Social Icons

Selasa, 9 Julai 2013

Kejohanan Balapan dan Padang SKSM kali ke-9

Kejohanan Balapan dan Padang SKSM telah berlangsung dengan penuh gilang-gemilang pada 7 Julai 2013. Kejohanan tahunan kali ke-9 ini telah dirasmikan oleh Pengarah Pelajaran Daerah Kinta Utara, Tuan Haji Marazlen @ Mar Azlan Bin Amran, AMP.,PPT. Dalam kejohanan ini. Rumah Hijau yang juga merupakan johan tahunan, Tempat kedua disandang oleh Rumah Kuning sementara tempat ketiga disandang oleh Rumah Merah. 

            Menurut Tuan Haji Marazlen @ Mar Azlan Bin Amran  kalah menang merupakan adat pertandingan. Dalam apa-apa kejohanan sekalipun, semangat kesukanan yang tinggi adalah diperlukan. Kekalahan bukan bererti gagal sebaliknya langkah untuk berjaya. Menurut beliau lagi, sukan tahunan yang diadakan di peringkat sekolah merupakan gelanggang untuk mengasah bakat para pelajar dalam melahirkan atlet yang mampu mengharumkan nama negara pada masa hadapan. Beliau juga berharap agar pelajar dapat menjayakan acara sukan dengan cemerlang dan bekerja dalam pasukan apabila terlibat dalam acara berkumpulan.

            Sebelum acara sukan bermula, acara perbarisan yang disertai oleh semua kontinjen unit beruniform dan pasukan daripada semua rumah sukan membuka tirai persembahan. Setiap kontinjen dinilai dan kontinjen yang terpilih menerima hadiah semasa sesi penutupan sukan diadakan. Hanya beberapa acara balapan dipertandingkan memandangkan banyak acara telah disempurnakan sebelum ini dalam pertandingan yang diadakan seminggu lebih awal. Cuaca yang cerah memastikan kejohanan berlangsung dengan jayanya. Selain acara sukan yang dipertandingkan, diadakan juga pelbagai jualan ringan yang dikendalikan oleh pihak kantin dan koperasi sekolah.

Kejohanan sukan tahunan ini diakhiri dengan acara penyampaian pingat kepada para pemenang individu dan rumah keseluruhan. Para atlet  yang berjaya dalam sukan kali ini terpilih untuk mewakili sekolah di peringkat kawasan Kinta Utara.








Related Posts with Thumbnails
 

Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA)


 
Blogger Templates