Selamat Menyambut Hari Raya Korban...
Berkorban apa sahaja untuk diri, Agama, Bangsa dan Negara..
Selasa, 16 November 2010
Ahad, 14 November 2010
Lawatan ke Kuala Lumpur
Tarikh lawatan : 11.10.10 (khamis)
Tempat Lawatan: Petrosains, Aquaria, Masjid Negara, dan Muzium Negara
Peserta: Murid tahun 4, 5 dan 6 ( 38 Orang)
Guru Pengiring: Abdul Latif Hassan, En. En.Idris b.Mohd Hanafiah, Pn.Suzana bt. Ismail,
Cik Norlaila bt. Mohd Zain dan Pn.Jawaher bt. Hj. Salleh
Tempat Lawatan: Petrosains, Aquaria, Masjid Negara, dan Muzium Negara
Peserta: Murid tahun 4, 5 dan 6 ( 38 Orang)
Guru Pengiring: Abdul Latif Hassan, En. En.Idris b.Mohd Hanafiah, Pn.Suzana bt. Ismail,
Cik Norlaila bt. Mohd Zain dan Pn.Jawaher bt. Hj. Salleh
SK Seri Mutiara melalui unit Bimbingan dan kaunseling telah berjaya menganjurkan lawatan sambil belajar ke Kuala Lumpur. Seramai 38 orang murid dan 5 orang guru pengiring telah menyertai lawatan ini. Tempat pertama yang dilawati ialah Petrosains, murid dapat pendedahan yang berguna tentang dunia sains teknologi negara yang terkini dan mengetahui sedikit sebanyak tentang dunia Petroleum. Seterusnya peserta rombongan memasuki Aquaria KLCC untuk menerokai keindahan pemandangan ikan didasar laut yang mempersonakan. Tempat yang terakhir dilawati ialah Muzium Negara, secara kebetula pada masa tersebut sedang berlangsung pameran Songket negara. Bas rombongan berjaya kembali ke SK Seri Mutiara tepat pada jam 10 malam. Tahniah dan syabas kepada Unit Bimbingan dan kaunseling sekolah kerana berjaya menganjurkan program lawatan ini.
Tekan baca lagi untuk gambar
Rabu, 10 November 2010
Khamis, 4 November 2010
Hari Usahawan dan Rekacipta
Hari Usahawan dan Rekacipta
Tarikh : 1 dan 2 November 2010 (Isnin dan Selasa)
Masa : 9 - 11 pagi
Tempat : Dewan Terbuka SK Seri Mutiara
Panitia Kemahiran Hidup telah berjaya mengadakan Hari Usahawan 2010 bertempat di dewan Terbuka SK Seri Mutiara. Program ini berjaya menarik 24 buah gerai jualan yang terdiri daripada murid tahun 4 dan 5 serta sebuah gerai daripada Pendidikan Khas Penglihatan.Pelbagai barangan dan makanan yang dijual seperti Nasi Lemak, Kuih Muih, Kek Coklat dan sebagainya. Objekif program ini adalah sebagai pendedahan awal kepada para murid dalam dunia perniagaan seperti yang terkandung dalam sukatan pelajaran Kemahiran Hidup. Melalui program Rekacipta, murid yang kreatif dan inovatif dapat dilahirkan bagi merealisasikan negara maju pada tahun 2020....................Gambar Program
Tarikh : 1 dan 2 November 2010 (Isnin dan Selasa)
Masa : 9 - 11 pagi
Tempat : Dewan Terbuka SK Seri Mutiara
Panitia Kemahiran Hidup telah berjaya mengadakan Hari Usahawan 2010 bertempat di dewan Terbuka SK Seri Mutiara. Program ini berjaya menarik 24 buah gerai jualan yang terdiri daripada murid tahun 4 dan 5 serta sebuah gerai daripada Pendidikan Khas Penglihatan.Pelbagai barangan dan makanan yang dijual seperti Nasi Lemak, Kuih Muih, Kek Coklat dan sebagainya. Objekif program ini adalah sebagai pendedahan awal kepada para murid dalam dunia perniagaan seperti yang terkandung dalam sukatan pelajaran Kemahiran Hidup. Melalui program Rekacipta, murid yang kreatif dan inovatif dapat dilahirkan bagi merealisasikan negara maju pada tahun 2020....................Gambar Program
Selasa, 19 Oktober 2010
Lawatan Sosial Pendidikan Khas ke Batu Gajah
Program Lawatan Sosial ke Batu Gajah
Tarikh: 29 September 2010
Peserta: Murid-murid, guru-guru serta Pembantu Pengurusan Pelajar Pendidikan Khas SK Seri Mutiara.
Lawatan sosial antara Pendidikan Khas sekolah SK Seri Mutiara dengan Pendidikah Khas SK Sultan Yusuf (SKSY) ini telah diadakan bagi merapatkan hubungan antara kedua-dua sekolah. Lawatan istimewa ini melibatkan pergerakan para peserta dengan menggunakan perkhidmatan Keretapi Tanah Melayu Antarabandar dari stesen Ipoh ke stesen Batu Gajah. Setibanya di SKSY, tirai dibuka dengan upacara bersalam-salaman dengan murid-murid dari sekolah masing-masing diikuti dengan minum pagi. Acara disambung dengan saingan sukaneka antara wakil kedua-dua sekolah. Program ini diakhiri dengan persembahan murid dan acara pertukaran cenderahati sebagai tanda kenang-kenangan.
