Social Icons

Isnin, 9 Julai 2012

Hari sukan SK Seri Mutiara... hip,hip,hooreeeee!

Pada tanggal 1 Julai 2012, SK Seri Mutiara telah menganjurkan Kejohanan Sukan Dan Balapan kali yang Kelapan di padang SK Seri Mutiara. Kejohanan ini telah dirasmikan oleh Shahul Hamid a/l Mydin Syah,ahli Majlis  Bandaraya Ipoh wakil dari Datuk Bandar Ipoh. 

kedatangan Encik Shahul Hamid diiringi persembahan bagpipe  ACS  IPOH.







Kejohanan ini berlangsung dengan penuh gilang gemilang dan kerjasama dari pihak ibu bapa dan para guru amat cemerlang sekali. Kejohanan sukan ini amat meriah sekali dengan kehadiran para ibu bapa yang memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada anak mereka serta para guru. ucapan terima kasih kami ucapkan atas kehadiran tuan-tuan dan puan-puan ke kejohanan sukan ini.

















Selain itu, sokongan dan kerjasama dari warga SK Seri Mutiara memang wajar dipuji disebabkan dengan kerjasama di kelas yg tersendiri telah menyebabkan kejohanan sukan ini berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah. Pihak sekolah mengharapkan kerjasama seperti ini dapat diteruskan lagi seperti tahun ini di kejohanan tahun hadapan. insyaallah...:P



















Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails
 

Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA)


 
Blogger Templates