Social Icons

Jumaat, 8 Februari 2013

Sambutan Maulidur Rasul SK Seri Mutiara

Pada 25 Januari 2013, SK Seri Mutiara telah mengadakan sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah. Majlis ini bermula seawal jam 7.40 pagi dan dimulakan dengan perarakan murid dan guru sekitar kawasan sekolah sambil berselawat ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W.


majlis ini turut diserikan dengan ceramah yang disampaika oleh Ustaz Abdullah bin Omar, dari SK Seri Tanjong, Tanjong Rambutan. Ceramah yang disampaikan telah memberi kesan yang mendalam pada warga SK Seri Mutiara dalam meningkatkan kecintaan terhadap Nabi Muhammad S.A.W.

moga segala yang dilakukan oleh pihak sekolah SK Seri Mutiara terus cemerlang dan mendapat keberkatan dari Allah s.w.t ..amin ya rabb..








Selasa, 5 Februari 2013

Kemenjadian Sekolah dalam Squash 2013







Adik Nervyn Paul a/l Jacob Paul dari 5 Permata telah mengambil bahagian dalam Kejohanan CIMB RISING STARS NATIONAL JUNIOR CIRCUIT 1st LEG yang berlangsung pada 30 Jan - 3 Feb 2013 di National Squash Court, Bukit Jalil, KL. Dia telah berjaya mengharumkan nama pasukan Squash Perak dan SK Seri Mutiara dengan mendapat tempat ke-4 dalam kategori lelaki bawah 11 tahun. Kemenangan ini terus melayakkan dia mendapat "ranking" Malaysia ke-4 untuk kategori berkenanan.Syabas dan tahniah..

Ahad, 27 Januari 2013

Majlis 3 dalam 1


Semua Ibu-bapa dan penjaga murid SK Seri Mutiara Di Jemput Hadir ke Majlis 3 dalam 1 ini
Majlis Anugerah Gemilang Kali ke-10, Mesyauarat Agung ke-10 dan Majlis penyampaian bantuan khas awal persekolahan 2013....



Rabu, 21 November 2012

UPSR 2012



Syabas dan Tahniah kepada semua murid tahun 6 yang mencatatkan keputusan yang baik pada tahun ini....peratusan lulus meningkat daripada 68% kepada 72%
Tahniah kepada 6 Orang murid yang cemerlang yang mendapat 5A
dan 4 orang mendapat 4A 1B..........

Murid yang mendapat 5A ialah...
AINUL KHAIRIYAH BT.MOHD.NAZRI
DHARISHAN A/L BATHIBAN
JANNATUL FATHIRAH BT.SHAMSOL
NIK ALISYA BT.NIK MOHD. ASRI
DIYAN A/L NAGAPPAN
SANGETHE DEVI A/P VIJAYA KUMAR






Isnin, 12 November 2012

Selamat Bercuti semua, Semoga Berjumpa Kembali pada 2.1.2013



Majlis Khatam, khatan, dan Aqiqah SKSM 2012

Majlis Khatam, khatan, dan Aqiqah SKSM 2012
Tarikh: 10 November 2012 (Sabtu)
Tempat: SK Seri Mutiara
Perasmian Oleh: Tn. Hj. Abdul Aziz B.Mat Jais
                          Pen. PPD( Sek. Men) Kinta Utara

Majlis Telah berlangsung dengan jayanya, julung kalinya diadakan 3 dalam 1 majlis. 2 ekor lembu telah dibuat Aqiqah dan dimasak secara gotong royong bersama guru, staff dan warga PIBG. seramai 16 orang murid telah mengikuti majlis Khatan. Syabas dan Tahniah kepada semua yang menjayakan majlis ini.













Related Posts with Thumbnails
 

Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA)


 
Blogger Templates