Social Icons

Sejarah Sekolah


Sekolah Kebangsaan Seri Mutiara atau nama sekolah pada awal pembukaannya iaitu Sekolah Kebangsaan Seri Tembok, mula beroperasi pada 5 Januari 2004. Pendaftaran murid-murid baru Tahun 1 hingga Tahun 6 telah diadakan pada 2 Januari 2004. Guru, kakitangan sokongan dan kebanyakan murid yang ditempatkan di sekolah ini berasal dari Sekolah Kebangsaan Guru Nanak yang telah ditutup pada 31 Disember 2003.

Pada peringkat awal, sekolah ini bermula dengan 25 orang guru, 5 orang kakitangan sokongan, 390 murid dan 12 kelas telah diwujudkan untuk tahun persekolahan 2004.

Dato’ Haji Adnan bin Ibrahim, Pengarah Pelajaran Negeri Perak telah membuat lawatan rasmi ke sekolah ini pada hari pendaftaran. Dua kelas Pra Sekolah bermula pada tahun 2005 dengan murid seramai 43 orang, 7 orang guru dan 2 pembantu pra-sekolah.

Sejak bulan Mei 2005, kerja pengubahsuaian bilik darjah untuk penggunaan Kelas Pendidikan Khas mula dijalankan. Kelas Pendidikan Khas di SK Seri Mutiara mula beroperasi pada bulan Oktober 2005 dengan dua kategori iaitu Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran (PKBP) dan Pendidikan Khas Bermasalah Penglihatan(PKMP).
Pengarah Pelajaran Negeri Perak, Kol. Ir. Mohamad Zakaria pernah melawat sekolah ini pada 29 Julai 2005 sempena Majlis Persaraan Guru Besar Pertama, Encik Othman bin Abdul Wahid. Puan Normah bt Haji Abas mula bertugas sebagai Guru Besar pada 1 Ogos 2005 sehingga bersara pada bulan Ogos 2006.

Pn Hjh Asiah Bt Mohamad Sani, Guru Besar Keenam mula bertugas pada 10 Oktober 2016, dan Guru Besar terkini ialah Pn. Noraini Binti Abdul Razak yang mul bertugas pada 8 Februari 2018.


Related Posts with Thumbnails
 

Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA)


 
Blogger Templates