Rombongan lawatan kemudian bergerak ke Kellies' Castle untuk melihat sendiri bangunan tinggalan sejarah ini. Setelah selesai meneroka, rombongan ini bergerak ke Taman Botani bagi memberi peluang kepada murid-murid untuk memberi ikan-ikan makan. Kemudian, robongan lawatan bertolak pulang ke sekolah.
tekan baca lagi untuk gambar
Jumaat, 15 Oktober 2010
Intipati Bajet 2011

- Intipati Bajet 2011
- Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Razak sedang membentangkan Bajet 2011 di Dewan Rakyat.Bajet 2011 bertema "Transformasi Ke Arah Negara Maju Berpendapatan Tinggi" dengan empat strategi utama.
- Berikut petikan penting ucapannya:
- Rizab negara RM310.8b = 8.5 bulan import tertangguh
- Negara telah pulih dari kemelesetan ekonomi dunia dgn pertumbuhan KDNK 9.5% separuh pertama 2010
- Defisit dijangka rendah pada 5.4 peratus pada 2011
- Jumlah dagangan Malaysia dijangka meningkat 18.7 peratus kepada RM1.173 trilion tahun ini berbanding RM988.2 bilion tahun lalu
- Jumlah dagangan Malaysia dijangka meningkat 18.7 peratus kepada RM1.173 trilion tahun ini berbanding RM988.2 bilion tahun lalu
- Sektor perkhidmatan diunjur berkembang 5.3 peratus tahun hadapan dengan pelaksanaan program dan inisiatif di bawah tujuh Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) berkaitan perkhidmatan.
- Warisan Merdeka - Permodalan Nasional Bhd akan membangunkan projek bersepadu berharga RM5 bilion, yang membabitkan menara 100 tingkat, yang dijadual siap pada 2020
- Pembinaan projek pembangunan bercampur termasuk kediaman mampu milik bernilai RM10 bilion di Sungai Buloh.
- Pembangunan Zon Akuakultur Bersepadu di Pitas, Sungai Telaga dan Sungai Padas di Sabah serta di Batang Ai dan Tanjung Manis di Sarawak dengan peruntukan RM252 juta.
- Peruntukan RM135 juta bagi persediaan prasarana asas menggalakkan petani menceburi bidang bernilai tinggi seperti industri sarang burung walit.
- Melanjutkan galakan potongan cukai pendapatan bagi pelabur dan pengecualian cukai pendapatan bagi syarikat dalam aktiviti pengeluaran bahan makanan sehingga 2015.
- Syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), kini boleh melabur sehingga 20 peratus daripada jumlah aset yang diurus berbanding tujuh peratus sebelum ini.
- Suruhanjaya sekuriti (SC) akan menawarkan tiga lesen broker saham baharu kepada syarikat tempatan, asing dan usaha sama yang layak untuk meningkatkan penyertaan pasaran runcit.
- Duti import kira-kira 300 barangan kegemaran pelancong dan rakyat tempatan di antara 3 dan 5 peratus dimansuhkan bagi menjadikan Malaysia syurga beli belah
- Dana Pencen Swasta (PPF) tahun depan untuk memberi manfaat kepada pekerja sektor swasta dan mereka yang bekerja sendiri
- Program Adunan Biobahan Api dengan Petroleum Diesel (Program B5) secara mandatori bermula di Putrajaya, Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka
- Pengecualian cukai jualan ke atas semua jenis telefon bimbit.
- RM850 juta bagi menyediakan infrastruktur sokongan untuk mempercepatkan pembangunan koridor dan wilayah.
- RM411 juta untuk melonjak ekonomi ke arah sebuah negara berpendapatan tinggi, aktiviti penyelidikan, pembangunan dan pengkomersilan sebagai landasan peningkatkan aktiviti nilai ditambah dalam setiap bidang ekonomi.
- Penubuhan Unit Inovasi Khas (UNIK) di bawah Jabatan Perdana Menteri dengan peruntukan RM71 juta bagi tahun depan untuk mengkomersilkan hasil penemuan R&D oleh universiti dan institusi penyelidikan.
- RM200 juta untuk perolehan hasil kreatif seperti filem, drama dan dokumentari keluaran tempatan yang berkualiti tinggi.
- Gaji pokok minimum pengawal keselamatan dinaikkan kepada RM500 hingga RM700 sebulan mengikut kawasan mulai Januari 2011
- Penjawat awam wanita diberi pilihan tentukan sendiri tempoh cuti bersalin bergaji penuh tidak melebihi 90 hari.
- Skim Rumah Pertamaku bantu golongan muda yang baru bekerja dengan pendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan untuk memiliki rumah
- Kerajaan akan menaikkan kadar cukai perkhidmatan daripada 5 peratus kepada 6 peratus
- Elaun untuk JKKK, JKKKP dinaikkan kepada RM800 sebulan
- RM6.9 bilion pula diperuntuk untuk bina infrastruktur seperti membina jalan luar bandar dan untuk membina jalan luar bandar
- RM2.1 bilion diperuntuk untuk bina dan menaik taraf jalan luar bandar di Sabah dan Sarawak, selain RM696 juta bagi tujuan sama di Semenanjung Malaysia
- Sistem Penilaian Takap Kecekapan (PTK) dimansuh dan diganti dengan sistem penilaian lebih sesuai dan diterima baik penjawat awam
Jumaat, 8 Oktober 2010
Langgan:
Catatan (Atom)


