Rabu, 6 November 2013
Khamis, 26 September 2013
UJIAN KOMPETENSI ICT KPM UNTUK SEMUA PENTADBIR DAN GURU
| Tuan, UJIAN KOMPETENSI ICT KPM UNTUK SEMUA PENTADBIR DAN GURU SECARA DALAM TALIAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA. Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas. 2. Adalah dimaklumkan bahawa pihak Kementerian Pendidikan Malaysia akan menjalankan Ujian Kompetensi ICT secara dalam talian pada ketetapan berikut : Tarikh / Masa : 27 September 2013 (Jumaat) bermula jam 8.00 pagi dan berakhir pada 2 Oktober 2013 jam 12.00 tengah malam dengan akses 24 jam di pautan : http://ict-kpm.azurewebsites.net (Hanya menggunakan kad pengenalan sebagai id ) 3. Pengetua/Guru Besar diminta memaklumkan kepada semua guru dan para pentadbir sekolah dan memantau status guru yang telah menjawab (selesai semua 30 soalan), belum selesai menjawab (belum habis 30 soalan) dan belum mula menjawab ujian tersebut (langsung tidak menjawab) di peringkat sekolah masing-masing berdasarkan modul laporan yang disediakan dalam sistem yang sama. 4. Pentadbir dan guru-guru diminta tidak menunggu hingga saat-saat akhir untuk mengelakkan sebarang kesulitan. KLIK DI SINI UNTUK SURAT PPD KLIK SI SINI UNTUK SURAT JPN KLIK DI SINI UNTUK SURAT KPM Sekian harap maklum. |
_________________ NORHAN BIN SUID @ SHUIB PENOLONG PPD AKADEMIK Teknik dan Vokasional Sekolah Rendah Pejabat Pelajaran Daerah Kinta Utara Perak Darul Ridzuan email : naimnorhan@yahoo.com Tel : 019-3143206 |
Selasa, 24 September 2013
Selasa, 17 September 2013
KAJIAN PENGGUNAAN BAHAN DIGITAL DI SEKOLAH 2013
Berdasarkan arahan YAB TPM dalam keputusan mesyuarat bil 1/2013, Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) diarahkan menjalankan Kajian Penggunaan Bahan Digital di Sekolah. Kajian bahan digital ini meliputi sumber bahan yang terdapat di platform Frog VLE, EduWebTV, LMS dan perisian kandungan MBMMBI yang digunakan oleh guru di sekolah. Soal selidik ini bertujuan untuk mendapatkan pandangan anda terhadap penggunaan bahan digital yang dibekalkan oleh KPM. Hasil maklum balas ini akan menjadi panduan untuk membuat penambahbaikan pembangunan bahan digital ini.
SKOP KAJIAN :
VLE – Virtual Learning Environment
EduWebTV – Laman TV Pendidikan
LMS – Learning Management System
Perisian Kandungan MBMMBI – CD Perisian untuk Program MBMMBI
EduWebTV – Laman TV Pendidikan
LMS – Learning Management System
Perisian Kandungan MBMMBI – CD Perisian untuk Program MBMMBI
JANGKA MASA : 06 SEPTEMBER 2013 HINGGA 20 SEPTEMBER 2013.
Instrumen soal selidik terbahagi kepada dua iaitu soal selidik guru dan soal selidik murid. Semua guru dan minimum 10 orang murid di setiap sekolah perlu mengisi soal selidik yang berkaitan.
Panduan Untuk Menjawab Soal Selidik
1. Sila baca dengan teliti setiap item yang terdapat dalam soal selidik ini. Tandakan pada jawapan pilihan anda di dalam ruang yang disediakan dalam soal selidik ini.
2. Anda TIDAK PERLU menjawab bagi mana-mana bahan digital yang TIDAK DIGUNAKAN atau TIADA PENGGUNAAN seperti Frog VLE, EduWebTV, LMS dan perisian kandungan MBMMBI.
3. Segala maklumat yang anda berikan adalah SULIT dan digunakan hanya untuk kepentingan penyelidikan ini.
Instrumen soal selidik terbahagi kepada dua iaitu soal selidik guru dan soal selidik murid. Semua guru dan minimum 10 orang murid di setiap sekolah perlu mengisi soal selidik yang berkaitan.
