Social Icons

Selasa, 19 November 2013

Majlis Anugerah Gemilang SKSM Kali ke-10 2013

Ipoh- 14 Nov 2013, SK Seri Mutiara, telah mengadakan Majlis Anugerah Cemerlang sebagai usaha berterusan mengiktiraf pencapaian murid-murid yang cemerlang dalam pelbagai bidang. Majlis yang penuh ceria dan gemilang telah dirasmikan oleh Pegawai Pendidikan Daerah Kinta Utara. Turut hadir bukan sahaja para ibubapa tetapi juga Pengerusi PIBG dan Jawatankuasanya,  Penyelia Kanan Sekolah Rendah PPD, HJ.Syed Musa Bin Syed Hashim HASHIM dalam ucapan perasmiannya mengucapkan tahniah dan penghargaan di atas komitmen, kerjasama dan pemufakatan antara sekolah dengan institusi dan kepimpinan masyarakat. Tegas beliau, pemufakatan inilah formula besar dan utama dalam menjana kecemerlangan pendidikan di sekolah kerana menurut beliau pembangunan kecemerlangan pendidikan tidak boleh dilaksanakan secara sendirian. Selain dari itu, beliau menyeru guru-guru dan ibubapa bersedia dengan perubahan besar dalam pendidikan pada masa depan khususnya yang digariskan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2025. Menurut beliau lagi dalam Bajet 2013 kerajaan telah memperuntukkan melebihi RM38 bilion untuk pendidikan sebagai bukti betapa pentingnya pendidikan untuk maruah kekuatan bangsa, agama dan negara. Sebelum itu, En. Shahudin B. Awang, Guru Besar, SK Seri Mutiara dalam ucapan aluan-aluan mengajak ibubapa supaya bersama berusaha seiring pihak sekolah dalam memastikan kecemerlangan pendidikan anak-anak khususnya di SK Seri Mutiara. Beliau telah memberi pelbagai tip bagi membantu ibubapa mendidik anak-anak. Hari Anugerah Cemerlang,SK Seri Mutiara turut meraikan anak-anak prasekolah, pencapaian cemerlang akademik, kokurikulum bahkan juga dalam pencapaian kepimpinan.Sesungguhnya usaha-usaha menghargai bakat, kebolehan dan pencapaian anak-anak semestinya menjadi agenda motivasi berterusan setiap sekolah dalam usaha menjana kecemerlangan dan keterbilangan pendidikan.
















Khamis, 14 November 2013

UPSR 2013

Syabas dan Tahniah kepada 5 Orang Calon UPSR 2013 kerana mendapat keputusan cemerlang 5A dan 2 Orang mendapat 4A 1B



ISKANDAR DZULKARNAIN BIN ZULHAIRI

KRISHNA  A/L GANASAN

SOFEA  BALQIS  BINTI  SRI  EMIRLEE

QAIS'SARAH IMAN MORGAN

NUR HAYATUL NAYLI BINTI MOHAMED FISHAL

Related Posts with Thumbnails
 

Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA)


 
Blogger Templates