Rabu, 28 September 2016
Khamis, 8 September 2016
Majlis Lambaian Kasih Sulaman Budi
Majlis persaraan Guru Besar SK Seri Mutiara telah berlangsung dengan suasana yang meriah bagi meraikan seorang GB yang banyak berjasa kepada sekolah. Majlis telah dihadiri oleh wakil PPD Tn. Hj Ismail b A. Mohamad serta guru-guru Besar sekolah berhampiran.Mula bertugas sebagai guru pada 1.1 1977 dan berkhidmat di SKSM pada 9.1.2013 selama 3 tahun 8 bulan. Selamat bersara cikgu.
Khamis, 1 September 2016
Majlis Sambutan Ambang Merdeka peringkat sekolah
30 Ogos 2016, Majlis sambutan ambang peringkat sekolah telah dilancarkan bertempat di Dewan Permata dengan bertemakan "dulu-dulu". semua warga SKSM telah mengenakan pakaian yang sesuai mengikut tema tersebut. Program dimulakan dengan beberapa buah rangkaian lagu patriotisme antaranya Jalur Gemilang dan lagu tema Sehati Sejiwa. Majlis diakhiri dengan perarakan kemerdekaan disekeliling sekolah. Berikut adalah gambar-gambar aktiviti sepanjang majlis. Semoga program yang bakal dijalankan berupaya menyemarakkan sambutan pada tahun ini seterusnya menanam rasa bangga dan cinta akan negara dalam kalangan murid-murid SKSM.
Khamis, 12 Mei 2016
PBPPP 2016

Penilaian bersepadu Pegawai Perkhidmatan Awam 2016 (PBPPP)
Muat turun sila klik >>> Maklumat mengenai PBPPP
Sila muat turun file dibawah dan hantar ke email maimoonhassan@yahoo.com
Borang Keberhasilan 2016
Terima Kasih
Ahad, 6 Mac 2016
KEM BESTARI SOLAT FASA 1/2016
SABTU- 5 Mac 2016, Alhamdulilah Kem bestari Solat bagi murid-murid tahun 1 hingga 6, telah dapat dilaksanakan dengan baiknya. Dengan kehadiran hampir 100 orang murid serta 17 orang guru yang bertindak sebagai fasilator. KBS diserikan lagi dengan kehadiran Tuan Guru Besar, En. Shahudin B. Awang. Kem ini bermula pada pukul 7.30 pagi dan berakhir pada jam 12.30tgh.
Pendahuluan
Kem Bestari Solat adalah aktiviti yang dilaksanakan untuk memastikan murid-murid dapat menunaikan solat dengan sempurna dari segi bacaan dan perbuatan. Aktiviti ini dilaksanakan secara intensif di satu tempat khas mengikut kesesuaian sesebuah sekolah.
Objektif
- Murid dapat mengetahui cara-cara berwuduk.
- Murid dapat berwuduk dengan sempurna.
- Murid-murid dapat mengetahui cara-cara menunaikan solat dari segi bacaan dan perbuatan.
- Murid dapat membaca dengan betul dan lancar bacaan dalam solat.
- Murid dapat menunaikan solat secara individu dan jemaah.
Kumpulan Sasaran
Semua murid beragama Islam Tahun Satu hingga 6
Rabu, 2 Mac 2016
Langgan:
Catatan (Atom)





