Ahad, 24 Jun 2012
Kejohanan Balapan dan Padang kali ke-8
Kejayaan di Kejohanan Balapan dan Padang SK Jelapang Jaya 2012
Kejohanan Balapan dan Padang SK Jelapang Jaya Kali ke-10
Tarikh: 24 Jun 2012
Tempat: Padang SK Jelapang Jaya.
Sekalung syabas dan tahniah kepada perserta SKSM ke Kejohanan Balapan dan Padang SK Jelapang Jaya Kali ke-10.Acara yang disertai adalah 4x100m terbuka. Pingat emas berjaya diperolehi melalui ketegori Pendidikan Khas, manakala bagi kategori perempuan terbuka mendapat tempat kedua. bagi ketegori lelaki pula, SKSM mendapat tempat ketiga. syabas dan terima kasih kepada jurulatih serta guru pengiring SKSM.
Tarikh: 24 Jun 2012
Tempat: Padang SK Jelapang Jaya.
Sekalung syabas dan tahniah kepada perserta SKSM ke Kejohanan Balapan dan Padang SK Jelapang Jaya Kali ke-10.Acara yang disertai adalah 4x100m terbuka. Pingat emas berjaya diperolehi melalui ketegori Pendidikan Khas, manakala bagi kategori perempuan terbuka mendapat tempat kedua. bagi ketegori lelaki pula, SKSM mendapat tempat ketiga. syabas dan terima kasih kepada jurulatih serta guru pengiring SKSM.
Isnin, 21 Mei 2012
Boling kelab guru SKSM
Kelab guru SK Seri Mutiara telah mengadakan satu aktiviti
bagi merapatkan ukhwah serta hubungan antara kakitangan sekolah SK Seri
Mutiara. Oleh yang demikian, tanggal 3 Mei 2012, satu pertandingan Boling telah
dijalankan bertempat di Ipoh Parade. Penyertaan dari guru-guru serta kakitangan
sekolah amat memberangsangkan dan meriah sekali. Perlawanan boling ini
dijalankan secara perlawanan kumpulan.
Perlawanan boling ini telah bermula pada jam 2.30 petang dan
dimainkan sebanyak 2 perlawanan. Pelbagai ragam serta balingan dapat dilihat
dari kakitangan serta guru-guru SK Seri Mutiara. Balingan strike,balingan
longkang mahupun balingan ke belakang juga dapat dirakamkan di Ipoh Parade ini.
Hasil daripada temubual serta komen-komen dari warga SK Seri Mutiara rata-rata
amat menyokong penuh aktiviti sebegini dijalankan.
| gadis2 idaman kah? |
| jaguh2 boling menanti masa untuk menghayun bola boling |
| cikgu naim juara tahun lepas |
Dalam erti kata lain, ramai yang berminat dan mahukan
aktiviti ini dijalankan dengan lebih kerap lagi. Hasil daripada pertandingan
ini, ramai jaguh-jaguh boling berjaya dilahirkan pada satu petang sahaja.
Beberapa kumpulan telah berjaya memenangi hadiah yang telah disediakan oleh
Kelab Guru SK Seri Mutiara.
Kredit harus diberikan kepada pengerusi Kelab Guru
SK Seri Mutiara iaitu Ustazah Sakinah dan juga ahli jawatankuasa yang
berkaliber yang banyak membantu menjayakan program ini direalisasikan.
Oleh
yang demikian, diharapkan aktiviti sebegini dapat dijalankan dengan lebih kerap
lagi agar silaturrahim antara kakitangan SK Seri Mutiara dapat terus kukuh dan
jitu. Dengan aktiviti sebegini ianya berupaya menimbulkan suasana kerja yang
positif di SK Seri Mutiara..insyaallah. Kepada pemenang-pemenang pertandingan
boling ini tahniah diucapkan sekali lagi dan pada yang tidak bernasib baik,
jangan risau, berlatih dengan tekun lagi ye..tahun depan depa anjurkan lagi ye
dak..assalamualaikum.
Isnin, 16 April 2012
Fire drill...api..api..api...kebakaran
Pada 13 April 2012, SK Seri Mutiara telah mengadakan latihan kebakaran sebagai satu langkah persediaan menghadapi segala kemungkinan yang boleh berlaku ketika di sekolah. Latihan kebakaran ini telah mendapat kerjasama dari Balai Bomba Dan Penyelamat Ipoh. Latihan kebakaran ini atau dikenali sebagai Fire Drill merupakan satu lengkah yang amat penting kepada sesebuah organisasi jika berlaku sebarang kebakaran di sekolah ataupun bangunan.
Latihan ini telah bermula pada 10.30 pagi sehingga 12.00 tengahhari. Latihan kebakaran ini juga turut menyelitkan pelbagai aktiviti yang berfaedah seperti demonstrasi memamdam kebakaran dan juga demonstarsi meneyelamatkan diri sewaktu kebakaran. Aktiviti sedemikian amat berguna sekali kepada para pelajar SK Seri Mutiara kerana ia memberi pengetahuan mengenai menyelamatkan diri jika berlaku kebakaran. Dengan pengetahuan ini juga, diharapkan murid-murid serta guru dapat mengaplikasikan segala ilmu yang diperolehi dari Jabatan Bomba Dan Penyelamat Ipoh. Sekian….
Rabu, 11 April 2012
Khamis, 5 April 2012
program kepimpinan "TAULADAN TERBILANG" SK Seri Mutiara
Pada 31 Mac 2012, SK Seri Mutiara telah menganjurkan program kepimpinan “TAULADAN TERBILANG” untuk pengawas sekolah,pengawas pusat sumber dan juga ketua kelas serta penolong ketua kelas. Majlis yang diadakan di dewan terbuka SK Seri Mutiara telah menerima penglibatan seramai 64 orang peserta. Majlis ini telah bermula pada jam 7.30 pagi dan dirasmikan oleh Guru Besar SK Seri Mutiara, Encik Mohd Nor Bin Shaari.![]() |
| para peserta kem kepimpinan |
Jumaat, 2 Mac 2012
Perlawanan Persahabatan Bola Sepak : SK Seri Mutiara vs SKPK Ipoh
Pada 1 Mac 2012 bertempat di padang SKPK Ipoh, pasukan bola sepak SK Seri Mutiara telah mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan bola sepak SKPK Ipoh sebagai persediaan untuk kejohanan Bola Sepak peringkat zon Daerah Kinta Utara tidak lama lagi. Perlawanan antara SK Seri Mutiara dan SKPK Ipoh ini bermula pada jam 4.00 petang.
| Pasukan Bola Sepak SK Seri Mutiara |
| Pasukan Bola Sepak SKPK Ipoh |
| ~semangat kesukanan antara dua sekolah~ |
| pemain-pemain SKPK Ipoh |
| Pemain-pemain SK Seri Mutiara |
Sesudah wisel penamat ditiupkan, perlawanan persahabatan ini berakhir dengan keputusan seri 3-3. Walaubagaimanapun, pihak SK Seri Mutiara memuji semangat dan disiplin yang ditunjukkan oleh pasukan bola sepak SK Seri Mutiara. Ini merupakan titik tolak kepada pencapaian yang lebih cemerlang lagi bagi pasukan bola sepak SK Seri Mutiara…insyaallah.
~SK Seri Mutiara~
~Mutiara mencipta keunggulan ~
Langgan:
Catatan (Atom)





































