Social Icons

Jumaat, 21 November 2014

Majlis Anugerah Gemilang kali ke-11 SKSM 2014

   Pada hari Khamis, 20 November 2014, Sekolah Kebangsaan Seri Mutiara, Ipoh perak telah melangsungkan Majlis Anugerah Gemilang Sekolah. Majlis itu bermula seawal pukul 8:00 pagi dengan kehadiranpara ibu bapa yang turut meraikan majlis.  
                   Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk memberi penghargaan kepada murid-murid yang cemerlang dalam bidang akademik dan korikulum. Penganugerahan ini juga diharapkan dapat memberi motivasi kepada murid-murid supaya terus cemerlang.   
         Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan ucapan oleh pengerusi dan diikuti ucapan Guru Besar Sekolah Kebangsaan  
Seri Mutiara. Tepat pada pukul 9:30 pagi upacara perasmian telah disempurnakan oleh Mantan Guru Cemerlang Matematik PPD Kinta Utara , Pn. Hafizah Bt. Hj Mokhtar. Dalam upacara tersebut beliau telah menasihatkan ibu bapa supaya lebih prihatin terhadap pendidikan anak-anak.  
          Beberapa persembahan oleh murid-murid turut dipersembahkan kepada para tetamu. Antaranya  persembahan yang menarik ialah persembahan Nasyid oleh kumpulan nasyid sekolah dan tarian Penguin dari murid pendidikan Khas. Para tetamu terhibur dengan persembahan yang dipersembahkan.          
          Acara kemuncak ialah upacara penyampaian hadiah kapada murid-murid yang cemerlang dalam bidang akademik berdasarkan keputusan peperiksaan akhir tahun. murid-murid yang aktif dan cemerlang dalam bidang kokurikulum turut menerima hadiah.   
         Majlis ini berlangsung dengan lancar dan meriah sekali . Para jemputan dan tetamu dijemput menikmati juadah sejurus majlis ini berakhir . Diharapkan agar majlis ini menjadi pendorong kepada murid-murid agar lebih cemerlang pada masa akan datang.  


Isnin, 10 November 2014

Perkhemahan Unit Uniform 2014

Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan sepanjang tempoh perkhemahan. Antaranya adalah ice-breaking,mendaki bukit,memasak dalam buluh dan menggunakan tanah liat,membina gajet serta membuat cenderahati menggunakan barangan terpakai seperti surat khabar dan majalah. Semua aktiviti yang diadakan telah menguji  ketahanan mental dan fizikal para pelajar.
Antara objektif utama perkhemahan unit beruniform diadakan adalah untuk melatih pelajar supaya berdikari dan bersedia dalam menghadapi keadaan serba kekurangan.Selain itu, ia diadakan untuk memupuk nilai-nilai murni dan semangat muafakat antara ahli dalam kumpulan. Ternyata, objektif perkehamahan ini tercapai dan diharapkan aktiviti ini akan menjadi aktiviti tahunan dan dapat diteruskan demi manfaat pelajar itu sendiri.
Komitmen para guru amatlah tinggi dalam memastikan kebajikan pelajar sentiasa dalam keadaan baik dan terjaga. Jutaan terima kasih diucapkan kepada para guru yang sudi berkhidmat dengan ikhlas tanpa mengenal erti penat dan lelah.Majlis penutup telah dirasmikan oleh PK Koku Pn. Fadzilah Bt. Zulkafli.

Kejohanan Balapan Dan Padang Kali ke-10



Pada 18 Oktober 2014,Sabtu Sekolah Kebangsaan Seri Mutiara telah mengadakan Kejohanan Balapan dan Padang yang ke-10. Termasya sukan ini diadakan di padang sekolah bermula pada pukul 8.30 pagi.
Sehari sebelum temasya itu dimulakan, kerja-kerja membuat persiapan terakhir telah dilaksanakan. Khemah-khemah didirikan dan dihias dengan cantik. Beberapa orang pekerja sekolah, guru dan murid berganding bahu meyiapkan kerja-kerja tersebut. Papan mencatat markah rumah-rumah sukan diletakkan di tengah-tengah padang. Manakala, bendera rumah sukan, bendera Negeri Pahang dan Jalur Gemilang dikibarkan di bahagian depan astaka.
Keadaan cuaca pada pagi temasya sukan itu sangat baik. Pada pukul 8.00 pagi, semua hadirin termasuk ibu bapa mula memenuhi ruang tempat duduk yang disediakan di sebelah Khemah. Tn. HJ Moideen Kutty Bin Hassan (Pengarah Kolej Sains Bersekutu Sultan Azlan Shah, Ulu Kinta) yang tiba kira-kira pukul 8.10 pagi disambut oleh Guru Besar sekolah iaitu En. Shahudin bin Awang serta Pengerusi PIBG. Acara dimulakan dengan perbarisan lintas hormat para peserta yang mengambil bahagian.Tn. HJ Moideen Kutty Bin Hassan menerima tabik hormat dan seterusnya merasmikan sukan tersebut.
Selepas upacara perasmian dilakukan, acara sukan pun dilangsungkan. Acara-acara yang dijalankan berjalan lancar dan teratur. Acara sukan berhenti untuk rehat pada pukul 10.00 pagi dan disambung semula setengah jam kemudian. Acara lari 4 X 100 meter menjadi acara kemuncak sukan pada hari itu. Kira-kira pukul 11.30 pagi, semua acara tamat. Seterusnya, acara penyampaian hadiah kepada para pemenang pula dijalankan. Hadiah disampaikan oleh Tn. HJ Moideen Kutty Bin Hassan dengan diiringi oleh Tuan Guru Besar.
Pasukan yang menjadi juara pada kejohanan sukan ke-10 ini ialah pasukan Rumah Kuning. Kejohanan Balapan dan Padang ini tamat kira-kira pada pukul 12.30 tengah hari. Sebelum bersurai, semua Guru dan murid bergotong royong mengemas dan membersih semula kawasan pertandingan sukan.


