| Kedudukan Pingat Keseluruhan 25.6.2011 | |||||
| Rumah | SUKANTARA | Emas | Perak | Gangsa | Mata |
| Hijau | 192 | 13 | 13 | 17 | 330 |
| Kuning | 183 | 13 | 16 | 14 | 324 |
| Merah | 177 | 17 | 14 | 12 | 328 |
Sabtu, 25 Jun 2011
Kejohanan Balapan dan Padang Kali Ke-7
Persaingan antara rumah sukan agak sengit sebelum penentuan pada 2.7.2011
Rabu, 18 Mei 2011
Sambutan Hari Guru 2011
Majlis Sambutan Hari Guru 2011
Tarikh ; 16 Mei 2011
Tempat : Dewan terbuka SK Seri Mutiara
KGKT telah menganjurkan hari guru peringkat sekolah pada 16 Mei yang lepas. Tema hari guru pada tahun ini ialah Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara. Hari Guru disambut secara sederhana namun meriah dengan pelbagai kegembiraan yang dipancarkan oleh warga Guru SK Seri Mutiara.

![]() |
| Acara Memotong Kek Hari Guru |
![]() |
| Waga Pendidik SK Seri Mutiara 2011 |
Isnin, 16 Mei 2011
Selamat Hari Guru
Selamat Hari Guru Kepada semua warga pendidik SK Seri Mutiara
Guru PenJana Transformasi Pendidikan Negara
Khamis, 12 Mei 2011
Lawatan Muhibbah SK Kem Terendak, Melaka
Program Lawatan SK Kem Terendak , Melaka Ke Program Pendidikan Khas
Tarikh : 11.5.2011
Masa : 9.00 Pagi
Kehadiran Peserta lawatan : 45 Orang Termasuk Guru dan Murid
SK Seri Mutiara melalui Program pendidikan Khas telah menerima 45 orang Guru dan murid daripada SK Kem Terendak Melaka. Lawatan julung kali ini telah menunjukan bahawa Program pendidikan Khas SK Seri Mutiara telah mencapai sesuatu tahap yang membanggakan. Melalui program lawatan ini juga, perkongsian idea dapat dilakukan bagi kemajuan sekolah masing-masing.
Rabu, 4 Mei 2011
Karnival Pendidikan Pencegahan Dadah
Karnival Pendidikan Pencegahan Dadah
Tema: 1Malaysia Membentras Dadah
Tarikh 3 Mei-6 Mei 2011
Anjuran: JK Pendidikan Pencegah Dadah SK Seri Mutiara
Antara Aktiviti yang dianjurkan ialah, Ceramah Modus Operandi, Pertandingan mewarna dan melukis poster. Diharapkan melalui aktiviti ini,objektif pencegahan penagihan najis dadah dapat diterapkan pada peringkat awal lagi.

| Perasmian Oleh Tn. Hj. Ahmad Razman b. Dahari (PK1) |
Selasa, 3 Mei 2011
KEM KEPIMPINAN DAN JATI DIRI
PROGRAM: KEM KEPIMPINAN & JATI DIRI
TARIKH : 23 APRIL 2011
TEMPAT : PUSAT LATIHAN ASKAR WATANIAH, TAMBUN
Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama pihak pentadbir dan guru-guru jawatankuasa disiplin serta Pusat Sumber Sekolah telah berjaya menganjurkan Kem Kepimpinan dan Jati Diri. Program ini diadakan pada 23 April 2011 (Sabtu) bertempat di Pusat Latihan Askar Wataniah, Tambun (PUSWATAN). Seramai 72 orang murid dan 12 orang guru terlibat dalam program ini. Murid-murid yang terlibat adalah Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Ketua dan Penolong Ketua Kelas.
TARIKH : 23 APRIL 2011
TEMPAT : PUSAT LATIHAN ASKAR WATANIAH, TAMBUN
![]() |
| TAKLIMAT RINGKAS DARIPADA PENYELARAS PROGRAM |
Langgan:
Catatan (Atom)