Social Icons

Khamis, 22 Ogos 2013

Sambutan Bulan Kemerdekaan kali ke-56


Majlis Pelancaran Sambutan Hari  Kemerdekaan tahun ini telah dilancarkan pada pagi hari Ahad 19 Ogos yang lalu di tapak perhimpunan sekolah.Antara aturcara majlis ialah bacaan doa,nyanyian lagu Negaraku dan lagu-lagu patriotik,gimik hari pelancaran iaitu upacara penyerahan Jalur Gemilang,pantun merdeka dan sajak kemerdekaan. 

Tujuan majlis ini diadakan di antaranya ialah untuk memperingati detik-detik  bersejarah negara mencapai kemerdekaan  dan melahirkan  rasa syukut di atas nikmat kemerdekaan yang dinikmati bersama.Selain itu,tujuan majlis ini diadakan ialah untuk memupuk sifat patriotik di kalangan generasi muda yang bakal menjadi pemimpin di masa hadapan serta menghargai para pejuang yang telah bersusah payah memerdekakan negara kita dari tangan penjajah. 

Banyak program yang dirancang sepanjang bulan kemerdekaan ini seperti mewarna, membuat kolaj, melukis, sajak dan sebagainya..diharapkan melalui sambutan bulan kemerdekaan ini dapat memupuk semangat patriotik yang lebih tinggi dikalangan murid
  



Salam Perpisahan dan Teruskan Perjuangan

Tanam lenggun tumbuh kelapa
Terbit bunga pucuk mati
Budi tuan kami tak lupa
Sudah terpahat di dalam hati

Mudik ke hilir berperahu layang
Singgah sebentar di Indera Giri
Pergilah kasih pergilah sayang
Pandai-pandailah menjaga diri

Dari mana hendak kemana
Tinggi rumput dari padi
Tahun mana bulan mana
Dapat kita berjumpa lagi


Selamat Bertugas ditempat baru..
1. ZAINI B ZULKIFLI ke SK Sultan Yusuf
2.NOORHAMIMAH BT JULI ke SK Coronation Park
3.NORSHAIFUL HANIZAR BIN OTHMAN ke SK Danau Kota 2, KL
4. NOR ULMA BINTI ABU MANSOR ke SK Seri Permaisuri, KL





Selasa, 9 Julai 2013

Kejohanan Balapan dan Padang SKSM kali ke-9

Kejohanan Balapan dan Padang SKSM telah berlangsung dengan penuh gilang-gemilang pada 7 Julai 2013. Kejohanan tahunan kali ke-9 ini telah dirasmikan oleh Pengarah Pelajaran Daerah Kinta Utara, Tuan Haji Marazlen @ Mar Azlan Bin Amran, AMP.,PPT. Dalam kejohanan ini. Rumah Hijau yang juga merupakan johan tahunan, Tempat kedua disandang oleh Rumah Kuning sementara tempat ketiga disandang oleh Rumah Merah. 

            Menurut Tuan Haji Marazlen @ Mar Azlan Bin Amran  kalah menang merupakan adat pertandingan. Dalam apa-apa kejohanan sekalipun, semangat kesukanan yang tinggi adalah diperlukan. Kekalahan bukan bererti gagal sebaliknya langkah untuk berjaya. Menurut beliau lagi, sukan tahunan yang diadakan di peringkat sekolah merupakan gelanggang untuk mengasah bakat para pelajar dalam melahirkan atlet yang mampu mengharumkan nama negara pada masa hadapan. Beliau juga berharap agar pelajar dapat menjayakan acara sukan dengan cemerlang dan bekerja dalam pasukan apabila terlibat dalam acara berkumpulan.

            Sebelum acara sukan bermula, acara perbarisan yang disertai oleh semua kontinjen unit beruniform dan pasukan daripada semua rumah sukan membuka tirai persembahan. Setiap kontinjen dinilai dan kontinjen yang terpilih menerima hadiah semasa sesi penutupan sukan diadakan. Hanya beberapa acara balapan dipertandingkan memandangkan banyak acara telah disempurnakan sebelum ini dalam pertandingan yang diadakan seminggu lebih awal. Cuaca yang cerah memastikan kejohanan berlangsung dengan jayanya. Selain acara sukan yang dipertandingkan, diadakan juga pelbagai jualan ringan yang dikendalikan oleh pihak kantin dan koperasi sekolah.

Kejohanan sukan tahunan ini diakhiri dengan acara penyampaian pingat kepada para pemenang individu dan rumah keseluruhan. Para atlet  yang berjaya dalam sukan kali ini terpilih untuk mewakili sekolah di peringkat kawasan Kinta Utara.








Related Posts with Thumbnails
 

Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA)


 
Blogger Templates