Selasa, 30 Oktober 2012
Rabu, 10 Oktober 2012
Khamis, 27 September 2012
Family Day SK Seri Mutiara di Ulu Chepor
Pada 22 september, SK Seri Mutiara telah mengadakan sambutan
hari keluarga di Kawasan Perkelahan Ulu Chepor, yang mengambil masa kira-kira
20 minit perjalanan dari SK Seri Mutiara. Hari keluarga ini telah dianjurkan
oleh Kelab Guru SK Seri Mutiara yang merupakan aktiviti tahunan yang wajib
untuk semua kakitangan sekolah. Kawasan perkelahan ini dipilih kerana tempatnya
yang cantik serta sesuai untuk dijadikan tempat istirehat serta menjalankan
aktiviti bagi program ini. Selain itu, hari keluarga ini bertujuan untuk
merapatkan silaturrahim antara kesemua kakitangan sekolah dengan keluarga
masing-masing. Pelbagai aktiviti telah dijalankan di kawasan ini pada hari
tersebut dan ianya mendapat sambutan meriah dari pihak kakitangan. Aktiviti ini
telah dimulakan seawall jam 10.00 pagi dan dimulakan dengan pelbagai acara
sukaneka yang disertai oleh anak-anak guru serta guru-guru sendiri. Majlis ini
juga diserikan lagi dengan kehadiran tuan guru besar iaitu Encik Mohd Nor yang
telah merasmikan Hari Keluarga SK Seri Mutiara untuk tahun 2012.
Pelbagai juadah telah disediakan untuk memenuhi selera warga
SKSM bagi Hari Keluarga ini, menu seperti ayam bakar,kambing bakar,koktel,udang
bakar dan juga salad berjaya menambat selera pengunjung. Juadah ini telah
disediakan sendiri oleh guru-guru SK Seri Mutiara dan dibakar di kawasan
perkelahan ini hasil dari bantuan dari keluarga guru yang hadir.
Ahad, 16 September 2012
Selamat Hari Malaysia ke-49
Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963. Ia menandakan penyertaan bersama Malaya, Borneo Utara, Sarawak, dan Singapura bagi membentuk Malaysia.
Pembentukan persekutuan baru ini dirancangkan berlaku pada 1 Jun 1963 namun kemudiannya ditangguhkan ke 31 Ogos 1963 bagi membolehkan ia disambut bersama-sama dengan sambutan hari kemerdekaan ke-6. Beberapa isu berkaitan dengan bantahan Indonesia dan Filipina untuk pembentukan Malaysia memperlambatkan pengisytiharan ke 16 September pada tahun yang sama. Penangguhan itu juga dibuat bagi membolehkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memperuntukkan masa membuat pungutan suara di Borneo Utara (kini Sabah) dan Sarawak.
Hari Malaysia merupakan cuti am di negeri Sabah sempena hari keputeraan Yang Di-Pertua Negeri. Ia bukan merupakan cuti am di Sarawak dan Semenanjung Malaysia. Mulai tahun 2010, Hari Malaysia juga merupakan cuti am di semua negeri di Malaysia.
Selasa, 11 September 2012
Rabu, 5 September 2012
Sambutan Hari Kemerdekaan SKSM
Sekolah Kebangsaan Seri Mutiara telah mengadakan sambutan hari kemerdekaan peringkat sekolah pada 30 Ogos 2012. Majlis ini telah diserikan dengan penglibatan dari semua warga sekolah bagi menyemarakkan lagi semangat kemerdekaan dalam kalangan warga SKSM. Sambutan ini bertujuan untuk memberi pengalaman serta memberi pelbagai input kepada murid-murid tentang erti sebenar kemerdekaan.
| anak merdeka!!! |
Sabtu, 18 Ogos 2012
Langgan:
Catatan (Atom)



