Social Icons

Isnin, 21 Mei 2012

Boling kelab guru SKSM


Kelab guru SK Seri Mutiara telah mengadakan satu aktiviti bagi merapatkan ukhwah serta hubungan antara kakitangan sekolah SK Seri Mutiara. Oleh yang demikian, tanggal 3 Mei 2012, satu pertandingan Boling telah dijalankan bertempat di Ipoh Parade. Penyertaan dari guru-guru serta kakitangan sekolah amat memberangsangkan dan meriah sekali. Perlawanan boling ini dijalankan secara perlawanan kumpulan. 



Ustaz hafizi sedang melihat potensi bola boling yang terbaik 




Perlawanan boling ini telah bermula pada jam 2.30 petang dan dimainkan sebanyak 2 perlawanan. Pelbagai ragam serta balingan dapat dilihat dari kakitangan serta guru-guru SK Seri Mutiara. Balingan strike,balingan longkang mahupun balingan ke belakang juga dapat dirakamkan di Ipoh Parade ini. Hasil daripada temubual serta komen-komen dari warga SK Seri Mutiara rata-rata amat menyokong penuh aktiviti sebegini dijalankan.


gadis2 idaman kah?

jaguh2 boling menanti masa untuk menghayun bola boling

cikgu naim juara tahun lepas


bincang2 sebelum perlawanan bermula

peace yooo!
                                                               


Dalam erti kata lain, ramai yang berminat dan mahukan aktiviti ini dijalankan dengan lebih kerap lagi. Hasil daripada pertandingan ini, ramai jaguh-jaguh boling berjaya dilahirkan pada satu petang sahaja. Beberapa kumpulan telah berjaya memenangi hadiah yang telah disediakan oleh Kelab Guru SK Seri Mutiara.
 Kredit harus  diberikan kepada pengerusi Kelab Guru SK Seri Mutiara iaitu Ustazah Sakinah dan juga ahli jawatankuasa yang berkaliber yang banyak membantu menjayakan program ini direalisasikan.
Oleh yang demikian, diharapkan aktiviti sebegini dapat dijalankan dengan lebih kerap lagi agar silaturrahim antara kakitangan SK Seri Mutiara dapat terus kukuh dan jitu. Dengan aktiviti sebegini ianya berupaya menimbulkan suasana kerja yang positif di SK Seri Mutiara..insyaallah. Kepada pemenang-pemenang pertandingan boling ini tahniah diucapkan sekali lagi dan pada yang tidak bernasib baik, jangan risau, berlatih dengan tekun lagi ye..tahun depan depa anjurkan lagi ye dak..assalamualaikum.






acara penyampaian hadiah










Related Posts with Thumbnails
 

Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA)


 
Blogger Templates