Ahad, 9 November 2014

Klinik KEM 1M1S

5 Oktober 2014, Rabu 

Pada 5 Oktober yang lalu telah berlangsung Kem Sukan Sekolah 1 Murid 1 Sukan (1M1S) bagi peringkat sekolah. Kem Sukan Sekolah 1 Murid 1 Sukan ini bertujuan untuk mendedahkan murid kepada aktiviti sukan dan permainan dan juga merupakan salah satu dasar Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang rancak diperkenalkan dalam tahun kebelakangan ini. Justeru penganjuran kem ini di sekolah, memang sangat-sangat dialu-alukan sesuai dengan kehendak dan tujuan program.Terdapat 5 jenis permaianan yang diadakan klinik pada hari tersebut iaitu, Ragbi, Sofbol, Futsall, Gimnastik dan senamrobik.


Rabu, 15 Oktober 2014

Kejohanan Balapan dan Padang Kali ke-10

Dijemput semua ibu-bapa, Penjaga dan bekas pelajar untuk datang memeriahkan kejohanan ini

Jumaat, 22 Ogos 2014

SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI PERINGKAT SEKOLAH 2014

Pada hari Rabu , 20 Ogos 2014 - Semua warga SK Seri Mutiara telah mengadakan Sambutan Hari Raya Peringkat Sekolah . Majlis sambutan ini disertai oleh semua guru dan kakitangan SK Seri Mutiara, murid-murid Prasekolah, Pendidikan Khas, Tahun 1 hingga tahun 6 dan turut dimeriahkan lagi dengan para jemputan.
Majlis ini bermula pada jam 9.15 pagi dan berakhir pada jam 12.45 tengah hari.Pengajaran dan Pembelajaran tetap dijalankan pada jam 7.45 pagi hingga 9.15 pagi. Antara program yang diadakan sepanjang sambutan ini ialah acara persembahan nyanyian daripada guru-guru dan murid-murid SK Seri Mutiara.Acara ini telah dijalankan di dewan sekolah.
Semua warga SK Seri Mutiara kelihatan sangat gembira dan hari raya disambut dengan meriah sekali. Pelbagai juadah dan kuih-muih disediakan oleh pihak penganjur untuk dijamu kepada warga sekolah dan para jemputan.
Harapan penganjur agar sambutan seperti ini akan terus dilaksanakan pada tahun-tahun akan datang dan dijadikan acara tahunan.
Berikut ialah gambar-gambar sepanjang sambutan tersebut :


















Jumaat, 25 Julai 2014

Gotong Royong Bebas Denggi

Gotong Royong Bebas Denggi


Tarikh            25 julai 2014
Hari               Jumaat
Masa             7.30 hingga 8.30 a.m
Tempat          Sekitar Kawasan Sekolah SKSM
Anjuran          Unit Kawalan Denggi

Bagi memberi kesedaran kepada murid-murid tentang cara mencegah demam denggi, dua aktiviti di atur dan dilaksanakan. Pada sebelah pagi program gotong royong di jalankan bagi membersihkan seluruh kawasan sekolah terutamanya longkang. Gotong royong ini melibatkan semua guru, murid-murid, dan pekerja sekolah.










Pendahuluan
Penyakit demam denggi ialah penyakit berjangkit yang menjadi satu masalah global dan 
endemic di beberapa buah negara seperti Afrika, USA, Mediterranean Timur, Asia Tenggara
 dan Pasifik Barat (WHO,2002).

