Pada 22 september, SK Seri Mutiara telah mengadakan sambutan
hari keluarga di Kawasan Perkelahan Ulu Chepor, yang mengambil masa kira-kira
20 minit perjalanan dari SK Seri Mutiara. Hari keluarga ini telah dianjurkan
oleh Kelab Guru SK Seri Mutiara yang merupakan aktiviti tahunan yang wajib
untuk semua kakitangan sekolah. Kawasan perkelahan ini dipilih kerana tempatnya
yang cantik serta sesuai untuk dijadikan tempat istirehat serta menjalankan
aktiviti bagi program ini. Selain itu, hari keluarga ini bertujuan untuk
merapatkan silaturrahim antara kesemua kakitangan sekolah dengan keluarga
masing-masing. Pelbagai aktiviti telah dijalankan di kawasan ini pada hari
tersebut dan ianya mendapat sambutan meriah dari pihak kakitangan. Aktiviti ini
telah dimulakan seawall jam 10.00 pagi dan dimulakan dengan pelbagai acara
sukaneka yang disertai oleh anak-anak guru serta guru-guru sendiri. Majlis ini
juga diserikan lagi dengan kehadiran tuan guru besar iaitu Encik Mohd Nor yang
telah merasmikan Hari Keluarga SK Seri Mutiara untuk tahun 2012.
Pelbagai juadah telah disediakan untuk memenuhi selera warga
SKSM bagi Hari Keluarga ini, menu seperti ayam bakar,kambing bakar,koktel,udang
bakar dan juga salad berjaya menambat selera pengunjung. Juadah ini telah
disediakan sendiri oleh guru-guru SK Seri Mutiara dan dibakar di kawasan
perkelahan ini hasil dari bantuan dari keluarga guru yang hadir.
Hari Keluarga ini telah berakhir pada jam 3.30 petang
setelah semuanya yang hadiri puas menikmati keindahan kawasan perkelahan serta setelah
puas kesejukan akibat dari mandi manda di sungai ini. Ribuan terima kasih
diucapkan kepada yang hadiri dan memeriahkan majlis ini serta tidak lupa juga
kepada Kelab Guru SK Seri Mutiara yang sentiasa berusaha melakukan aktiviti
yang bermanfaat untuk semua. Diharapkan pada tahun hadapan aktiviti ini lebih
meriah lagi serta boleh meninggalkan seribu satu kenangan manis untuk warga
kerja SK Seri Mutiara..Insyaallah~ J
P/s: kerjasama akan lebih indah jika suasana kerja itu
dilahirkan dengan keikhlasan serta kesepaduan antara satu sama lain…hubungan
sahabat yang hebat ialah hubungan sahabat yang membantu sahabatnya tanpa
tingkah dan bantahan,tetapi senyuman yang menyenangkan.. :p
Tiada ulasan:
Catat Ulasan