Social Icons

Rabu, 26 Mac 2014

Majlis Watikah Pelantikan 2014

Majlis Watikah Pelantikan bagi Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber Sekolah (PSS), Pembimbing Rakan Sebaya, Ketua Kelas dan penolong ketua kelas  telah diadakan pada 20 Februari 2014 bersamaan hari Isnin bertempat di Dataran Perhimpunan SKSM. Majlis ini telah disempurnakan oleh Tuan Guru Besar En. Shahudin B. Awang dengan pemberian sijil watikah pelantikan kepada semua penerima watikah pelantikan. Semoga  semua murid yang telah dilantik  dapat melaksanakan tugas, amanah dan tanggungjawab dengan baik










Sabtu, 15 Mac 2014

Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kelompok

Jutaan Tahniah di ucapkan kepada Kumpulan Nasyid Sk Seri Mutiara serta para guru-guru yang terlibat dalam menjayakan latihan berterusan sehingga meraih tempat Pertama iaitu JOHAN Nasyid Peringkat Kelompok. Tahniah juga kepada adik Muhammad Hassef Bin Mohd Amin yang juga muncul johan Tilawah Al.-Quran lelaki..


Khamis, 6 Mac 2014

Program motivasi untuk ibu bapa 2014


Program Motivasi Ibu bapa dan murid tahap dua telah diadakan, Pihak sekolah telah menjemput penceramah yang terkenal melalui rancangan Pencetus Ummah di Saluran Astro Oasis iaitu PU Ustaz Mohd Zainudin B. Mohamed Zaini. Banyak input-input berguna yang telah disampaikan, dari segi persediaan rohani dan jasmani untuk berjaya. diharapkan melalu program ini murid-murid SKSM lebih bersemangat untuk mencipta keunggulan.






Related Posts with Thumbnails
 

Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA)


 
Blogger Templates