Social Icons

Isnin, 10 November 2014

Kejohanan Balapan Dan Padang Kali ke-10



Pada 18 Oktober 2014,Sabtu Sekolah Kebangsaan Seri Mutiara telah mengadakan Kejohanan Balapan dan Padang yang ke-10. Termasya sukan ini diadakan di padang sekolah bermula pada pukul 8.30 pagi.
Sehari sebelum temasya itu dimulakan, kerja-kerja membuat persiapan terakhir telah dilaksanakan. Khemah-khemah didirikan dan dihias dengan cantik. Beberapa orang pekerja sekolah, guru dan murid berganding bahu meyiapkan kerja-kerja tersebut. Papan mencatat markah rumah-rumah sukan diletakkan di tengah-tengah padang. Manakala, bendera rumah sukan, bendera Negeri Pahang dan Jalur Gemilang dikibarkan di bahagian depan astaka.
Keadaan cuaca pada pagi temasya sukan itu sangat baik. Pada pukul 8.00 pagi, semua hadirin termasuk ibu bapa mula memenuhi ruang tempat duduk yang disediakan di sebelah Khemah. Tn. HJ Moideen Kutty Bin Hassan (Pengarah Kolej Sains Bersekutu Sultan Azlan Shah, Ulu Kinta) yang tiba kira-kira pukul 8.10 pagi disambut oleh Guru Besar sekolah iaitu En. Shahudin bin Awang serta Pengerusi PIBG. Acara dimulakan dengan perbarisan lintas hormat para peserta yang mengambil bahagian.Tn. HJ Moideen Kutty Bin Hassan menerima tabik hormat dan seterusnya merasmikan sukan tersebut.
Selepas upacara perasmian dilakukan, acara sukan pun dilangsungkan. Acara-acara yang dijalankan berjalan lancar dan teratur. Acara sukan berhenti untuk rehat pada pukul 10.00 pagi dan disambung semula setengah jam kemudian. Acara lari 4 X 100 meter menjadi acara kemuncak sukan pada hari itu. Kira-kira pukul 11.30 pagi, semua acara tamat. Seterusnya, acara penyampaian hadiah kepada para pemenang pula dijalankan. Hadiah disampaikan oleh Tn. HJ Moideen Kutty Bin Hassan dengan diiringi oleh Tuan Guru Besar.
Pasukan yang menjadi juara pada kejohanan sukan ke-10 ini ialah pasukan Rumah Kuning. Kejohanan Balapan dan Padang ini tamat kira-kira pada pukul 12.30 tengah hari. Sebelum bersurai, semua Guru dan murid bergotong royong mengemas dan membersih semula kawasan pertandingan sukan.


Ahad, 9 November 2014

Klinik KEM 1M1S

5 Oktober 2014, Rabu 

Pada 5 Oktober yang lalu telah berlangsung Kem Sukan Sekolah 1 Murid 1 Sukan (1M1S) bagi peringkat sekolah. Kem Sukan Sekolah 1 Murid 1 Sukan ini bertujuan untuk mendedahkan murid kepada aktiviti sukan dan permainan dan juga merupakan salah satu dasar Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang rancak diperkenalkan dalam tahun kebelakangan ini. Justeru penganjuran kem ini di sekolah, memang sangat-sangat dialu-alukan sesuai dengan kehendak dan tujuan program.Terdapat 5 jenis permaianan yang diadakan klinik pada hari tersebut iaitu, Ragbi, Sofbol, Futsall, Gimnastik dan senamrobik.


Rabu, 15 Oktober 2014

Kejohanan Balapan dan Padang Kali ke-10

Dijemput semua ibu-bapa, Penjaga dan bekas pelajar untuk datang memeriahkan kejohanan ini

Jumaat, 22 Ogos 2014

SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI PERINGKAT SEKOLAH 2014

Pada hari Rabu , 20 Ogos 2014 - Semua warga SK Seri Mutiara telah mengadakan Sambutan Hari Raya Peringkat Sekolah . Majlis sambutan ini disertai oleh semua guru dan kakitangan SK Seri Mutiara, murid-murid Prasekolah, Pendidikan Khas, Tahun 1 hingga tahun 6 dan turut dimeriahkan lagi dengan para jemputan.
Majlis ini bermula pada jam 9.15 pagi dan berakhir pada jam 12.45 tengah hari.Pengajaran dan Pembelajaran tetap dijalankan pada jam 7.45 pagi hingga 9.15 pagi. Antara program yang diadakan sepanjang sambutan ini ialah acara persembahan nyanyian daripada guru-guru dan murid-murid SK Seri Mutiara.Acara ini telah dijalankan di dewan sekolah.
Semua warga SK Seri Mutiara kelihatan sangat gembira dan hari raya disambut dengan meriah sekali. Pelbagai juadah dan kuih-muih disediakan oleh pihak penganjur untuk dijamu kepada warga sekolah dan para jemputan.
Harapan penganjur agar sambutan seperti ini akan terus dilaksanakan pada tahun-tahun akan datang dan dijadikan acara tahunan.
Berikut ialah gambar-gambar sepanjang sambutan tersebut :


















Jumaat, 25 Julai 2014

Gotong Royong Bebas Denggi

Gotong Royong Bebas Denggi


Tarikh            25 julai 2014
Hari               Jumaat
Masa             7.30 hingga 8.30 a.m
Tempat          Sekitar Kawasan Sekolah SKSM
Anjuran          Unit Kawalan Denggi

Bagi memberi kesedaran kepada murid-murid tentang cara mencegah demam denggi, dua aktiviti di atur dan dilaksanakan. Pada sebelah pagi program gotong royong di jalankan bagi membersihkan seluruh kawasan sekolah terutamanya longkang. Gotong royong ini melibatkan semua guru, murid-murid, dan pekerja sekolah.










Pendahuluan
Penyakit demam denggi ialah penyakit berjangkit yang menjadi satu masalah global dan 
endemic di beberapa buah negara seperti Afrika, USA, Mediterranean Timur, Asia Tenggara
 dan Pasifik Barat (WHO,2002).

Penyakit ini adalah disebakan oleh virus denggi yang dibawa oleh nyamuk Aedes. Di Malaysia, penyakit demam denggi merupakan masalah kesihatan awam. Oleh yang demikian, pada hari ini 
pihak sekolah telah mengadakan aktiviti gotong royong untuk memastikan tiada 
pembiakan nyamuk AEDES di sekolah SKSM
Objektif
  1. Menjadikan amalan kebersihan sebagai budaya cara hidup sihat
  2. Memupuk sikap keprihatinan dan komitmen yang tinggi di kalangan warga sekolah tentang pendidikan pencegahan demam denggi
  3. Menjadikan murid sebagai agen perubahan terhadap pencegahan pembiakan nyamuk Aedes
  4. Mengwujudkan persekitaran sekolah yang bersih, kondusif, dan bebas pembiakan nyamuk Aedes.
Related Posts with Thumbnails
 

Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA)


 
Blogger Templates