Social Icons

Jumaat, 8 Oktober 2010

Lawatan Ke Pulau langkawi

Program lawatan ke Pulau Langkawi
Tarikh : 2 dan 3 Okotber 2010 ( 2H 1 M)
Peserta: Guru dan Kakitangan serta keluarga warga SK Seri Mutiara
Anjuran : Kelab Guru dan Kakitangan sekolah


Kelab Guru dan Kakitangan sekolah melalui ajk aktiviti luar telah berjaya mengajurkan program lawatan ke Pulau langkawi. Pengisian program terdiri daripada 3 dalam satu iaitu Lawatan, Ladap dan Hari Keluarga. Melalui program ini juga dapat mewujudkan semangat berpasukan ke arah mewujudkan SK Seri Mutiara yang lebih bersinar di masa depan. Diharapkan program seperti ini dapat diteruskan dimasa hadapan ke tempat-tempat pelancongan di serata negara.

>>>>> Gambar Program<<<<<<

Sabtu, 2 Oktober 2010

Jamuan Raya dan hari Lahir Guru 2010


Majlis Sambutan Hari raya dan Hari Lahir Guru 2010
Tarikh : 30 September 2010 (khamis)
Masa : 10 pagi- 12.30 Tgh
Tempat : Dewan Terbuka dan kantin SKSM

Pihak sekolah telah mengadakan Majlis Sambutan Hari raya . Terdapat pelbagai aktiviti yang telah dijalankan pada hari tersebut. Majlis hari lahir guru juga diraikan secara serentak bagi memberi penghargaan kepada semua warga guru dan kakitangan SK Seri Mutiara. kemuncak program adalah jamuan raya yang dihidangkan dengan pelbagai juadah yang menyelerakan.
Selamat Hari Raya dan selamat Hari jadi....semoga terus berjaya selalu....







Rabu, 22 September 2010

UPSR 2010



Ujian Penilaian Sekolah Rendah 2010
Tarikh : 21, 22 dan 23 September 2010

Selamat Menduduki Peperiksaan UPSR kepada semua murid Tahun 6 di Sekolah SK Seri Mutiara. Tunjukkan kebolehan anda. Penuhilah harapan dan cita-cita ibu bapa dan guru-guru anda di sekolah. Tiada hadiah yang lebih berharga selain kejayaan anda memperoleh 5A dalam peperiksaan tersebut.

Ikhlas Daripada

warga SK Seri Mutiara


Khamis, 2 September 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Selamat Hari Raya Aidilfitri maaf zahir dan batin kepada
semua Guru, Kakitangan Murid dan Ibu Bapa warga SK Seri Mutiara.
Semoga Ketibaan 1 syawal yang mulia ini membawa seribu kesyukuran dan keinsafan.




Sebelas bulan Kita kejar dunia,
Kita umbar napsu angkara.
Sebulan penuh Kita gelar puasa,
Kita bakar segala dosa.
Sebelas bulan Kita sebar dengki Dan prasangka,
Sebulan penuh Kita tebar kasih sayang sesama.
Dua belas bulan Kita berinteraksi penuh salah Dan khilaf,
Di Hari suci nan fitri ini, Kita cuci hati, Kita buka pintu maaf.
Selamat Idul Fitri, mohon maaf lahir Dan batin

Sabtu, 28 Ogos 2010

Pelancaran Bulan Kemerdekaan

Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan
Tarikh : 16 Ogos 2010 (Isnin)
Masa : 7.40-8.30 pagi
Tempat: Tapak Perhimpunan SK Seri Mutiara


Sempena hari kemerdekaan ke-53 ini, pihak sekolah telah mengadakan bulan Kemerdekaan peringkat sekolah. Tema kemerdekaan pada tahun ini ialah 1 Malaysia Menjana Transformasi, sejajar dengan itu terdapat pelbagai aktiviti dan pertandingan yang akan dijalankan sepanjang bulan kemerdekaan ini. antaranya ialah:

*Pertandingan mewarna&Melukis poster- - 24/8

*Pertandingan kuiz -25/8

*Pertandingan melengkapkan lirik lagu& menulis esei- 26/8

*Pertandingan mendeklamasi sajak -2/9

*Petandingan menamakan potret &menulis slogan -1/9

*Tayangan video -3/9

*Pertandingan membuat bendera

Diharapkan melalui pelancaran bulan kemerdekaan ini, ia dapat melahirkan warga SK Seri Mutiara yang lebih patriotisme kepada negara kita yang tercinta.

Majlis Perasmian Oleh Tn. Hj Razman B. Dahari (PK1)




Selasa, 24 Ogos 2010

Kelas Bahasa Arab

Kelas Bahasa Arab
Tarikh : 19 Ogos 2010 (Khamis)
Masa : 1.45-2.45 ptg
Tempat: Bilik Komputer Sk Seri Mutiara

Pihak sekolah telah menganjurkan kelas Bahasa arab Komunikasi kepada semua warga pendidiknya. Ustaz Hafizi selaku guru bahasa arab di sekolah ini telah berbesar hati menyumbangkan ilmu untuk mengendalikan kelas bahasa arab.. Kelas Bahasa arab ini akan diteruskan lagi pada sepanjang bulan Ramadhan ini. Diharapkan melalui program seperti ini, ia akan dapat melahirkan warga pendidik yang boleh fasih berbahasa yang boleh digunakan dalam kehidupan sebagai seorang guru yang serba boleh.









Sabtu, 21 Ogos 2010

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan dan Bulan Kemerdekaan

Selamat berpuasa di Bulan Ramadhan dan menyambut bulan kemerdekaan ke-53 kepada semua warga SK Seri Mutiara.

Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan.



Related Posts with Thumbnails
 

Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA)


 
Blogger Templates