Social Icons

Khamis, 8 September 2016

Majlis Lambaian Kasih Sulaman Budi

Majlis persaraan Guru Besar SK Seri Mutiara telah berlangsung dengan suasana yang meriah bagi meraikan seorang GB yang banyak berjasa kepada sekolah. Majlis telah dihadiri oleh wakil PPD Tn. Hj Ismail b A. Mohamad serta guru-guru Besar sekolah berhampiran.Mula bertugas sebagai guru pada 1.1 1977 dan berkhidmat di SKSM pada 9.1.2013 selama 3 tahun 8 bulan. Selamat  bersara cikgu.








Khamis, 1 September 2016

Majlis Sambutan Ambang Merdeka peringkat sekolah

30 Ogos 2016, Majlis sambutan ambang peringkat sekolah telah dilancarkan bertempat di Dewan Permata dengan bertemakan "dulu-dulu". semua warga SKSM telah mengenakan pakaian yang sesuai mengikut tema tersebut. Program dimulakan dengan beberapa buah rangkaian lagu patriotisme antaranya Jalur Gemilang dan lagu tema Sehati Sejiwa. Majlis diakhiri dengan perarakan kemerdekaan disekeliling sekolah. Berikut adalah gambar-gambar aktiviti sepanjang majlis. Semoga program yang bakal dijalankan berupaya menyemarakkan sambutan pada tahun ini seterusnya menanam rasa bangga dan cinta akan negara dalam kalangan murid-murid SKSM.
Related Posts with Thumbnails
 

Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA)


 
Blogger Templates