Social Icons

Selasa, 6 Julai 2010

Ujian Bulan Julai 2010

Tarikh : 13, 14 dan 15 Julai 2010

Ujian bulan julai bagi tahap satu dan dua. Manakala bagi tahun 6 akan menghadapi ujian percubaan UPSR 2010 pada tarikh tersebut. Diharap semua murid dapat mengulangkaji pelajaran dengan sebaik mungkin. Berikut merupakan jadual ujian tersebut.

Khamis, 24 Jun 2010

Hari Bertemu Waris 2010



Hari Bertemu waris 2010

Tarikh : 25 Jun 2010
Masa : 9.00 pagi- 12.00 Tengahari
Tempat : Bilik darjah Murid Masing-masing

Dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan mengadakan Majlis Penyerahan Slip Peperiksaan PKS Penggal Pertama kepada ibu bapa dan penjaga murid tahun 1 hingga tahun 6. Semua waris dan penjaga dijemput hadir bagi dapat membantu meningkatkan pencapaian murid dan berbincang tentang kemajuan akademik murid-murid.

Terima Kasih


Selasa, 22 Jun 2010

Guru Pelatih Cemerlang IPGM Ipoh


Majlis Konvokesyen Ke-32 IPG Kampus Ipoh
Tarikh : 10 Jun 2010
Masa : 3.00ptg
Tempat : Dewan Bankuet, Bangunan Darul Ridzuan

Disempurnakan oleh
Y.A.B Dato' Seri Dr. Zambry Bin Abdul Kadir
(Menteri Besar Perak Darul Ridzuan)

SK Seri Mutiara Mencatatkan sejarah apabila salah seorang gurunya iaitu En. Muhammad Izzudin b. Ismail telah dinobatkan 3 anugerah khas sempena konvokesyen IPG Ipoh yang ke 32. Anugerah tersebut ialah Pengkhususan Pendidiikan Khas (Masalah Pembelajaran), Anugerah Terbaik Pengkhususan dan Anugerah Khas Kecemerlangan Utama KPLI (Lulusan Kepimpinan Terbaik). Tahniah dan syabas daripada semua warga sekolah. semoga beliau terus menjadi warga pendidik yang cemerlang disekolah ini.



Isnin, 21 Jun 2010

Live World Cup 2010

sumber daripada www.footyfire.com
Sila Pilih saluran tv 1-10


Selasa, 8 Jun 2010

Latihan Kebakaran Sekolah

Nama Program : Latihan Kebakaran I
Tarikh Laksana : 4 Jun 2010,
Masa : ( 10.55-11.30)
Sasaran : Semua Warga SK Seri Mutiara

Catatan masa yang diambil untuk semua berkumpul di kawasan padang sekolah adalah 5 minit 20 saat. Catatan masa tersebut merupakan masa yang agak selamat untuk melarikan diri daripada kawasan kebakaran yang terjadi.



Ustz Syahril tengah cemas
Tempat berkumpul

Cara Penggunaan Alat Pemadam Api






Penuh gaya daripada Pk Koku

Hilang kawalan alat pemadam api

Related Posts with Thumbnails
 

Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA)


 
Blogger Templates