Jumaat, 30 Mei 2014
Ahad, 4 Mei 2014
DSKP Tahun 5 KSSR 2014
Guru-Guru yang akan mengikuti kursus DSKP tahun 5 bagi tahun 2014, sila muat turun DSKP yang berkaitan untuk dibawa semasa berkursus
Mohon kerjasama tuan untuk memuat turun dan mencetak Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Tahun 5 mengikut mata pelajaran dan membawa satu salinan semasa menghadiri kursus-kursus tersebut.
Mohon kerjasama tuan untuk memuat turun dan mencetak Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Tahun 5 mengikut mata pelajaran dan membawa satu salinan semasa menghadiri kursus-kursus tersebut.
| # Surat panggilan kursus. {KLIK DI SINI} # Borang Kursus DSKP Ketua Panitia, Hantar sebelum 3 Mei 2014 ke Unit Akademik. {KLIK DI SINI} # Bahan DSKP Tahun 5. {KLIK DI SINI} # Borang Tuntutan Perjalanan Kursus. {KLIK DI SINI} Nota: Kursus bagi mata pelajaran yang tiada dalam jadual akan dimaklumkan kemudian. Sekian. |
Pertandingan Paluan Kompang dan Formasi
Jutaan terima kasih diucapkan kepada kumpulan Kompang Formasi sekolah yang berani mencuba untuk kali pertama dalam pertandingan Paluan Kompang dan Formasi Peringkat Zon yang diadakan di SK Seri Mutiara pada 26 April 2014. Semoga kalian akan terus menempa kecemerlangan di masa akan datang.
Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri Perak
Jutaan Tahniah kepada adik Muhammad Hassef Bin Mohd Amin kerana berjaya mewakili Daerah Kinta Utara ke pertandingan Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri Perak. Adik Muhammad Hassef Bin Mohd Amin telah mendapat tempat ke-3 dalam kategori Tilawah Al-Quran lelaki. walaupun begitu pencapaian tersebut merupakan sesuatu yang membanggakan semua warga sekolah. syabas dan tahniah.Semoga menjadi perangsang kepada murid-murid lain utk meneruskan perjuangan ditahun seterusnya.
Rabu, 9 April 2014
Minggu Matematik 2014
Minggu Matematik ini dianjurkan oleh Panitia Matematik selama seminggu bermula 7 hingga 11 April 2014. Objektif minggu Matematik diadakan adalah untuk meningkatkan lagi pemahaman murid-murid dalam mata pelajaran Matematik. Pelbagai aktiviti telah diadakan sepanjang minggu ini seperti kuiz matematik, pameran, bacaan sifir secara kreatif dan sebagainya.
Rabu, 26 Mac 2014
Majlis Watikah Pelantikan 2014
Majlis Watikah Pelantikan bagi Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber
Sekolah (PSS), Pembimbing Rakan Sebaya, Ketua Kelas dan penolong ketua kelas
telah diadakan pada 20 Februari 2014 bersamaan hari Isnin bertempat di
Dataran Perhimpunan SKSM. Majlis ini telah disempurnakan oleh Tuan Guru Besar
En. Shahudin B. Awang dengan pemberian sijil watikah pelantikan kepada semua
penerima watikah pelantikan. Semoga semua murid yang telah dilantik
dapat melaksanakan tugas, amanah dan tanggungjawab dengan baik
Sabtu, 15 Mac 2014
Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kelompok
Jutaan Tahniah di ucapkan kepada Kumpulan Nasyid Sk Seri Mutiara serta para guru-guru yang terlibat dalam menjayakan latihan berterusan sehingga meraih tempat Pertama iaitu JOHAN Nasyid Peringkat Kelompok. Tahniah juga kepada adik Muhammad Hassef Bin Mohd Amin yang juga muncul johan Tilawah Al.-Quran lelaki..
Langgan:
Catatan (Atom)









