Social Icons

Isnin, 21 Mei 2012

Boling kelab guru SKSM


Kelab guru SK Seri Mutiara telah mengadakan satu aktiviti bagi merapatkan ukhwah serta hubungan antara kakitangan sekolah SK Seri Mutiara. Oleh yang demikian, tanggal 3 Mei 2012, satu pertandingan Boling telah dijalankan bertempat di Ipoh Parade. Penyertaan dari guru-guru serta kakitangan sekolah amat memberangsangkan dan meriah sekali. Perlawanan boling ini dijalankan secara perlawanan kumpulan. 



Ustaz hafizi sedang melihat potensi bola boling yang terbaik 




Perlawanan boling ini telah bermula pada jam 2.30 petang dan dimainkan sebanyak 2 perlawanan. Pelbagai ragam serta balingan dapat dilihat dari kakitangan serta guru-guru SK Seri Mutiara. Balingan strike,balingan longkang mahupun balingan ke belakang juga dapat dirakamkan di Ipoh Parade ini. Hasil daripada temubual serta komen-komen dari warga SK Seri Mutiara rata-rata amat menyokong penuh aktiviti sebegini dijalankan.


gadis2 idaman kah?

jaguh2 boling menanti masa untuk menghayun bola boling

cikgu naim juara tahun lepas


bincang2 sebelum perlawanan bermula

peace yooo!
                                                               


Dalam erti kata lain, ramai yang berminat dan mahukan aktiviti ini dijalankan dengan lebih kerap lagi. Hasil daripada pertandingan ini, ramai jaguh-jaguh boling berjaya dilahirkan pada satu petang sahaja. Beberapa kumpulan telah berjaya memenangi hadiah yang telah disediakan oleh Kelab Guru SK Seri Mutiara.
 Kredit harus  diberikan kepada pengerusi Kelab Guru SK Seri Mutiara iaitu Ustazah Sakinah dan juga ahli jawatankuasa yang berkaliber yang banyak membantu menjayakan program ini direalisasikan.
Oleh yang demikian, diharapkan aktiviti sebegini dapat dijalankan dengan lebih kerap lagi agar silaturrahim antara kakitangan SK Seri Mutiara dapat terus kukuh dan jitu. Dengan aktiviti sebegini ianya berupaya menimbulkan suasana kerja yang positif di SK Seri Mutiara..insyaallah. Kepada pemenang-pemenang pertandingan boling ini tahniah diucapkan sekali lagi dan pada yang tidak bernasib baik, jangan risau, berlatih dengan tekun lagi ye..tahun depan depa anjurkan lagi ye dak..assalamualaikum.






acara penyampaian hadiah










Isnin, 16 April 2012

Fire drill...api..api..api...kebakaran

Pada 13 April 2012, SK Seri Mutiara telah mengadakan latihan kebakaran sebagai satu langkah persediaan menghadapi segala kemungkinan yang boleh berlaku ketika di sekolah. Latihan kebakaran ini telah mendapat kerjasama dari Balai Bomba Dan Penyelamat Ipoh. Latihan kebakaran ini atau dikenali sebagai Fire Drill merupakan satu lengkah yang amat penting kepada sesebuah organisasi jika berlaku sebarang kebakaran di sekolah ataupun bangunan.














Latihan ini telah bermula pada 10.30 pagi sehingga 12.00 tengahhari. Latihan kebakaran ini juga turut menyelitkan pelbagai aktiviti yang berfaedah seperti demonstrasi memamdam kebakaran dan juga demonstarsi meneyelamatkan diri sewaktu kebakaran. Aktiviti sedemikian amat berguna sekali kepada para pelajar SK Seri Mutiara kerana ia memberi pengetahuan mengenai menyelamatkan diri  jika berlaku kebakaran. Dengan pengetahuan ini juga, diharapkan murid-murid serta guru dapat mengaplikasikan segala ilmu yang diperolehi dari Jabatan Bomba Dan Penyelamat Ipoh. Sekian….





Khamis, 5 April 2012

program kepimpinan "TAULADAN TERBILANG" SK Seri Mutiara

Pada 31 Mac 2012, SK Seri Mutiara telah menganjurkan program kepimpinan “TAULADAN TERBILANG” untuk pengawas sekolah,pengawas pusat sumber dan juga ketua kelas serta penolong ketua kelas. Majlis yang diadakan di dewan terbuka SK Seri Mutiara telah menerima penglibatan seramai 64 orang peserta. Majlis ini telah bermula pada jam 7.30 pagi dan dirasmikan oleh Guru Besar SK Seri Mutiara, Encik Mohd Nor Bin Shaari.

para peserta kem kepimpinan

senamrobik pagi

Peserta telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan pelbagai aktiviti bermanfaat telah dijalankan bagi mencapai objektif untuk meningkatkan kredibiliti serta integriti peserta-peserta tersebut. Program ini telah mendapat kerjasama yang baik dari semua guru yang telah membantu dalam memberikan khidmat mereka sebagai fasilatator serta jawatankuasa untuk menjayakan program ini. Majlis ini dilihat sebagai satu anjakan pradigma bagi badan disiplin sekolah bagi melahirkan modal insan yang bertanggungjawab serta mempunyai tauladan yang terbilang seterusnya menjadi contoh yang baik kepada murid-murid yang lain.


aktiviti kumpulan

Majlis ini berakhir pada jam 5.30 petang dan diharapkan peserta dapat membawa segala input yang diberikan ke dalam kehidupan seharian mereka di sekolah mahupun di rumah. Insyaallah…





SK SERI MUTIARA
“MUTIARA MENCIPTA KEUNGGULAN”









Jumaat, 2 Mac 2012

Perlawanan Persahabatan Bola Sepak : SK Seri Mutiara vs SKPK Ipoh

Pada 1 Mac 2012 bertempat di padang SKPK Ipoh, pasukan bola sepak SK Seri Mutiara telah mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan bola sepak SKPK Ipoh sebagai persediaan untuk kejohanan Bola Sepak peringkat zon Daerah Kinta Utara tidak lama lagi. Perlawanan antara SK Seri Mutiara dan SKPK Ipoh ini bermula pada jam 4.00 petang. 
       




