Social Icons

Isnin, 12 Oktober 2015

Pelaporan offline murid

sila klik disini untuk mendapatkan 


Template Pelaporan Offline Tahun 1 

Template Pelaporan Offline Tahun 2

Template Pelaporan Offline Tahun 3 


Template Pelaporan Offline Tahun 4 


Template Pelaporan Offline Tahun 5

Kredit kepada Sistem Guru Online

Khamis, 3 September 2015

Majlis Sambutan Ambang Merdeka dan Perasmian Galeri Kemerdekaan

27 Ogos 2015, Majlis Sambutan Ambang Merdeka 2015 telah diadakan dengan gilang gemilang di tapak perhimpunan sekolah. Majlis telah dimulakan dengan nyanyian lagu rasmi perhimpunan dan diikuti ucapan aluan oleh Guru Besar SK Seri Mutiara.Pada hari itu juga, Galeri Kemerdekaan kemerdekaan telah dibuka secara rasmi untuk lawatan semua warga sekolah. Majlis diakhiri dengan nyanyian lagu patriotik dan laungan kemerdekaan sebyanyak 7 kali.












Isnin, 10 Ogos 2015

LAMPIRAN BORANG A

Kepada
Semua Guru Besar
Sekolah Rendah Daerah Kinta Utara
Tuan,
LAMPIRAN BORANG A
Dengan hormatnya saya merujuk perkara di atas.
2. Merujuk kepada taklimat yang telah saya berikan pada 5 Ogos 2015 di SJKC Wan Hwa 2, adalah dipohon pihak tuan (Guru Besar, Penolong Kanan dan Guru-guru) untuk mengisi Lampiran Borang A.

3. Borang yang telah lengkap diisi beserta gambar hendaklah :
     3.1 Setiap borang di 'rename' atas nama individu dan jawatan. 
Contoh : Syahrul Amri_Guru Akademik Biasa

        3.2 Setelah siap, sila email (softcopy saja) ke  ABA2070@1bestarinet.yes.my pada atau sebelum 17 Ogos 2015.

Hj. Hasni Bin Hasshim
Pegawai Pendidikan Daerah Kinta Utara
Attachments:
Download this file (Borang A Guru Besar dan PK.doc)Borang A Guru Besar dan PK.doc[ ]141 kB
Download this file (Borang A Guru.doc)Borang A Guru.doc[ ]139 kB

Isnin, 18 Mei 2015

Sambutan Hari Guru 2015

Pada hari Isnin,18 Mei 2015 yang lalu,Sekolah Kebangsaan Seri Mutiara telah mengadakan majlis sambutan Hari Guru di Dewan Permata Sekolah.Tema hari Guru pada tahun ini ialah  "MEMBINA ILMU MENYEMPURNAKAN AKHLAK"
Semua murid dan guru telah berkumpul di Dewan Permata  pada jam 8.00 pagi. Majlis dimulai dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri dan lagu Sekolah. Seterusnya ucapan alu-aluan oleh Ketua Murid Sekolah iaitu Zaim b. Mohamad.Dalam ucapannya,Ketua Murid yang mewakili semua murid menyampaikan ucapan Selamat Hari Guru dan ucapan terima kasih kepada guru-guru,serta mendoakan mereka. Seterusnya majlis. Diteruskan dengan ucapan oleh Tuan Guru Besar.  Majlis kemudian digamatkan lagi dengan persembahan nyanyian lagu tema Hari Guru dan lagu “ Kami Guru Malaysia” dan seterusnya bacaan ikrar Hari Guru yang diketuai oleh Cikgu Syahrul Amri.
Pada tahun ini juga pihak sekolah menerima kunjungan muhibbah daripada Syarikat Proton yang berbesar hati menyambut hari guru bersama warga sekolah. Pihak Proton telah menyumbangkan cenderahati kepada semua warga pendidik SK Seri Mutiara.Ribuan terima kasih kepada semua yang menjayakan majlis Hari Guru Pada tahun ini.

album penuh>>>>Klik Disini<<<<<<

Isnin, 4 Mei 2015

Kejohanan Balapan Dan Padang SKSM 2015



Pada 26 April 2015, Sekolah Kebangsaan Seri Mutiara telah mengadakan Kejohanan Balapan dan Padang yang ke-11. Kejohanan ini diadakan di padang sekolah bermula pada pukul 8.30 pagi.


