Ahad, 23 Jun 2013
Isnin, 17 Jun 2013
Kem kepimpinan 2013
Kem kempimpinan Sekolah Rendah Daerah Kinta Utara
Tarikh: 14-16 Jun 2013
Tempat: IPGM Kampus Ipoh
Seramai 4 orang murid Pengawas SKSM telah berjaya mengikuti kem kempimpinan peringkat daerah Kinta Utara 2013 yang berlangsung selama 3 hari 2 malam. Program ini bertujuan untuk membantu meningkatkan tahap keyakinan diri, akademik serta kepimpinan pelajar. Ia juga dapat membentuk potensi diri serta mewujudkan sifat keikhlasan, motivasi, keyakinan diri serta pembentukan pelan tindakan diri yang bebas daripada gejala negatif bagi menjadi pemimpin masa hadapan. Selain itu ia merupakan satu program untuk meningkatkan kualiti diri untuk memandu dan membimbing diri serta rakan sebaya.
Melalui kem ini juga adik VINOTDHNI A/P KANTHYMATHYNATHAN telah terpilih sebagai peserta terbaik perempuan daripada lebih 200 peserta yang menghadiri kem tersebut. Syabas dan tahniah diucapkan.
![]() |
| Dari kiri, NADIYATUL FARHANA BT AHMAD ANNUAR, VINOTDHNI A/P KANTHYMATHYNATHAN, DHARUMASHAN A/L BATHIBAN dan adik MUHAMMAD HARIS ADRIL B SHAMSOL AMRI |
Jumaat, 17 Mei 2013
Selasa, 14 Mei 2013
Frog VLE
VLE Frog
Tarikh: 14.5.2013
Tempat: Bilik Mesyuarat SKSM
https://ABA2070.1bestarinet.net
Jumaat, 26 April 2013
Khamis, 25 April 2013
Program Sarana Sekolah dan Sarana Ibu Bapa
Program Pemantapan SARANA Ibu Bapa Dan SARANA Sekolah di Bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2025
Program Sarana Sekolah dan Sarana Ibu Bapa telah dilancarkan oleh Timbalan Perdana Menteri pada 24.2.2013. sebagai inisiatif untuk menyatukan setiap pihak berkepentingan termasuk ibu bapa dan masyarakat bagi melahirkan modal insan yang berkualiti global melalui sekolah
Terkandung di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025, Sarana Ibu bapa mengandungi empat elemen iaitu penyediaan suasana pembelajaran di rumah, interaksi sosial dengan anak, komunikasi dengan anak dan sokongan terhadap kecemerlangan anak.
Sarana Sekolah pula mempunyai enam elemen iaitu iklim sekolah, komunikasi berkesan,sokongan terhadap kejayaan murid, tanggungjawab bersama, keputusan bersama, kerjasama dengan komuniti dan kumpulan sokongan ibu bapa.
Untuk maklumat lanjut sila ke laman di bawah:
Langgan:
Catatan (Atom)
.jpg)




