapan berikut :

Tarikh / Masa : 27 September 2013 (Jumaat) bermula jam 8.00 pagi dan berakhir pada
2 Oktober 2013 jam 12.00 tengah malam dengan akses 24 jam di pautan :

http://ict-kpm.azurewebsites.net (Hanya menggunakan kad pengenalan sebagai id )

3. Pengetua/Guru Besar diminta memaklumkan kepada semua guru dan para pentadbir sekolah
dan memantau status guru yang telah menjawab 
(selesai semua 30 soalan),
belum selesai menjawab (belum habis 30 soalan) dan belum mula menjawab ujian tersebut
(langsung tidak menjawab) di peringkat sekolah masing-masing berdasarkan modul laporan yang
disediakan dalam sistem yang sama.

4. Pentadbir dan guru-guru diminta tidak menunggu hingga saat-saat akhir untuk mengelakkan sebarang kesulitan.

KLIK DI SINI UNTUK SURAT PPD
KLIK SI SINI UNTUK SURAT JPN 
KLIK DI SINI UNTUK SURAT KPM 

Sekian harap maklum.

_________________
NORHAN BIN SUID @ SHUIB
PENOLONG PPD AKADEMIK
Teknik dan Vokasional Sekolah Rendah
Pejabat Pelajaran Daerah Kinta Utara
Perak Darul Ridzuan
email : naimnorhan@yahoo.com
Tel : 019-3143206

Selasa, 17 September 2013

KAJIAN PENGGUNAAN BAHAN DIGITAL DI SEKOLAH 2013

Berdasarkan arahan YAB TPM dalam keputusan mesyuarat bil 1/2013, Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) diarahkan menjalankan Kajian Penggunaan Bahan Digital di Sekolah. Kajian bahan digital ini meliputi sumber bahan yang terdapat di platform Frog VLE, EduWebTV, LMS dan perisian kandungan MBMMBI yang digunakan oleh guru di sekolah. Soal selidik ini bertujuan untuk mendapatkan pandangan anda terhadap penggunaan bahan digital yang dibekalkan oleh KPM. Hasil maklum balas ini akan menjadi panduan untuk membuat penambahbaikan pembangunan bahan digital ini.

SKOP KAJIAN :
VLE – Virtual Learning Environment
EduWebTV – Laman TV Pendidikan
LMS – Learning Management System
Perisian Kandungan MBMMBI – CD Perisian untuk Program MBMMBI
JANGKA MASA : 06 SEPTEMBER 2013 HINGGA 20 SEPTEMBER 2013.
Instrumen soal selidik terbahagi kepada dua iaitu soal selidik guru dan soal selidik murid. Semua guru dan minimum 10 orang murid di setiap sekolah perlu mengisi soal selidik yang berkaitan.

Panduan Untuk Menjawab Soal Selidik
1. Sila baca dengan teliti setiap item yang terdapat dalam soal selidik ini. Tandakan pada jawapan pilihan anda di dalam ruang yang disediakan dalam soal selidik ini.
2. Anda TIDAK PERLU menjawab bagi mana-mana bahan digital yang TIDAK DIGUNAKAN atau TIADA PENGGUNAAN seperti Frog VLE, EduWebTV, LMS dan perisian kandungan MBMMBI.
3. Segala maklumat yang anda berikan adalah SULIT dan digunakan hanya untuk kepentingan penyelidikan ini.
Soal selidik guru mengandungi lima bahagian seperti berikut:
BAHAGIAN A: Maklumat Guru
BAHAGIAN B: Prasarana ICT
BAHAGIAN C: Penggunaan Koleksi Bahan Digital
BAHAGIAN D: Kesesuaian Bahan Digital
BAHAGIAN E: Tahap Kesediaan Guru
Soal selidik murid mengandungi dua bahagian seperti berikut:
BAHAGIAN A: Maklumat Murid
BAHAGIAN B: Pencapaian Murid-- 

Soal selidik guru : klik link dibawah
Soal selidik murid : klik link di bawah

Mohon kepada guru ICT / guru PSS pastikan kajian ini dilaksanakan diperingkat sekolah. Sekian terima kasih atas kerjasama dan perhatian tuan/puan.

sumber arahan

Related Posts with Thumbnails
 

Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA)


 
Blogger Templates