Social Icons

Selasa, 27 Februari 2018

SKPMg2 2018 : Borang Pengskoran PDPC (Standard 4)

SKPMg2 ataupun Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2 adalah merupakan penggubalan semula SKPM 2010 dengan beberapa penambahbaikan hasil daripada beberapa siri kajian dan mesyuarat. Penambahbaikan kepada SKPMg2 adalah bertujuan untuk meningkatkan kualiti dan juga menyesuaikan SKPM dengan perkembangan pendidikan semasa.Sila muat turun  Borang Pengskoran PDPC (Standard 4) dibawah



Borang yang telah lengkap sila emailkan kepada email Penolong Kanan Pentadbiran, Cik Maimoon Bt Hassan di alamat maimoonhassan@yahoo.com dan cc ke email ICT alhassan@yes.my


Rabu, 21 Februari 2018

Majlis Jasamu Dikenang


Tarikh 20 Februari 2018

Guru Besar SKSM Pn.Hjh Asiah telah bertukar ke SK Pasukan Polis Hutan. beliau hanya sempat berkhidmat selama 1 Tahun 5 bulan di SKSM.Sesungguhnya kita tidak menyangka bahawa beliau akan pergi secepat ini. Belum cukup lama beliau mencurahkan bakti di sini. kita berasa amat sedih kerana akan kehilangan seorang guru yang sangat dedikasi terhadap tugasnya.

Pucuk pauh delima batu, 
Anak sembilang di tapak tangan
Walaupun jauh ribuan batu, 
Hilang di mata, di hati jangan.

Semoga terus berjaya walau dimana pun berada. Terima kasih Cikgu.


Ahad, 26 November 2017

Majlis Anugerah Gemilang Akademik SKSM 2017

Majlis Anugerah Gemilang Akademik (MAGA) merupakan agenda tahunan Sekolah bagi menghargai murid-murid yang cemerlang dalam bidang akademik, sahsiah mahupun kokurikulum. Kecemerlangan murid mencerminkan perkembangan serta kemajuan sekolah, dalam melahirkan modal insan dan seterusnya membuktikan sekolah adalahsebagai satu institusi pendidikan yang berwibawa. Majlis telah disempurnakan oleh En.Aznan Bin Abdul, Pegawai SIP+ PPD Kinta Utara. Adik Aisyah Farhana Bintu Ayub telah dinobatkan sebagai Tokoh murid SKSM 2017. Syabas dan tahniah kami ucapkan kepada semua penerima anugerah.,






Khamis, 23 Februari 2017

Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2

SKPMg2 ataupun Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2 adalah merupakan penggubalan semula SKPM 2010 dengan beberapa penambahbaikan hasil daripada beberapa siri kajian dan mesyuarat. Penambahbaikan kepada SKPMg2 adalah bertujuan untuk meningkatkan kualiti dan juga menyesuaikan SKPM dengan perkembangan pendidikan semasa. SKPMg2 akan digunakan sepenuhnya oleh semua sekolah rendah dan menengah mulai 1 Mac 2017

Rabu, 18 Januari 2017

Ladap Pedagogi Abad ke-21

Tarikh: 16.1.2017( Isnin)
Penglibatan : Guru dari SKSM dan SK Panglima Bukit Gantang
Penceramah: Pegawai SIC+
Dalam meniti abad ke 21, kemahiran pedagogi menuntut seseorang guru memiliki kemahiran pembelajaran dan inovasi (Learning and innovation skills), kemahiran maklumat, media dan teknologi (Information, media and technology skills) dan kemahiran hidup dan kerjaya (Life and career skills). Selain itu terdapat pelbagai elemen yang perlu diberi perhatian dalam menguasai kemahiran abad ke-21 ini.
Semoga pengisian ilmu dan LADAP sebegini dapat diteruskan di masa akan datang demi memartabatkan Institusi Pendidikan di Malaysia








Related Posts with Thumbnails
 

Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA)


 
Blogger Templates