Majlis Pelancaran Sambutan Hari Kemerdekaan tahun ini telah dilancarkan pada pagi hari Ahad 19 Ogos yang lalu di tapak perhimpunan sekolah.Antara aturcara majlis ialah bacaan doa,nyanyian lagu Negaraku dan lagu-lagu patriotik,gimik hari pelancaran iaitu upacara penyerahan Jalur Gemilang,pantun merdeka dan sajak kemerdekaan.
Tujuan majlis ini diadakan di antaranya ialah untuk memperingati detik-detik bersejarah negara mencapai kemerdekaan dan melahirkan rasa syukut di atas nikmat kemerdekaan yang dinikmati bersama.Selain itu,tujuan majlis ini diadakan ialah untuk memupuk sifat patriotik di kalangan generasi muda yang bakal menjadi pemimpin di masa hadapan serta menghargai para pejuang yang telah bersusah payah memerdekakan negara kita dari tangan penjajah.
Banyak program yang dirancang sepanjang bulan kemerdekaan ini seperti mewarna, membuat kolaj, melukis, sajak dan sebagainya..diharapkan melalui sambutan bulan kemerdekaan ini dapat memupuk semangat patriotik yang lebih tinggi dikalangan murid