Social Icons

Sabtu, 18 Ogos 2012

Selasa, 24 Julai 2012

Sumbangan Tajaan daripada Aeon

Program Tajaan Barangan Sukan daripada Aeon Malaysia
Tarikh: 19.7.2012
Tempat: Aeon Station 18, Pengkalan

Pihak Aeon telah sudi memberikan tajaan barangan sukan dan tunai sebanyak RM600. Barangan sukan yang diberikan adalah bola sepak sebanyak 50 biji. SKSM adalah antara 23 buah sekolah yang bertuah terpilih untuk program tajaan pada kali ini.Terima kasih kepada Aeon diatas sumbangan tersebut, semoga SKSM dapat terus cemerlang dalam semua bidang sukan yang diceburi.




Terima Kasih


Isnin, 9 Julai 2012

Hari sukan SK Seri Mutiara... hip,hip,hooreeeee!

Pada tanggal 1 Julai 2012, SK Seri Mutiara telah menganjurkan Kejohanan Sukan Dan Balapan kali yang Kelapan di padang SK Seri Mutiara. Kejohanan ini telah dirasmikan oleh Shahul Hamid a/l Mydin Syah,ahli Majlis  Bandaraya Ipoh wakil dari Datuk Bandar Ipoh. 

kedatangan Encik Shahul Hamid diiringi persembahan bagpipe  ACS  IPOH.







Kejohanan ini berlangsung dengan penuh gilang gemilang dan kerjasama dari pihak ibu bapa dan para guru amat cemerlang sekali. Kejohanan sukan ini amat meriah sekali dengan kehadiran para ibu bapa yang memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada anak mereka serta para guru. ucapan terima kasih kami ucapkan atas kehadiran tuan-tuan dan puan-puan ke kejohanan sukan ini.

















Selain itu, sokongan dan kerjasama dari warga SK Seri Mutiara memang wajar dipuji disebabkan dengan kerjasama di kelas yg tersendiri telah menyebabkan kejohanan sukan ini berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah. Pihak sekolah mengharapkan kerjasama seperti ini dapat diteruskan lagi seperti tahun ini di kejohanan tahun hadapan. insyaallah...:P



















Ahad, 24 Jun 2012

Kejohanan Balapan dan Padang kali ke-8


Semua di Jemput hadir beramai-ramai untuk memeriahkan suasana. Terdapat pelbagai aktiviti dan hadiah kepada semua yang hadir.



Kejayaan di Kejohanan Balapan dan Padang SK Jelapang Jaya 2012

Kejohanan Balapan dan Padang SK Jelapang Jaya Kali ke-10
Tarikh: 24 Jun 2012
Tempat: Padang SK Jelapang Jaya.

Sekalung syabas dan tahniah kepada perserta SKSM ke Kejohanan Balapan dan Padang SK Jelapang Jaya Kali ke-10.Acara yang disertai adalah 4x100m terbuka. Pingat emas berjaya diperolehi melalui ketegori Pendidikan Khas, manakala bagi kategori perempuan terbuka mendapat tempat kedua. bagi ketegori lelaki pula, SKSM mendapat tempat ketiga. syabas dan terima kasih kepada jurulatih serta guru pengiring SKSM.

Isnin, 21 Mei 2012

Boling kelab guru SKSM


Kelab guru SK Seri Mutiara telah mengadakan satu aktiviti bagi merapatkan ukhwah serta hubungan antara kakitangan sekolah SK Seri Mutiara. Oleh yang demikian, tanggal 3 Mei 2012, satu pertandingan Boling telah dijalankan bertempat di Ipoh Parade. Penyertaan dari guru-guru serta kakitangan sekolah amat memberangsangkan dan meriah sekali. Perlawanan boling ini dijalankan secara perlawanan kumpulan. 



Ustaz hafizi sedang melihat potensi bola boling yang terbaik 




Perlawanan boling ini telah bermula pada jam 2.30 petang dan dimainkan sebanyak 2 perlawanan. Pelbagai ragam serta balingan dapat dilihat dari kakitangan serta guru-guru SK Seri Mutiara. Balingan strike,balingan longkang mahupun balingan ke belakang juga dapat dirakamkan di Ipoh Parade ini. Hasil daripada temubual serta komen-komen dari warga SK Seri Mutiara rata-rata amat menyokong penuh aktiviti sebegini dijalankan.


gadis2 idaman kah?

jaguh2 boling menanti masa untuk menghayun bola boling

cikgu naim juara tahun lepas


bincang2 sebelum perlawanan bermula

peace yooo!
                                                               


Dalam erti kata lain, ramai yang berminat dan mahukan aktiviti ini dijalankan dengan lebih kerap lagi. Hasil daripada pertandingan ini, ramai jaguh-jaguh boling berjaya dilahirkan pada satu petang sahaja. Beberapa kumpulan telah berjaya memenangi hadiah yang telah disediakan oleh Kelab Guru SK Seri Mutiara.
 Kredit harus  diberikan kepada pengerusi Kelab Guru SK Seri Mutiara iaitu Ustazah Sakinah dan juga ahli jawatankuasa yang berkaliber yang banyak membantu menjayakan program ini direalisasikan.
Oleh yang demikian, diharapkan aktiviti sebegini dapat dijalankan dengan lebih kerap lagi agar silaturrahim antara kakitangan SK Seri Mutiara dapat terus kukuh dan jitu. Dengan aktiviti sebegini ianya berupaya menimbulkan suasana kerja yang positif di SK Seri Mutiara..insyaallah. Kepada pemenang-pemenang pertandingan boling ini tahniah diucapkan sekali lagi dan pada yang tidak bernasib baik, jangan risau, berlatih dengan tekun lagi ye..tahun depan depa anjurkan lagi ye dak..assalamualaikum.






acara penyampaian hadiah










Isnin, 16 April 2012

Fire drill...api..api..api...kebakaran

Pada 13 April 2012, SK Seri Mutiara telah mengadakan latihan kebakaran sebagai satu langkah persediaan menghadapi segala kemungkinan yang boleh berlaku ketika di sekolah. Latihan kebakaran ini telah mendapat kerjasama dari Balai Bomba Dan Penyelamat Ipoh. Latihan kebakaran ini atau dikenali sebagai Fire Drill merupakan satu lengkah yang amat penting kepada sesebuah organisasi jika berlaku sebarang kebakaran di sekolah ataupun bangunan.














Latihan ini telah bermula pada 10.30 pagi sehingga 12.00 tengahhari. Latihan kebakaran ini juga turut menyelitkan pelbagai aktiviti yang berfaedah seperti demonstrasi memamdam kebakaran dan juga demonstarsi meneyelamatkan diri sewaktu kebakaran. Aktiviti sedemikian amat berguna sekali kepada para pelajar SK Seri Mutiara kerana ia memberi pengetahuan mengenai menyelamatkan diri  jika berlaku kebakaran. Dengan pengetahuan ini juga, diharapkan murid-murid serta guru dapat mengaplikasikan segala ilmu yang diperolehi dari Jabatan Bomba Dan Penyelamat Ipoh. Sekian….





Related Posts with Thumbnails
 

Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA)


 
Blogger Templates