Selasa, 2 April 2013
Khamis, 7 Mac 2013
Kejohanan Sepak Takraw Zon B MSS Daerah Kinta Utara 2013
SKSM telah dilantik menjadi pengerusi pertandingan Kejohanan Sepak Takraw ini....
Semoga pasukan kita berjaya..
Jumaat, 1 Mac 2013
Kejayaan Skuasy
Adik Nervyn Paul a/l Jacob Paul dari 5 Permata, telah berjaya menjadi johan dalam pertandingan skuasy MSPPK 2013, yang berlangsung pada 22 hingga 25 February 2013 di Kompleks Skuasy MBI, Ipoh. Tahiah dan syabas diucapkan!.
Ahad, 24 Februari 2013
Ku Gapai Bintang....
Isnin, 18 Februari 2013
Perkhemahan Koperal Tunas Kadet Remaja Sekolah (tKRS)
Perkhemahan Koperal Tunas Kadet Remaja
Sekolah (tKRS) Sekolah-sekolah Daerah
Kinta Utara
Tarikh: 15-17 februari 2013
Tempat: Pusat Kajian Luar, IPGM Kampus
Ipoh, Hulu Kinta Perak.
Seramai
8 orang murid SKSM telah dianugerahkan pangkat Koperal tKRS setelah mengikuti
perkhemahan selama 3 hari. Antara ujian yang dijalankan untuk melayakkan
mendapat pangkat koperal tKRS adalah jenis Ikatan tali, Kraf Perkhemahan, Kawad
kaki dan Ujian bertulis berkenaan tKRS. Diharapkan murid yang telah mendapat
pengkat Koperal ini dapat membantu dan seterusnya meningkatkan kecemerlangan
tKRS SKSM.
![]() |
| Bergambar bersama Penyelia Kokurikulum PPD Kinta Utara En.Badrul Hisham Yusoff |
![]() |
| Pangkat Koperal |
Jumaat, 8 Februari 2013
Sambutan Maulidur Rasul SK Seri Mutiara
Pada 25 Januari 2013, SK Seri Mutiara telah mengadakan sambutan Maulidur
Rasul peringkat sekolah. Majlis ini bermula seawal jam 7.40 pagi dan
dimulakan dengan perarakan murid dan guru sekitar kawasan sekolah sambil
berselawat ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W.

majlis ini turut diserikan dengan ceramah yang disampaika oleh Ustaz Abdullah bin Omar, dari SK Seri Tanjong, Tanjong Rambutan. Ceramah yang disampaikan telah memberi kesan yang mendalam pada warga SK Seri Mutiara dalam meningkatkan kecintaan terhadap Nabi Muhammad S.A.W.
moga segala yang dilakukan oleh pihak sekolah SK Seri Mutiara terus cemerlang dan mendapat keberkatan dari Allah s.w.t ..amin ya rabb..
Selasa, 5 Februari 2013
Kemenjadian Sekolah dalam Squash 2013
Adik Nervyn Paul a/l Jacob Paul dari 5 Permata telah mengambil bahagian dalam Kejohanan CIMB RISING STARS NATIONAL JUNIOR CIRCUIT 1st LEG yang berlangsung pada 30 Jan - 3 Feb 2013 di National Squash Court, Bukit Jalil, KL. Dia telah berjaya mengharumkan nama pasukan Squash Perak dan SK Seri Mutiara dengan mendapat tempat ke-4 dalam kategori lelaki bawah 11 tahun. Kemenangan ini terus melayakkan dia mendapat "ranking" Malaysia ke-4 untuk kategori berkenanan.Syabas dan tahniah..
Langgan:
Catatan (Atom)

















