Pihak Sekolah dengan kerjasama Kelab Guru dan kakitangan akan mengadakan kejohanan Paint Ball terbuka SK Seri Mutiara.kejohanan akan berlangsung di padang sekolah. Antara kumpulan peserta yang mengesahkan penyertaan adalah daripada KGKT SK Chepor, SK Sungai Rapat dan Pasukan PPD Kinta Utara.semua dijemput hadir untuk menyasikan kejohanan tersebut.
Khamis, 14 April 2011
Rabu, 13 April 2011
Kempen Jangan Menonton TV (21-27 April)
Tutupkan TV dan Hidupkan Kekeluargaan!
21 – 27 April ialah Minggu Tidak Menonton TV!
21 – 27 April ialah Minggu Tidak Menonton TV!
Ini ialah tahun ketiga FOMCA menganjurkan kempen ini sempena Kempen Konsumer Kebangsaan (atau Kempen 3K) 2008-2012. Dalam kempen ini, orang ramai diminta untuk menutupkan TV mereka selama seminggu. Ini juga boleh dilanjutkan lagi dengan Minggu tanpa Skrin yang mana merangkumi komputer, telefon bimbit, alat permainan video dan juga alat elektronik yang berskrin. Tujuan kempen ini ialah untuk menggalakkan orang ramai terutamanya ibu bapa untuk menghabiskan masa lapang bersama anak-anak mereka dengan melakukan aktiviti lain yang lebih aktif dan berinteraksi.
Rabu, 23 Mac 2011
KEJOHANAN OLAHRAGA MSS DAERAH KINTA UTARA 2011
KEJOHANAN OLAHRAGA MSS DAERAH KINTA UTARA 2011 | ||||||
STADIUM IPOH PERAK 22-25 MAC 2011 | ||||||
Ahad, 20 Mac 2011
Sentiasa Dipuncak Kecemerlangan Slideshow
Sentiasa Dipuncak Kecemerlangan Slideshow: "TripAdvisor™ TripWow ★ Sentiasa Dipuncak Kecemerlangan Slideshow ★ to Ipoh by SK Seri Mutiara. Stunning free travel slideshows on TripAdvisor"
Jumaat, 11 Mac 2011
Kejohanan Skuasy MSSPK 2011
Kejohanan Skausy MSSPK 2011
Tarikh: 18 Februari 2011
Tempat: Kompleks Skuasy MBI, Ipoh
Sekalung tahniah kepada Nevyn Paul Raj A/L Jacob Paul iaitu murid tahun 3 Dinamik SK Seri Mutiara kerana berjaya mendapat tempat ketiga dalam kejohanan tersebut.Melalui kejayaan itu, Nevyn Paul Raj A/L Jacob Paul telah mewakili Kinta Utara dalam pertandingan skuasy peringkat negeri. semoga kejayaan beliau dapat menjadi sumber inspirasi kepada murid-murid yang lain.

| Berita kejayaan Nevyn Paul Raj A/L Jacob Paul di akhbar Metro 26 Februari 2011 |
Khamis, 10 Mac 2011
Pertandingan Bola Sepak Zon B
Pertandingan Bola Sepak Zon B
Tarikh : 7/3/2011 (Isnin)
Masa : 8.00 pagi-5.00 Petang
Tempat: SK Dato Ahmad Said
Sekolah telah menghantar 16 orang pemain dan 2 orang guru pengiring iaitu Ustaz Hafizi Mohamed dan En. Abdul Latif Hassan ke pertandingan bola sepak Zon B Daerah Kinta Utara. SK Seri Mutiara ditempatkan dalam kumpulan D bersama-sama dengan SK Jati, SK Manjoi 2 dan SK Al-Ummah. Keputusan perlawanan yang dicatatkan agak kurang memberangsangkan iaitu seri sekali dan kalah 2 kali. namun sekalung terima kasih diucapkan kepada semua pemain dan jurulatih kerana telah berusaha bersungguh-sungguh untuk pertandingan bola sepak ini. Semoga boleh dapat dipertingkatkan pada masa akan datang.

| Pasukan Bola Sepak dan Jurulatih SK Seri Mutiara 2011 |
Isnin, 28 Februari 2011
Mesyuarat PIBG kali ke-8 2011
Mesyuarat PIBG kali ke-8
Tarikh: 26 Februari 2011 (Sabtu)
Masa: 9.00am
Tempat: Dewan Tertutup SK Seri Mutiara
Dirasmikan oleh :YM. Tengku Hamzah Bin. Tuan Ismail
Penolong PPD (HEM) Kinta Utara
( Diwakili oleh En.Mohamad Azaudin b Yeop Md Rose)
Penolong PPD (Sekolah Rendah)
Gambar seterusnya..
Langgan:
Catatan (Atom)