Social Icons

Rabu, 13 April 2011

Kempen Jangan Menonton TV (21-27 April)


Tutupkan TV dan Hidupkan Kekeluargaan!

21 – 27 April ialah Minggu Tidak Menonton TV!
Ini ialah tahun ketiga FOMCA menganjurkan kempen ini sempena Kempen Konsumer Kebangsaan (atau Kempen 3K) 2008-2012. Dalam kempen ini, orang ramai diminta untuk menutupkan TV mereka selama seminggu. Ini juga boleh dilanjutkan lagi dengan Minggu tanpa Skrin yang mana merangkumi komputer, telefon bimbit, alat permainan video dan juga alat elektronik yang berskrin. Tujuan kempen ini ialah untuk menggalakkan orang ramai terutamanya ibu bapa untuk menghabiskan masa lapang bersama anak-anak mereka dengan melakukan aktiviti lain yang lebih aktif dan berinteraksi. 

Pada tahun ini, FOMCA akan mengadakan kempen ini dengan menjemput orang ramai untuk menyahut cabaran dengan tidak menonton TV selama seminggu dan menggantikan masa lapang dengan melakukan aktiviti yang lain. Anda boleh menganjurkan Minggu Tidak Menonton TV di rumah, di pejabat atau di kelas anda dengan menjemput semua orang untuk menyertai kempen tersebut. Anda boleh memuat turun kad laporan untuk mencatat jenis aktiviti yang anda lakukan ketika tidak menonton TV atau menggunakan sebarang alat elektronik yang berskrin. Anda juga boleh memuat turun brosur Minggu Tidak Menonton TV untuk mendapat 60 idea aktiviti-aktiviti yang anda boleh jalankan dalam Minggu Tidak Menonton TV.
Kongsikan cerita atau pengalaman anda dengan kami menerusi e-mel ke info@kkk.org.my . Perubahan bermula dengan anda!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails
 

Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA)


 
Blogger Templates