Social Icons

Ahad, 6 November 2016

Perkhemahan Perdana Unit Beruniform dan Hari Anugerah Kokurikulum

 3 November 2016, SKSM telah mengadakan Perkhemahan Perdana Unit Beruniform dan Hari Anugerah Kokurikulum. Aktiviti ini melibatkan murid-murid dari tahun 3 hingga 6.
     Objektif perkhemahan ini diadakan adalah untuk melahirkan individu yang berdisplin, bertanggungjawab dan berkemahiran. Para peserta perkhemahan telah dipimpin oleh beberapa orang pemimpin yang berkaliber. Dalam masa sehari , pelbagai aktiviti telah dijalankan supaya dapat memberi manfaat kepada semua peserta perkhemahan.
     Aktiviti pertama dalam program perkhemahan ialah taklimat yang disampaikan oleh Ketua Komandan Cikgu Mohd Akmal B. Fisal, Antara perkara yang ditekankan oleh beliau ialah setiap peserta hendaklah sentiasa bekerjasama dan berdisiplin.
     Program-program lain yang dijalankan sepanjang perkhemahan tersebut ialah pertandingan memasak menggunakan buluh, Ikatan Gajet dan pertolongan Cemas. 
     Pada hari akhir perkhemahan. Pihak penganjur telah memberi hadiah kepada para pemenang dalam pertandingan yang telah diadakan.Majlis anugerah koku juga dijalankan dengan memberi hadiah kepada semua murid yang telah mewakilki sekolah dalam pelbagai aktviti kokurikulum.
      Perkhemahan tersebut telah dapat dijalankan dengan lancar berkat daripada kesungguhan serta kerjasama yang diberikan oleh semua pihak. 













Perkhemahan Perdana dan Hari Kokurikulum


Related Posts with Thumbnails
 

Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA)


 
Blogger Templates