30 Ogos 2016, Majlis sambutan ambang peringkat sekolah telah dilancarkan bertempat di Dewan Permata dengan bertemakan "dulu-dulu". semua warga SKSM telah mengenakan pakaian yang sesuai mengikut tema tersebut. Program dimulakan dengan beberapa buah rangkaian lagu patriotisme antaranya Jalur Gemilang dan lagu tema Sehati Sejiwa. Majlis diakhiri dengan perarakan kemerdekaan disekeliling sekolah. Berikut adalah gambar-gambar aktiviti sepanjang majlis. Semoga program yang bakal dijalankan berupaya menyemarakkan sambutan pada tahun ini seterusnya menanam rasa bangga dan cinta akan negara dalam kalangan murid-murid SKSM.
Khamis, 1 September 2016
Khamis, 12 Mei 2016
PBPPP 2016

Penilaian bersepadu Pegawai Perkhidmatan Awam 2016 (PBPPP)
Muat turun sila klik >>> Maklumat mengenai PBPPP
Sila muat turun file dibawah dan hantar ke email maimoonhassan@yahoo.com
Borang Keberhasilan 2016
Terima Kasih
Ahad, 6 Mac 2016
KEM BESTARI SOLAT FASA 1/2016
SABTU- 5 Mac 2016, Alhamdulilah Kem bestari Solat bagi murid-murid tahun 1 hingga 6, telah dapat dilaksanakan dengan baiknya. Dengan kehadiran hampir 100 orang murid serta 17 orang guru yang bertindak sebagai fasilator. KBS diserikan lagi dengan kehadiran Tuan Guru Besar, En. Shahudin B. Awang. Kem ini bermula pada pukul 7.30 pagi dan berakhir pada jam 12.30tgh.
Pendahuluan
Kem Bestari Solat adalah aktiviti yang dilaksanakan untuk memastikan murid-murid dapat menunaikan solat dengan sempurna dari segi bacaan dan perbuatan. Aktiviti ini dilaksanakan secara intensif di satu tempat khas mengikut kesesuaian sesebuah sekolah.
Objektif
- Murid dapat mengetahui cara-cara berwuduk.
- Murid dapat berwuduk dengan sempurna.
- Murid-murid dapat mengetahui cara-cara menunaikan solat dari segi bacaan dan perbuatan.
- Murid dapat membaca dengan betul dan lancar bacaan dalam solat.
- Murid dapat menunaikan solat secara individu dan jemaah.
Kumpulan Sasaran
Semua murid beragama Islam Tahun Satu hingga 6
Rabu, 2 Mac 2016
Khamis, 11 Februari 2016
PELAKSANAAN KURSUS i-THINK SECARA DALAM TALIAN (KiDT) DI SEMUA SEKOLAH DAERAH KINTA UTARA TAHUN 2016
1. Sila muat turun sesalinan surat Arahan pelaksanaan KiDT daripada Kementerian Pendidikan Malaysia dan Jabatan Pendidikan Negeri Perak untuk makluman dan tindakan tuan.
2. Talian dibuka pada 01 Disember 2015
Pelaksanaan bermula pada 11 Januari2016
Tarikh tutup : 31 Disember 2016
Alamat url : http://mygfl.moe.gov.my
Id : No. K/P
password : password
3. Semua pentadbir dan guru yang masih belum menjalani kursus i-THINK kendaklah mengikuti KiDT dan perlu menamatkan kursus tersebut sebelum tarikh tutup.
4. Sebarang pertanyaan atau permasalahan, sila rujuk panduan manual pengguna (i-Think
User Instalation Guide dan i-THINK User Course Manual) atau hubungi En. Shahrul Azizi bin Abdul Aziz di talian 012 562 9802 atau En. Nik Mohd Ashraf bin Raja Berahim di talian
019 471 5139.
Sekian, terima kasih
b.p. Pegawai Pendidikan Daerah Kinta Utara
s
| [ ] | 1674 kB | |
| [ ] | 779 kB |
| [ ] | 4516 kB |
Sabtu, 30 Januari 2016
Langgan:
Catatan (Atom)




