Panduan Untuk Menjawab Soal Selidik
1. Sila baca dengan teliti setiap item yang terdapat dalam soal selidik ini. Tandakan pada jawapan pilihan anda di dalam ruang yang disediakan dalam soal selidik ini.
2. Anda TIDAK PERLU menjawab bagi mana-mana bahan digital yang TIDAK DIGUNAKAN atau TIADA PENGGUNAAN seperti Frog VLE, EduWebTV, LMS dan perisian kandungan MBMMBI.
3. Segala maklumat yang anda berikan adalah SULIT dan digunakan hanya untuk kepentingan penyelidikan ini.
Soal selidik guru mengandungi lima bahagian seperti berikut:
BAHAGIAN A: Maklumat Guru
BAHAGIAN B: Prasarana ICT
BAHAGIAN C: Penggunaan Koleksi Bahan Digital
BAHAGIAN D: Kesesuaian Bahan Digital
BAHAGIAN E: Tahap Kesediaan Guru
BAHAGIAN A: Maklumat Guru
BAHAGIAN B: Prasarana ICT
BAHAGIAN C: Penggunaan Koleksi Bahan Digital
BAHAGIAN D: Kesesuaian Bahan Digital
BAHAGIAN E: Tahap Kesediaan Guru
Soal selidik murid mengandungi dua bahagian seperti berikut:
BAHAGIAN A: Maklumat Murid
BAHAGIAN B: Pencapaian Murid--
BAHAGIAN A: Maklumat Murid
BAHAGIAN B: Pencapaian Murid--
Soal selidik guru : klik link dibawah
Soal selidik murid : klik link di bawah
Mohon kepada guru ICT / guru PSS pastikan kajian ini dilaksanakan diperingkat sekolah. Sekian terima kasih atas kerjasama dan perhatian tuan/puan.
sumber arahan
Khamis, 22 Ogos 2013
Sambutan Bulan Kemerdekaan kali ke-56
Majlis Pelancaran Sambutan Hari Kemerdekaan tahun ini telah dilancarkan pada pagi hari Ahad 19 Ogos yang lalu di tapak perhimpunan sekolah.Antara aturcara majlis ialah bacaan doa,nyanyian lagu Negaraku dan lagu-lagu patriotik,gimik hari pelancaran iaitu upacara penyerahan Jalur Gemilang,pantun merdeka dan sajak kemerdekaan.
Tujuan majlis ini diadakan di antaranya ialah untuk memperingati detik-detik bersejarah negara mencapai kemerdekaan dan melahirkan rasa syukut di atas nikmat kemerdekaan yang dinikmati bersama.Selain itu,tujuan majlis ini diadakan ialah untuk memupuk sifat patriotik di kalangan generasi muda yang bakal menjadi pemimpin di masa hadapan serta menghargai para pejuang yang telah bersusah payah memerdekakan negara kita dari tangan penjajah.
Banyak program yang dirancang sepanjang bulan kemerdekaan ini seperti mewarna, membuat kolaj, melukis, sajak dan sebagainya..diharapkan melalui sambutan bulan kemerdekaan ini dapat memupuk semangat patriotik yang lebih tinggi dikalangan murid
Salam Perpisahan dan Teruskan Perjuangan
Tanam lenggun tumbuh kelapa
Terbit bunga pucuk mati
Budi tuan kami tak lupa
Sudah terpahat di dalam hati
Mudik ke hilir berperahu layang
Singgah sebentar di Indera Giri
Pergilah kasih pergilah sayang
Pandai-pandailah menjaga diri
Dari mana hendak kemana
Tinggi rumput dari padi
Tahun mana bulan mana
Dapat kita berjumpa lagi
Selamat Bertugas ditempat baru..
1. ZAINI B ZULKIFLI ke SK Sultan Yusuf
2.NOORHAMIMAH BT JULI ke SK Coronation Park
3.NORSHAIFUL HANIZAR BIN OTHMAN ke SK Danau Kota 2, KL
4. NOR ULMA BINTI ABU MANSOR ke SK Seri Permaisuri, KL
Rabu, 7 Ogos 2013
Langgan:
Catatan (Atom)