Pasukan Bola Sepak SK Seri Mutiara

Pasukan Bola Sepak SKPK Ipoh




Untuk separuh masa pertama, SK Seri Mutiara telah mendahului pihak lawan dengan jaringan 2-1. Pemain-pemain sekolah telah menunjukkan semangat dan juga disiplin yang tinggi dalam separuh masa pertama dan telah berjaya mendahului pihak lawan. Sebaik sahaja separuh masa kedua bermula, pihak lawan telah menggandakan asakan dan berjaya memperoleh gol penyamaan di awal babak kedua. Pasukan sekolah SK Seri Mutiara telah mengubah strategi lalu berjaya menjaringkan gol ketiga hasil rembatan kencang penyerang pasukan sekolah ke penjuru kiri gol pihak lawan. Apabila kemenangan nampak sudah berpihak pada SK Seri Mutiara ,gerakan serangan kilat dari SKPK Ipoh telah membuahkan hasil apabila pemain mereka berjaya meloloskan diri dari kawalan pertahanan SK Seri Mutiara lalu menjaringkan gol penyamaan di minit-minit akhir perlawanan ini.


~semangat kesukanan antara dua sekolah~



pemain-pemain SKPK Ipoh

Pemain-pemain SK Seri Mutiara
Sesudah wisel penamat ditiupkan, perlawanan persahabatan ini berakhir dengan keputusan seri 3-3. Walaubagaimanapun, pihak SK Seri Mutiara memuji semangat dan disiplin yang ditunjukkan oleh pasukan bola sepak SK Seri Mutiara. Ini merupakan titik tolak kepada pencapaian yang lebih cemerlang lagi bagi pasukan bola sepak SK Seri Mutiara…insyaallah.

~SK Seri Mutiara~

~Mutiara mencipta keunggulan ~



Selasa, 28 Februari 2012

Majlis Perlantikan Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber Dan Ketua Kelas Sesi 2012

Pada tanggal 27 Februari 2012, Sk Seri Mutiara  telah mengadakan majlis perlantikan pengawas sekolah,pengawas pusat sumber sekolah dan juga ketua kelas dan penolong ketua kelas bagi sesi 2012. Majlis diadakan di tapak perhimpunan sekolah dan dihadiri oleh semua barisan pentadbir dan juga guru guru Sk Seri Mutiara. Majlis ini telah dipengerusikan oleh Puan Azizah dan juga Encik Mohd Afiq  Perlantikan pengawas ini dimulakan dengan ucapan alu-aluan dari Guru Besar Sk Seri Mutiara, Encik Mohd Nor Bin Shaari yang telah menekankan konsep amanah dalam melaksanakan tugas yang telah diberi. Beliau juga telah memohon agar barisan pengawas yang telah dilantik untuk sesi 2012 agar menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan tanggungjawab. Barisan pengawas sekolah,pengawas pusat sumber dan ketua kelas ini seramai 95 orang untuk sesi 2012 ini. 


barisan pengawas-pengawas yang segak

En Mohd Nor B Shaari menyampaikan ucapan

penyampaian sijil kepada ketua pengawas Sk Seri Mutiara
















Majlis ini telah berjalan dengan lancar dan mengikuti perancangan yang telah dirancang oleh jawatankuasa Disiplin & Pengawas Sekolah yang telah diketuai oleh Encik Mohd Syahril Bin Tajudin. Sekali lagi, pihak jawatankuasa mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Guru Besar Sk Seri Mutiara , Encik Mohd Nor Bin Shaari atas kesudian beliau menyampaikan sijil watikah perlantikan pengawas bagi sesi 2012. Pihak Sekolah Seri Mutiara juga mengucapkan tahniah dan syabas kepada barisan pengawas sekolah,pengawas pusat sumber sekolah dan juga ketua kelas serta penolong ketua kelas bagi sesi 2012 ini. Diharapkan agar barisan baru untuk tahun 2012 ini mampu menjalankan tugas dengan oenuh dedikasi dan berintegriti.

Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas SK Seri Mutiara Sesi  2012

Ketua Kelas Integrasi Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran &Penglihatan SK Seri Mutiara Sesi 2012

Pengawas Pusat Sumber SK Seri Mutiara Sesi 2012
Pengawas Sekolah SK Seri Mutiara Sesi 2012

SK Seri Mutiara

~Mutiara Mencipta Keunggulan~

Selasa, 21 Februari 2012

Sekolah dilanda Banjir


   Pada pagi isnin, 20.02.2012 kawasan sekolah telah dilanda banjir. Namun air banjir tidak melimpahi sebarang kelas atau bilik-bilik khas. P&P dijalankan seperti biasa dikelas masing-masing selepas taklimat mengenai keselamatan menghadapi bencana banjir disampaikan oleh Guru Besar. Banjir telah surut sepenuhnya pada jam 11 pagi.



Related Posts with Thumbnails
 

Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA)


 
Blogger Templates