Penyakit ini adalah disebakan oleh virus denggi yang dibawa oleh nyamuk Aedes. Di Malaysia, penyakit demam denggi merupakan masalah kesihatan awam. Oleh yang demikian, pada hari ini 
pihak sekolah telah mengadakan aktiviti gotong royong untuk memastikan tiada 
pembiakan nyamuk AEDES di sekolah SKSM
Objektif
  1. Menjadikan amalan kebersihan sebagai budaya cara hidup sihat
  2. Memupuk sikap keprihatinan dan komitmen yang tinggi di kalangan warga sekolah tentang pendidikan pencegahan demam denggi
  3. Menjadikan murid sebagai agen perubahan terhadap pencegahan pembiakan nyamuk Aedes
  4. Mengwujudkan persekitaran sekolah yang bersih, kondusif, dan bebas pembiakan nyamuk Aedes.

Jumaat, 4 Julai 2014

Tarikh  : 28 Julai 2014 (Jumaat)
Masa   : 9.00 pagi - 12.20 tengahari.

Tempat : Makmal Bestarinet SKSM

Hari Bertemu Waris telah diadakan bagi memberi peluang kepada ibu bapa bersua muka dan berbincang secara harmonis tentang perkembangan pelajar terutama dari segi kurikulum, kokurikulum, sahsiah dan disiplin di sekolah sekaligus mengambil slip Peperiksaan Pertengahan Tahun 2014. Ibu bapa mula hadir ke sekolah untuk mengambil slip peperiksaan bermula jam 9.00 pagi.






Rabu, 25 Jun 2014

Program Jiwa Murni 2014


Pada 25/6/2014 , seramai 20 orang pelajar dan 6 orang guru  anjuran B&K SK Seri Mutiara telah mengadakan lawatan beramah mesra dengan warga tua di rumah  Ikhtiar Selesa Villa, Medan Gopeng. Ini merupakan program Khidmat Masyarakat yang bertemakan " Hubungan Kekeluargaan".
Antara objektif program ialah:
i. mendedahkan murid kepada budaya luar yang sihat.
ii.memupuk nilai murni dengan melakukan aktiviti berfaedah.
iii.mengeratkan hubungan mesra dengan agensi kebajikan masyarakat.

***Tahniah diucapkan kepada B&K SK Seri Mutiara  atas penganjuran program ini. Diharapkan banyak lagi program seperti ini dapat dilaksanakan pada masa-masa akan datang .Syabas kepada semua yang menjayakan program ini.














Ahad, 4 Mei 2014

DSKP Tahun 5 KSSR 2014

Guru-Guru yang akan mengikuti kursus DSKP tahun 5 bagi tahun 2014, sila muat turun DSKP yang berkaitan untuk dibawa semasa berkursus



Mohon kerjasama tuan untuk memuat turun dan mencetak Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Tahun 5 mengikut mata pelajaran dan membawa satu salinan semasa menghadiri kursus-kursus tersebut. 

Surat panggilan kursus. {KLIK DI SINI}

Borang Kursus DSKP Ketua Panitia, Hantar sebelum 3 Mei 2014 ke Unit Akademik. {KLIK DI SINI}

Bahan DSKP Tahun 5. {KLIK DI SINI}

Borang Tuntutan Perjalanan Kursus{KLIK DI SINI}

Nota: Kursus bagi mata pelajaran yang tiada dalam jadual akan dimaklumkan kemudian.

Sekian.


Pertandingan Paluan Kompang dan Formasi

Jutaan  terima kasih diucapkan kepada kumpulan Kompang Formasi sekolah yang berani mencuba untuk kali pertama dalam pertandingan Paluan Kompang dan Formasi  Peringkat Zon yang diadakan di SK Seri Mutiara pada 26 April 2014. Semoga kalian akan terus menempa kecemerlangan di masa akan datang. 




Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri Perak

Jutaan Tahniah kepada adik Muhammad Hassef Bin Mohd Amin kerana berjaya mewakili Daerah Kinta Utara ke pertandingan Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri Perak. Adik Muhammad Hassef Bin Mohd Amin telah mendapat tempat ke-3 dalam kategori Tilawah Al-Quran lelaki. walaupun begitu pencapaian tersebut merupakan sesuatu yang membanggakan semua warga sekolah. syabas dan tahniah.Semoga menjadi perangsang kepada murid-murid lain utk meneruskan perjuangan ditahun seterusnya.






Rabu, 9 April 2014

Minggu Matematik 2014


Minggu Matematik ini dianjurkan oleh Panitia Matematik  selama seminggu bermula 7 hingga 11 April 2014. Objektif minggu Matematik diadakan adalah untuk meningkatkan lagi pemahaman murid-murid dalam mata pelajaran Matematik. Pelbagai aktiviti telah diadakan sepanjang minggu ini seperti kuiz matematik, pameran, bacaan sifir secara kreatif dan sebagainya.







Related Posts with Thumbnails
 

Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA)


 
Blogger Templates