Social Icons

Selasa, 3 Mei 2011

KEM KEPIMPINAN DAN JATI DIRI

PROGRAM: KEM KEPIMPINAN & JATI DIRI
TARIKH     : 23 APRIL 2011
TEMPAT    : PUSAT LATIHAN ASKAR WATANIAH, TAMBUN

TAKLIMAT RINGKAS DARIPADA PENYELARAS PROGRAM
Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama pihak pentadbir dan guru-guru jawatankuasa disiplin serta Pusat Sumber Sekolah telah berjaya menganjurkan Kem Kepimpinan dan Jati Diri. Program ini diadakan pada 23 April 2011 (Sabtu) bertempat di Pusat Latihan Askar Wataniah, Tambun (PUSWATAN). Seramai 72 orang murid dan 12 orang guru terlibat dalam program ini. Murid-murid yang terlibat adalah Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Ketua dan Penolong Ketua Kelas.
Program ini mendapat sokongan dan kerjasama penuh daripada pihak PUSWATAN, tambahan pula SK. Seri Mutiara menjadi peneraju pertama sekolah-sekolah rendah yang membuat program di sana. Pihak PUSWATAN ternyata memberi reaksi yang amat positif dengan merangka aktiviti-aktiviti yang menarik dan berfaedah kepada semua peserta. Selain itu, respon yang diterima daripada peserta juga sangat memberangsangkan. Rata-rata di kalangan peserta berpuas hati dengan aktiviti-aktiviti yang disediakan dan berharap agar dapat menyertainya lagi pada tahun hadapan. Unit Bimbingan dan Kaunseling merakamkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dan menjayakan program ini. Semoga kerjasama ini berkekalan dan mendapat menfaat bersama. Amin.

TIBA DI PUSWATAN...BERSAMA HARAPAN......

BERSEDIA UTK MENDENGAR TAKLIMAT KEM

ANTARA GURU-GURU YG MENJAYAKAN....

PIHAK PENTADBIR BERSAMA PENCERAMAH

SENYUMAN PEMIMPIN MUDA...

PEMIMPIN DARI KALANGAN MURID ISTIMEWA TIDAK TERKECUALI...

KUSYUK MENDENGAR CERAMAH "LEADERSHIP QUALITY"


PENERANGAN KAWAD KAKI

DEMO KAWAD KAKI

GILIRAN PEMIMPIN MUDA MEMBUAT LATIHAN KAWAD


HIDANGAN DARI PIHAK PUSWATAN

TAKLIMAT MASAKAN DI MEDAN PERANG


PESERTA TERHIBUR...

DEMO MASAKAN


WAKTU PASANG KHEMAH PULA....

NASI KAMI DAH MASAK......




KAWAL API....

KAMI DAH BERJAYA BUAT KHEMAH..YAHOO...

CUBAAN, 1...2.....3..................

SIJIL PENGHARGAAN


1 ulasan:

Related Posts with Thumbnails
 

Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA)


 
Blogger Templates