Salam perpisahan kepada Tn. Hj Ahmad Razman B. Dahari yang telah bertukar tempat berkhidmat di SK Cator Avenue. Semasa menjawat jawatan PK Kanan di SKSM ini, banyak idea dan cadangan beliau yang membantu sekolah ke puncak keunggulan. Segala jasa bakti beliau curahkan diucapkan jutaan terima kasih. Semoga terus berjaya dan gemilang di sekolah yang baru.
Khamis, 9 Februari 2012
Jumaat, 3 Februari 2012
Salam Maulidur Rasul 1433H
Rasulullah contoh ikutan terbaik
KELAHIRAN Rasulullah adalah umpama cahaya bulan yang menyinari kegelapan malam. Kebangkitan Rasulullah sebagai utusan Allah telah berjaya memimpin dan membimbing umat manusia ke jalan yang lurus iaitu Islam.Firman Allah dalam surah al-An'am ayat 153 yang bermaksud: "Dan bahawa (yang Kami perintahkan) ini adalah jalan-Ku yang lurus maka ikutilah ia dan janganlah kamu mengikuti jalan-jalan (yang lain) kerana jalan-jalan ini mencerai-beraikan kamu dari jalan-Nya. Yang demikian itu diperintahkan Allah kepadamu agar kamu bertakwa".
Rasulullah bukan saja menyampaikan risalah dan ajaran Islam semata-mata bahkan baginda sendiri menunjukkan contoh bagaimana yang dikehendaki oleh Islam. Segala tingkah laku, percakapan dan sikap baginda mencerminkan keperibadian Islam yang dituntut dan dikehendaki oleh Allah untuk dicontohi oleh umat manusia.
Khamis, 2 Februari 2012
Permata Squash Mutiara
Nervyn Paul A/L Jacob Paul merupakan seorang pemata squash yang akan bersinar dimasa hadapan dalam sukan squash untuk sekolah ini. Adik Nervyn telah berjaya mendapat tempat ketiga pada "35th Perak Closed Championship 2011" bagi kategori bawah 19 tahun. Kejohanan telah berlangsung pada24-25 Nov.2011. Nervyn juga telah menyertai '5th Milo-Prince KL Junior Open Squash Championship" pada 14-18 Disember 2011. Semoga terus bersinar lagi di masa depan.
Isnin, 30 Januari 2012
Tip belajar – macam mana nak hilang mengantuk masa study?
HARI ini saya ingin menjawab soalan seorang pelajar kepada saya. Macam mana nak hilangkan rasa mengantuk ketika study?
1. Tanam objektif yang jelas dalam belajar – pasangkan betul-betul niat, untuk apa anda belajar, kenapa pula anda study. Bila semua ini anda telah mampu jawab dengan jelas, jerit kuat-kuat dalam hati. Katakan dalam minda anda bahawa anda mesti belajar untuk menggapai matlamat anda itu. Tak ada orang malas yang boleh berjaya. Matlamat yang benar-benar jelas akan membawa seseorang itu ke suatu tahap yang tidak pernah dijangka-jangka dan mampu menewaskan apa pun halangan yang ada di hadapannya. Mengantuk, bosan dan sebagainya bukanlah masalah.
2. Lakukanlah dengan minat – Setiap kerja yang kita lakukan, mesti bersama minat. Nasihat saya, lakukanlah juga studi ini dengan minat, mesti tak ngantuk punya. Macamana nak minat? Mana ada orang hobinya study? Ya, sebut aje study, semua orang jadi malas. Jadi, lakukanlah perubahan pada persekitaran anda supaya anda jadi minat. Tulis kata-kata semangat di dinding. Buat nota cantik-cantik. Warnakan point-point penting. Buatlah apa sahaja, asalkan anda jadi lebih semangat untuk belajar.
BACA SETERUSNYA...
Khamis, 26 Januari 2012
Program Motivasi Semarak Impian
Program Motivasi Semarak Impian telah diadakan pada 13 Januari 2012 sebagai program permulaan membakar semangat kejayaan SKSM. program ini dikhususkan kepada murid tahun 4,5 dan 6 serta kepada ibu bapa mereka juga. Penceramah motivasi terkenal daripada BTPN perak iaitu En. Aziz B. Jamaluddin telah memberikan pelbagai input yang berguna kepada semua yang hadir. diharapkan dengan majlis ini, SKSM terus dapat mencipta keunggulan di tahun 2012.
Sabtu, 7 Januari 2012
Isnin, 21 November 2011
Majlis Anugerah Gemilang ke-8 (MAGA)
Majlis Anugerah Gemilang ke-8 (MAGA)
Tarikh : 16 November 2011 ( Rabu)
Masa : 3.00 Petang
Tempat Dewan Tertutup SKSM
Majlis Anugerah Gemilang ke-8 (MAGA) telah berlangsung dengan dengan penuh gemilang pada 16 Nov. 2011. Majlis telah dirasmikan oleh YB. Dato Haji Nadzri B. Haji Ismail yang merupakan ADUN kawasan Manjoi.Penerima hadiah adalah terdiri daripada murid-murid yang cemerlang dalam PKSR 2 yang lepas. Pada masa yang sama juga diadakan majlis graduasi murid-murid Pra sekolah. Adik Anis Sofiah Bt. Ependi telah dinobatkan sebagai tokoh murid pada tahun ini kerana pencapaian yang cemerlangnya dari segi akademik dan sahsiah.
Tarikh : 16 November 2011 ( Rabu)
Masa : 3.00 Petang
Tempat Dewan Tertutup SKSM
Majlis Anugerah Gemilang ke-8 (MAGA) telah berlangsung dengan dengan penuh gemilang pada 16 Nov. 2011. Majlis telah dirasmikan oleh YB. Dato Haji Nadzri B. Haji Ismail yang merupakan ADUN kawasan Manjoi.Penerima hadiah adalah terdiri daripada murid-murid yang cemerlang dalam PKSR 2 yang lepas. Pada masa yang sama juga diadakan majlis graduasi murid-murid Pra sekolah. Adik Anis Sofiah Bt. Ependi telah dinobatkan sebagai tokoh murid pada tahun ini kerana pencapaian yang cemerlangnya dari segi akademik dan sahsiah.
| KedatanganYB. Dato Haji Nadzri B. Haji Ismail |
| Penerima Tokoh Murid |
Langgan:
Catatan (Atom)





