Minggu Matematik ini dianjurkan oleh Panitia Matematik selama seminggu bermula 7 hingga 11 April 2014. Objektif minggu Matematik diadakan adalah untuk meningkatkan lagi pemahaman murid-murid dalam mata pelajaran Matematik. Pelbagai aktiviti telah diadakan sepanjang minggu ini seperti kuiz matematik, pameran, bacaan sifir secara kreatif dan sebagainya.
Rabu, 9 April 2014
Rabu, 26 Mac 2014
Majlis Watikah Pelantikan 2014
Majlis Watikah Pelantikan bagi Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber
Sekolah (PSS), Pembimbing Rakan Sebaya, Ketua Kelas dan penolong ketua kelas
telah diadakan pada 20 Februari 2014 bersamaan hari Isnin bertempat di
Dataran Perhimpunan SKSM. Majlis ini telah disempurnakan oleh Tuan Guru Besar
En. Shahudin B. Awang dengan pemberian sijil watikah pelantikan kepada semua
penerima watikah pelantikan. Semoga semua murid yang telah dilantik
dapat melaksanakan tugas, amanah dan tanggungjawab dengan baik
Sabtu, 15 Mac 2014
Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kelompok
Jutaan Tahniah di ucapkan kepada Kumpulan Nasyid Sk Seri Mutiara serta para guru-guru yang terlibat dalam menjayakan latihan berterusan sehingga meraih tempat Pertama iaitu JOHAN Nasyid Peringkat Kelompok. Tahniah juga kepada adik Muhammad Hassef Bin Mohd Amin yang juga muncul johan Tilawah Al.-Quran lelaki..
Khamis, 6 Mac 2014
Program motivasi untuk ibu bapa 2014
Program Motivasi Ibu bapa dan murid tahap dua telah diadakan, Pihak sekolah telah menjemput penceramah yang terkenal melalui rancangan Pencetus Ummah di Saluran Astro Oasis iaitu PU Ustaz Mohd Zainudin B. Mohamed Zaini. Banyak input-input berguna yang telah disampaikan, dari segi persediaan rohani dan jasmani untuk berjaya. diharapkan melalu program ini murid-murid SKSM lebih bersemangat untuk mencipta keunggulan.
Jumaat, 14 Februari 2014
MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL
Pada 14 Februari 2014 bersamaan 14 Rabiulawal 1435 telah berlangsung Majlis Sambutan Maulidul Rasul peringkat sekolah dengan penuh meriah dihiasi dengan dendangan selawat-selawat memuji keagungan Rasullullah Muhammad SAW. Majlis ini diadakan bertujuan memperingati hari kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan menzahirkan kegembiraandan kecintaan kita kerana diutuskan Rasullullah untuk kita. Sambutan Maulidul Rasul tahun ini bertemakan Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah.
Sepanjang majlis berlangsung, slot ceramah bersulam qasidah indah telah disampaikan oleh Ustaz Hafizi Bin Mohamed yang telah dijemput khas.
Berikut merupakan paparan gambar-gambar yang sempat dirakamkan sepanjang majlis berlangsung.
Ahad, 12 Januari 2014
Ulang tahun SKSM yang ke10
5 Januari 2014, genap 10 tahun usia SKSM... banyak pengalaman dan kejayaan ditempuhi. semoga terus mencipta keunggulan.
Jumaat, 3 Januari 2014
Langgan:
Catatan (Atom)








.jpg)