Download pelaporan Offline KSSR tahun 4 disini..
Sabtu, 6 September 2014
Jumaat, 22 Ogos 2014
SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI PERINGKAT SEKOLAH 2014
Pada hari Rabu , 20 Ogos 2014 - Semua warga SK Seri Mutiara telah mengadakan Sambutan Hari Raya Peringkat Sekolah . Majlis sambutan ini disertai oleh semua guru dan kakitangan SK Seri Mutiara, murid-murid Prasekolah, Pendidikan Khas, Tahun 1 hingga tahun 6 dan turut dimeriahkan lagi dengan para jemputan.
Majlis ini bermula pada jam 9.15 pagi dan berakhir pada jam 12.45 tengah hari.Pengajaran dan Pembelajaran tetap dijalankan pada jam 7.45 pagi hingga 9.15 pagi. Antara program yang diadakan sepanjang sambutan ini ialah acara persembahan nyanyian daripada guru-guru dan murid-murid SK Seri Mutiara.Acara ini telah dijalankan di dewan sekolah.
Semua warga SK Seri Mutiara kelihatan sangat gembira dan hari raya disambut dengan meriah sekali. Pelbagai juadah dan kuih-muih disediakan oleh pihak penganjur untuk dijamu kepada warga sekolah dan para jemputan.
Harapan penganjur agar sambutan seperti ini akan terus dilaksanakan pada tahun-tahun akan datang dan dijadikan acara tahunan.
Berikut ialah gambar-gambar sepanjang sambutan tersebut :
Jumaat, 25 Julai 2014
Gotong Royong Bebas Denggi
Gotong Royong Bebas Denggi
Tarikh 25 julai 2014
Hari Jumaat
Masa 7.30 hingga 8.30 a.m
Tempat Sekitar Kawasan Sekolah SKSM
Anjuran Unit Kawalan Denggi
Hari Jumaat
Masa 7.30 hingga 8.30 a.m
Tempat Sekitar Kawasan Sekolah SKSM
Anjuran Unit Kawalan Denggi
Bagi memberi kesedaran kepada murid-murid tentang cara mencegah demam denggi, dua aktiviti di atur dan dilaksanakan. Pada sebelah pagi program gotong royong di jalankan bagi membersihkan seluruh kawasan sekolah terutamanya longkang. Gotong royong ini melibatkan semua guru, murid-murid, dan pekerja sekolah.
Pendahuluan
Penyakit demam denggi ialah penyakit berjangkit yang menjadi satu masalah global dan
endemic di beberapa buah negara seperti Afrika, USA, Mediterranean Timur, Asia Tenggara
dan Pasifik Barat (WHO,2002).
endemic di beberapa buah negara seperti Afrika, USA, Mediterranean Timur, Asia Tenggara
dan Pasifik Barat (WHO,2002).
Penyakit ini adalah disebakan oleh virus denggi yang dibawa oleh nyamuk Aedes. Di Malaysia, penyakit demam denggi merupakan masalah kesihatan awam. Oleh yang demikian, pada hari ini
pihak sekolah telah mengadakan aktiviti gotong royong untuk memastikan tiada
pembiakan nyamuk AEDES di sekolah SKSM
pihak sekolah telah mengadakan aktiviti gotong royong untuk memastikan tiada
pembiakan nyamuk AEDES di sekolah SKSM
Objektif
- Menjadikan amalan kebersihan sebagai budaya cara hidup sihat
- Memupuk sikap keprihatinan dan komitmen yang tinggi di kalangan warga sekolah tentang pendidikan pencegahan demam denggi
- Menjadikan murid sebagai agen perubahan terhadap pencegahan pembiakan nyamuk Aedes
- Mengwujudkan persekitaran sekolah yang bersih, kondusif, dan bebas pembiakan nyamuk Aedes.
Jumaat, 4 Julai 2014
Tarikh : 28 Julai 2014 (Jumaat)
Masa : 9.00 pagi - 12.20 tengahari.
Tempat : Makmal Bestarinet SKSM
Masa : 9.00 pagi - 12.20 tengahari.
Tempat : Makmal Bestarinet SKSM
Hari Bertemu Waris telah diadakan bagi memberi peluang kepada ibu bapa bersua muka dan berbincang secara harmonis tentang perkembangan pelajar terutama dari segi kurikulum, kokurikulum, sahsiah dan disiplin di sekolah sekaligus mengambil slip Peperiksaan Pertengahan Tahun 2014. Ibu bapa mula hadir ke sekolah untuk mengambil slip peperiksaan bermula jam 9.00 pagi.
Rabu, 25 Jun 2014
Program Jiwa Murni 2014
Pada 25/6/2014 , seramai 20 orang pelajar dan 6 orang guru anjuran B&K SK Seri Mutiara telah mengadakan lawatan beramah mesra dengan warga tua di rumah Ikhtiar Selesa Villa, Medan Gopeng. Ini merupakan program Khidmat Masyarakat yang bertemakan " Hubungan Kekeluargaan".
Antara objektif program ialah:
i. mendedahkan murid kepada budaya luar yang sihat.
ii.memupuk nilai murni dengan melakukan aktiviti berfaedah.
iii.mengeratkan hubungan mesra dengan agensi kebajikan masyarakat.
***Tahniah diucapkan kepada B&K SK Seri Mutiara atas penganjuran program ini. Diharapkan banyak lagi program seperti ini dapat dilaksanakan pada masa-masa akan datang .Syabas kepada semua yang menjayakan program ini.
Jumaat, 30 Mei 2014
Ahad, 4 Mei 2014
DSKP Tahun 5 KSSR 2014
Guru-Guru yang akan mengikuti kursus DSKP tahun 5 bagi tahun 2014, sila muat turun DSKP yang berkaitan untuk dibawa semasa berkursus
Mohon kerjasama tuan untuk memuat turun dan mencetak Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Tahun 5 mengikut mata pelajaran dan membawa satu salinan semasa menghadiri kursus-kursus tersebut.
Mohon kerjasama tuan untuk memuat turun dan mencetak Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Tahun 5 mengikut mata pelajaran dan membawa satu salinan semasa menghadiri kursus-kursus tersebut.
| # Surat panggilan kursus. {KLIK DI SINI} # Borang Kursus DSKP Ketua Panitia, Hantar sebelum 3 Mei 2014 ke Unit Akademik. {KLIK DI SINI} # Bahan DSKP Tahun 5. {KLIK DI SINI} # Borang Tuntutan Perjalanan Kursus. {KLIK DI SINI} Nota: Kursus bagi mata pelajaran yang tiada dalam jadual akan dimaklumkan kemudian. Sekian. |
Langgan:
Catatan (Atom)























