Kelab guru SK Seri Mutiara telah mengadakan satu aktiviti
bagi merapatkan ukhwah serta hubungan antara kakitangan sekolah SK Seri
Mutiara. Oleh yang demikian, tanggal 3 Mei 2012, satu pertandingan Boling telah
dijalankan bertempat di Ipoh Parade. Penyertaan dari guru-guru serta kakitangan
sekolah amat memberangsangkan dan meriah sekali. Perlawanan boling ini
dijalankan secara perlawanan kumpulan.
Perlawanan boling ini telah bermula pada jam 2.30 petang dan
dimainkan sebanyak 2 perlawanan. Pelbagai ragam serta balingan dapat dilihat
dari kakitangan serta guru-guru SK Seri Mutiara. Balingan strike,balingan
longkang mahupun balingan ke belakang juga dapat dirakamkan di Ipoh Parade ini.
Hasil daripada temubual serta komen-komen dari warga SK Seri Mutiara rata-rata
amat menyokong penuh aktiviti sebegini dijalankan.
gadis2 idaman kah? |
jaguh2 boling menanti masa untuk menghayun bola boling |
cikgu naim juara tahun lepas |
Dalam erti kata lain, ramai yang berminat dan mahukan
aktiviti ini dijalankan dengan lebih kerap lagi. Hasil daripada pertandingan
ini, ramai jaguh-jaguh boling berjaya dilahirkan pada satu petang sahaja.
Beberapa kumpulan telah berjaya memenangi hadiah yang telah disediakan oleh
Kelab Guru SK Seri Mutiara.
Kredit harus diberikan kepada pengerusi Kelab Guru
SK Seri Mutiara iaitu Ustazah Sakinah dan juga ahli jawatankuasa yang
berkaliber yang banyak membantu menjayakan program ini direalisasikan.
Oleh
yang demikian, diharapkan aktiviti sebegini dapat dijalankan dengan lebih kerap
lagi agar silaturrahim antara kakitangan SK Seri Mutiara dapat terus kukuh dan
jitu. Dengan aktiviti sebegini ianya berupaya menimbulkan suasana kerja yang
positif di SK Seri Mutiara..insyaallah. Kepada pemenang-pemenang pertandingan
boling ini tahniah diucapkan sekali lagi dan pada yang tidak bernasib baik,
jangan risau, berlatih dengan tekun lagi ye..tahun depan depa anjurkan lagi ye
dak..assalamualaikum.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan