Social Icons

Ahad, 6 Mac 2016

KEM BESTARI SOLAT FASA 1/2016

SABTU- 5 Mac 2016, Alhamdulilah Kem bestari Solat bagi murid-murid  tahun 1 hingga 6, telah dapat  dilaksanakan dengan baiknya. Dengan kehadiran hampir 100 orang murid  serta 17 orang guru yang bertindak sebagai fasilator. KBS diserikan lagi dengan kehadiran Tuan Guru Besar, En. Shahudin B. Awang. Kem ini bermula pada pukul 7.30 pagi dan berakhir pada jam 12.30tgh.

Pendahuluan

Kem Bestari Solat adalah aktiviti yang dilaksanakan untuk memastikan murid-murid dapat menunaikan solat dengan sempurna dari segi bacaan dan perbuatan. Aktiviti ini dilaksanakan secara intensif di satu tempat khas mengikut kesesuaian sesebuah sekolah.

Objektif

  1. Murid dapat mengetahui cara-cara berwuduk.
  2. Murid dapat berwuduk dengan sempurna.
  3. Murid-murid dapat mengetahui cara-cara menunaikan solat dari segi bacaan dan perbuatan.
  4. Murid dapat membaca dengan betul dan lancar bacaan dalam solat.
  5. Murid dapat menunaikan solat secara individu dan jemaah.

Kumpulan Sasaran
Semua murid beragama Islam Tahun Satu hingga 6






Kejohanan Balapan dan Padang kali ke-12, 2016




Related Posts with Thumbnails
 

Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA)


 
Blogger Templates