Sehari sebelum temasya itu dimulakan, kerja-kerja membuat persiapan terakhir telah dilaksanakan. Khemah-khemah didirikan dan dihias dengan cantik. Beberapa orang pekerja sekolah, guru dan murid berganding bahu meyiapkan kerja-kerja tersebut. Papan mencatat markah rumah-rumah sukan diletakkan di tengah-tengah padang. Manakala, bendera rumah sukan, bendera Negeri Pahang dan Jalur Gemilang dikibarkan di bahagian tengah padang

Keadaan cuaca pada pagi temasya sukan itu sangat baik. Pada pukul 8.00 pagi, semua hadirin termasuk ibu bapa mula memenuhi ruang tempat duduk yang disediakan di sebelah astaka. Kehadiran Dato' Saharudin bin Abd Jabar, Yang dipertua Majis Bekas Wakil Rakyat Negeri Perak pada 8.10 pagi disambut oleh Guru Besar sekolah iaitu Encik Shahudin B, Awang serta Pengerusi PIBG. Acara dimulakan dengan perbarisan lintas hormat para peserta yang mengambil bahagian. Dato' Saharudin bin Abd Jabar menerima tabik hormat dan seterusnya merasmikan sukan tersebut.

Selepas upacara perasmian dilakukan, acara sukan pun dilangsungkan. Acara-acara yang dijalankan berjalan lancar dan teratur. Acara sukan berhenti untuk rehat pada pukul 10.00 pagi dan disambung semula setengah jam kemudian. Acara lari 4 X 100 meter menjadi acara kemuncak sukan pada hari itu. Kira-kira pukul 11.30 pagi, semua acara tamat. Seterusnya, acara penyampaian hadiah kepada para pemenang pula dijalankan. 

Pasukan yang menjadi juara pada kejohanan sukan ke-11 ini ialah pasukan Rumah Hijau. Kejohanan ini tamat kira-kira pada pukul 12.30 tengah hari. Sebelum bersurai, semua hadirin dijemput untuk menikmati jamuan yang disediakan di kantin


>>>>>>Album penuh sila Klik disini..<<<<<<


Selasa, 31 Mac 2015

MAJLIS SAMBUTAN HARI LAHIR SEMPENA PROGRAM AMALAN GURU PENYAYANG DI SEKOLAH 2015

 ALHAMDULILLAH... sekali lagi Unit Bimbingan dan Kaunseling SKSM dengan bantuan guru-guru telah berjaya merealisasikan Amalan Guru Penyayang di sekolah bagi meraikan murid-murid dan guru-guru yang lahir pada bulan Januari hingga April....

Peristiwa yang  julung kali diadakan di sekolah amat memberi makna kepada semua warga sekolah dan akan menjadi program sepanjang tahun 2015. Di SK Seri Mutiara, sambutan akan dilaksanakan setiap 4 bulan sekali

Semoga murid-murid akan lebih bermotivasi untuk ke sekolah dengan adanya environment yang mesra dan penyayang ini.  







Senarai nama murid yang menyambut hari jadi Jan-April


Isnin, 30 Mac 2015

KURSUS PENYEBARAN DOKUMEN STANDARD KURIKULUM & PENTAKSIRAN (DSKP)

KURSUS PENYEBARAN DOKUMEN STANDARD KURIKULUM & PENTAKSIRAN (DSKP) KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR) TAHUN 6 NEGERI PERAK 2015

Jabatan Pendidikan Negeri Perak dengan kerjasama Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) dan Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM), Kementerian Pendidikan Malaysia akan mengadakan kursus di atas kepada Ketua Panitia atau guru mata pelajaran yang akan mengajar Tahun 6 pada tahun 2016 di sekolah rendah.


2. Setiap guru yang hadir mestilah membawa salinan DSKP mata pelajaran berkenaan yang boleh dimuat turun di ruangan "Attachments"

Attachments:
Download this file (DSKP Matematik Tahun 6 SJKC.pdf)DSKP Matematik Tahun 6 SJKC.pdf[ ]901 kB
Download this file (DSKP Matematik Tahun 6 SJKT.pdf)DSKP Matematik Tahun 6 SJKT.pdf[ ]2763 kB
Download this file (DSKP Matematik Tahun 6 SK.pdf)DSKP Matematik Tahun 6 SK.pdf[ ]2931 kB
Download this file (DSKP Pend Muzik Tahun 6.pdf)DSKP Pend Muzik Tahun 6.pdf[ ]1187 kB
Download this file (DSKP Pendidikan Kesihatan Tahun 6.pdf)DSKP Pendidikan Kesihatan Tahun 6.pdf[ ]534 kB
Download this file (DSKP PSV Tahun 6.pdf)DSKP PSV Tahun 6.pdf[ ]869 kB
Download this file (DSKP Sains Tahun 6.pdf)DSKP Sains Tahun 6.pdf[ ]1325 kB
Download this file (DSKP Sejarah Tahun 6.pdf)DSKP Sejarah Tahun 6.pdf[ ]913 kB
Download this file (DSKP TMK Tahun 6.pdf)DSKP TMK Tahun 6.pdf[ ]818 kB
Download this file (ipgm maklum dskp kssr 2015.pdf)ipgm maklum dskp kssr 2015.pdf[ ]168 kB
Download this file (surat kssr t6 jpn perak.pdf)surat kssr t6 jpn perak.pdf[ ]531 kB
Related Posts with Thumbnails
 

Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA)


 
Blogger Templates